Pramugari (Jawi: ڤراموݢاري) adalah istilah yang lazim digunakan untuk merujuk kepada kakitangan penerbangan di dalam kabin pesawat. Pramugari secara khusus merujuk kepada pekerja wanita manakala pramugara (Jawi: ڤراموݢارا) merujuk kepada pekerja lelaki. Mereka juga kadangkala dipanggil "anak kapal kabin" atau anak kapal sahaja, walaupun ini boleh termasuk kakitangan lain seperti juruterbang. Tugas utama adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang pesawat.

Pramugari Malaysia Airlines

Sejarah sunting

 
Pramugari American Overseas Airlines, Flagship Denmark, Boeing 377 Stratocruiser sekitar 1949-1950

Anak kapal kabin penerbangan pertama adalah seorang lelaki yang berkhidmat dengan Zeppelin LZ10 Schwaben Empayar Jerman pada tahun 1911.[perlu rujukan]

Pramugari pertama pula adalah seorang jururawat berusia 25 tahun bernama Ellen Church berkhidmat dengan United Airlines pada 1930.

Pautan luar sunting