Portal:Sistem Suria

Portal Sistem Suria

Ciri-ciri Sistem Suria (bukan skala)

Sistem Suria mempunyai Matahari dan objek cakerawala lain: lapan planet-planet, 165 bulan-bulan, tiga planet kerdil (termasuklah Pluto) dan empat bulannya, dan bilion jasad-jasad kecil. Kategori terakhir ini termasuklah asteroid, objek-objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu antara planet. Dalam istilah, kawasan-kawasan Sistem Suria mempunyai Matahari, empat planet, lingkaran asteroid terdiri daripada jasad batu kecil, empat gergasi gas luar, dan lingkaran kedua, terpanggil Lingkaran Kuiper, terdiri daripada objek ais. Di luar lingkaran Kuiper ialah cakera terserak, heliosfera, dan akhirnya awan Oort. Dalam urutan jarak dari Matahari, planet-planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Enam daripada lapan planet yang mempunyai satelit semula jadi, biasanya dipanggil "bulan-bulan" selepas Bulan Bumi, dan setiap planet luar mempunyai lingkaran planet yang terdiri daripada debu dan zarah-zarah lain. Semua planet kecuali Bumi dinamakan selepas mitos mitologi Yunani-Rome. Tiga planet kerdil ialah Pluto, objek lingkaran Kuiper terbesar; Ceres, objek terbesar dalam lingkaran Kuiper; dan Eris, yang terletak dalam cakera terserak.

Dalam hal semasa

Chinadaily

Portal berkaitan

Portal:Astronomi
Portal:Astronomi
Portal:Spaceflight
Portal:Spaceflight
Portal:Space tourism
Portal:Space tourism
Astronomi Spaceflight Space tourism
Portal:Angkasa
Portal:Angkasa
Portal:Sistem Suria
Portal:Sistem Suria
Portal:Marikh
Portal:Marikh
Angkasa Sistem Suria Marikh

Kategori major

WikiProjek berkaitan

Associated Wikimedia

Topik major

Bahan anda boleh buat

Magnetosfera Musytari adalah rongga yang terhasil di dalam angin suria akibat daripada medan magnet Musytari yang sangat kuat. Magnetosfera itu meluas sehingga tujuh juta kilometer ke arah Matahari dan hampir menyentuh orbit Zuhal di arah yang setentang, dan adalah magnetosfera planet terbesar dan terkuat di dalam Sistem Suria. Dari segi isipadu, ia adalah struktur bersambung terbesar di Sistem Suria selepas heliosfera. Ia lebih lebar dan lebih rata daripada magnetosfera Bumi sebanyak satu magnitud manakala momen magnetnya kira-kira 18,000 kali lebih besar. Kewujudan medan magnet Musytari telah disimpulkan buat kali pertama daripada cerapan pancaran radio di akhir 1950-an dan dicerap secara langsung oleh kapal angkasa Pioneer 10 pada 1973. Medan magnet dalam Musytari dijanakan oleh arus elektrik yang mengalir di teras luar planet itu, yang mengandungi hidrogen metalik. Letusan gunung berapi di bulan Musytari bernama Io melentingkan banyak gas sulfur dioksida ke angkasa lalu membentuk torus besar di sekeliling planet itu. Medan magnet Musytari kemudiannya memaksa torus itu berputar dengan halaju sudut dan arah yang sama dengan putaran Musytari. Torus itu pula mengisi medan magnet itu dengan plasma lalu meregangnya menjadi struktur bak lempeng yang dipanggil cakera magnet. Jelaslah bahawa magnetosfera Musytari dibentuk oleh plasma Io dan putarannya sendiri, bukannya oleh angin suria sebagaimana magnetosfera Bumi.