Potret Pere Tanguy

Potret Père Tanguy, yang dilukis Vincent van Gogh pada tahun 1887, ialah satu daripada tiga lukisan yang menggunakan Julian Tanguy sebagi model. Karya-karya yang tiga itu menampilkan perkembangan seni van Gogh selepas ketibaaan beliau di Paris. Lukisan pertama agak suram dan dilukis dengan gubahan ringkas. Lukisan kedua memperkenalkan karya seni teraan Jepun van Gogh. Lukisan terakhir pula memaparkan gaya, ketrampilan dan penggunaan warna termaju van Gogh dan menggabungkan seni lukis Jepun, Impresionisme, dan pengaruh masyarakat seni Paris. Lukisan ini mempamerkan ketenangan yang dicari van Gogh.

Potret Père Tanguy, versi terakhir (F363)
PelukisVincent van Gogh
Tahun1887
JenisLukisan minyak
LokasiMuzium Rodin, Paris

Pemerian lukisan sunting

Lukisan yang berwarna-warni cerah dan subjeknya yang yakin menggambarkan perubahan sikap van Gogh.[1][2] Van Gogh menggelar penggunaan warna cerah olehnya sebagai "gimnastik" yang melalui uji kajian dapat menimbulkan kedalaman, keselarasan warna dan keseimbangan di dalam karyanya.[2][3] Lukisan mengandungi latar belakang gambar seni teraan Jepun van Gogh yang dijual di kedai Julien Tanguy[2], seorang pembuat cat dan penjual lukisan yang juga antara orang yang pertama menjual karya van Gogh.[4] Pada bahagian atas topi Tanguy ialah Gunung Fuji;[2][3] Pelakun Kabuki berkongsi ruang dengan pokok ceri yang sedang berbunga.[3]

Lukisan-lukisan Jepun van Gogh menggambarkan pencarian ketenangan olehnya. Beliau memerikan pencarian ini di dalam satu surat kepada sauara perempuannya, "Mendapat ketenangan ini sebanyak mungkin, mahupun kita mengetahui hanya sedikit — malah tidak mengetahui apa-apa — dengan pasti, merupakan ubat yang lebih mujarab daripada semua yang terdapat di kedai ubat".[1][2] Dalam usahanya menggambarkan ketenangan di dalam lukisannya, van Gogh melukis Tanguy yang berifat tenang dan gemar bertafakur. Ahli kajian Simbolisme, Naomi Maurer, memerikannya sebagai memiliki "ketenangan ikonik Buddha."[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Meier-Graefe, J (1987) [London: Michael Joseph, Ltd. 1936]. Vincent Van Gogh: A Biography. Mineola, NY, USA: Dover Publications. m/s. 56–57There are other pages that also provide background about Van Gogh's evolution since coming to Paris, such as pages 68, 77CS1 maint: postscript (link)
  2. ^ a b c d e f Maurer, N (1999) [1998]. The pursuit of spiritual wisdom: the thought and art of Vincent Van Gogh and Paul Gauguin. Cranbury: Associated University Presses. m/s. 55, 59. ISBN 0-8386-3749-3.
  3. ^ a b c Finlay, V (2002). Color: A Natural History of the Palette. New York and Toronto: Random House Trade Paperbacks. m/s. 20. ISBN 0-8129-7142-6.
  4. ^ Leeuw, R (1997) [1996]. The letters of Vincent Van Gogh. London and other locations: Penquin Group. m/s. 329.