Prasekolah (atau dikenali juga dengan nama Sekolah Asuhan, Tabika atau Prasekolah Kebangsaan) merupakan tempat atau ruang pengajaran dan pembelajaran yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke pendidikan rendah. Prasekolah biasanya dikendalikan oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, swasta atau badan politik.

Tadika Kanak Kanak Di Malaysia Bersenam


Sejarah sunting

Asal usul sunting

 
Lukisan yang memaparkan suasana tadika di Jerman pada tahun 1900.

Pada zaman di mana alam persekolahan hanya terhad kepada kanak-kanak yang telah mempelajari kemahiran asas menulis dan membaca di rumah, terdapat banyak percubaan untuk memastikan kanak-kanak yatim piatu atau anak kepada ibu mereka yang bekerja di kilang-kilang mendapat akses kepada alam persekolahan.

Pada tahun 1779, Johann Friedrich Oberlin dan Louise Scheppler menjumpai pusat penjagaan bayi dan prasekolah kanak-kanak terawal di Strasbourg, Jerman. Kanak-kanak di sini dihantar oleh ibubapa mereka yang keluar bekerja di siang hari[1]. Pada tahun 1780 pula, pusat penjagaan bayi yang serupa ditubuhkan di Bavaria[2]. Pada tahun 1802, Pauline zur Lippe menubuhkan pusat prasekolah di Detmold.

Pada tahun 1816, Robert Owen, seorang ahli falsafah dan pedagogi, membuka prasekolah untuk bayi dan kanak-kanak pertama di British, dan mungkin yang pertama di dunia yang teletak di New Lanark, Scotland[3][4][5]. Disebabkan Owen memiliki perusahaan kilang bersama, beliau mahu kanak-kanak ini diberikan pendidikan moral yang bagus supaya mereka boleh diterima bekerja. Cara Owen ini berkesan dalam membentuk kanak-kanak yang berdisiplin tinggi, selain memiliki kemahiran asas membaca dan mengira[6].

Samuel Wilderspin membuka prasekolah untuk kanak-kanak berumur setahun dan ke atas pertama di London sekitar tahun 1819[7], dan menubuhkan beberapa ratus prasekolah selepas itu. Beliau menerbitkan beberapa kertas kerja berkaitan prasekolah dan kertas-kertas kerja ini dijadikan model konsep penubuhan dan pengurusan prasekolah di seluruh England dan sekitarnya. Aktiviti bermain merupakan bahagian paling penting dalam sistem pendidikan yang diterapkan Wilderspin. Taman permainan kanak-kanak merupakan hasil penciptaan Wilderspin. Pada tahun 1823, Wilderspin menerbitkan buku yang bertajuk On the Importance of Educating the Infant Poor, yang menghuraikan tentang cara-cara penjagaan dan pengajaran kepada kanak-kanak di sekolah.

Tahun berikutnya menyaksikan Wilderspin mula membabitkan diri dalam penubuhan Kesatuan Prasekolah Bayi. Beliau juga mengarang buku yang berjudul "The Infant System, for developing the physical, intellectual, and moral powers off all children from one to seven years of age". Buku ini berkisarkan mengenai keperluan prasekolah untuk kanak-kanak bermula dari umur setahun sehingga tujuh tahun.

Berkembang sunting

 
Suasana di salah sebuah Tadika di Jerman Timur pada tahun 1956

Therese Brunsvik (1775–1861), seorang pengikut Johann Heinrich Pestalozzi, menubuhkan Angyalkert ("Taman Malaikat" dalam bahasa Hungary) pada 27 Mei 1828 di kediamannya, sebelum menubuhkan 11 lagi pusat penjagaan khusus untuk kanak-kanak muda[8][9]. Pada tahun 1836, Brunsvik menubuhkan institut yang menjadi asas kepada pusat prasekolah. Idea ini menjadi popular di kalangan bangsawan dan mereka yang berada dalam kelas pertengahan dan semakin banyak pusat-pusat prasekolah ditubuhkan di Hungary.

Friedrich Fröbel (1782–1852) menubuhkan institut Permainan dan Aktiviti pada tahun 1837 di perkampungan Bad Blankenburg yang ditadbir oleh kerajaan Schwarzburg-Rudolstadt, Thuringia, dan kemudiannya beliau menamakan institut ini dengan nama Kindergarten.

Ramai wanita dilatih oleh Fröbel dan mereka mula membuka Kindergarten di kawasan Eropah dan beberapa tempat di seluruh dunia. Tadika pertama di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai First Kindergarten ditubuhkan pada tahun 1856 di Watertown, Wisconsin dan menggunakan bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar[10]. Elizabeth Peabody menubuhkan tadika pertama Amerika Syarikat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, manakala tadika percuma pertama Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1870 oleh Conrad Poppenhusen, seorang usahawan dan dermawan berbangsa Jerman, yang juga pengasas kepada Institut Poppenhusen.

Dari sudut agama sunting

Islam sunting

Dalam Islam, pendidikan awal kanak-kanak telah bermula semenjak di dalam kandungan ibu lagi[11]. Selepas kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama bermula selepas lahir sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur tiga tahun dan peringkat kedua bermula pada umur tiga tahun sehingga kanak-kanak tersebut mencapai usia enam tahun[12]. Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak perlu diberi didikan agama yang bersesuaian dengan umur mereka[13] seperti mempelajari rukun solat, selain daripada tidak terlalu menekankan kepada pembacaan semata-mata. Digalakkan juga menyelitkan aktiviti bermain kerana ianya kelakuan semulajadi kanak-kanak, di samping dapat mengekalkan kesihatan yang baik dan bersantai setelah penat belajar[12].

Kristian sunting

Dalam Kristian, program prasekolah biasanya didedahkan kepada aspek keagamaan seperti pembangunan terhadap mental, fizikal dan spiritual seseorang[14]. Selain itu, kanak-kanak mempelajari kesusasteraan Bible yang ringkas, menyanyikan lagu-lagu yang memuji Tuhan dan belajar untuk datang ke gereja secara kerap[15].


Skop perkembangan sunting

 
Murid sedang melakukan aktiviti senireka di prasekolah India, 2014

Fasa selepas kelahiran merupakan fasa pembelajaran yang paling penting sekali[16]. Di peringkat tiga tahun pertama selepas kelahiran merupakan tempoh kritikal bagi perkembangan kanak-kanak di mana pada tempoh inilah kanak-kanak mula mempersiapkan dirinya untuk mempelajari bahasa (dari segi percakapan), cara bersosial dan sifat ingin tahu. Pada tahun-tahun pertama, khususnya semasa kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun, otak manusia mampu menerima banyak maklumat yang dipelajari di sekelilingnya. Prasekolah yang berkualiti, guru-guru terlatih yang memiliki kaedah pembelajaran berkesan kepada kanak-kanak mampu memberi kesan yang baik kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak tersebut[17][18].

Berikut merupakan antara bidang yang biasanya diajar di prasekolah[19][20]:

Sesebuah sistem prasekolah dibangunkan dengan mengambilkira faktor seperti struktur kelas (pengambilan murid baru, nisbah guru dan murid, saiz kelas, servis), proses (kualiti persekitaran kelas, suasana interaktif antara guru dan murid-murid dan lain-lain) dan jajaran (kurikulum, penilaian murid). Kurikulum pula direka berdasarkan kepada umur kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak berumur empat tahun ke atas sepatutnya mampu mengira nombor dari 1 hingga 10[21].

Ada juga kajian yang tidak bersetuju dengan kebaikan pendidikan prasekolah[22][23], di mana prasekolah boleh merencatkan perkembangan kognitif dan sosial[24][25]. Kajian yang dilakukan oleh Universiti California dan Universiti Stanford terhadap 14,000 pusat prasekolah mendapati bahawa walaupun terdapat sedikit peningkatan rangsangan kognitif dalam aktiviti membaca dan mengira, prasekolah mampu memudaratkan perkembangan sosial dan kerjasama[26]. Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran di rumah memberi impak yang besar terhadap pendidikan awal kanak-kanak berbanding prasekolah[16].


Kurikulum sunting

Penggubalan kurikulum untuk kanak-kanak prasekolah menjadi topik perbahasan yang hangat sekali[27]. Kebanyakkan hujah berkisarkan kepada isi kandungan dan amalan pedagogi; sebanyak mana kandungan akademik perlu dimasukkan dan kaedah pembelajaran secara formal atau secara kendiri, yang dibantu oleh pengajar lebih berkesan[28][27]. Bagi yang menyokong penggubalan kurikulum untuk prasekolah, mereka merasakan bahawa fokus perlu diberi kepada kemahiran asas, lebih-lebih lagi kemahiran asas komunikasi dan mengira, serta merangka aktiviti yang telah ditetapkan bagi mencapai sesuatu objektif.

Di peringkat antarabangsa, terdapat tentangan yang kuat terhadap sekolah yang menyediakan aktiviti seperti itu serta penggubalan kurikulum untuk prasekolah. Mereka lebih menyokong penggubalan kurikulum yang membantu perkembangan kanak-kanak[29] seperti perkembangan kesihatan dan fizikal, emosi dan rohani, kompetensi sosial, perkembangan intelektual dan kemahiran berkomunikasi[30]. Topik ini akan sentiasa menjadi perbahasan umum, di samping menjadi rujukan para pendidik dan ibubapa bagi penggubalan kurikulum yang spesifik mengikut acuan tersendiri[31].


Mengikut negara sunting

Malaysia sunting

Pendidikan prasekolah di Malaysia dikawalselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Akta Pendidikan 1996. Kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun layak memasuki program prasekolah ini namun tidak diwajibkan[32], sebagai persediaan awal sebelum mereka melangkah masuk ke pendidikan rendah yang wajib diduduki[33].

Terdapat banyak jenis pusat prasekolah yang ditubuhkan di Malaysia seperti Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan, Kelas Prasekolah KPM dan pusat prasekolah swasta. Kesemua pusat prasekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia menggunapakai kurikulum yang digubal oleh KPM iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)[34].

Singapura sunting

Prasekolah di Singapura adalah untuk kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Terdapat dua jenis pusat prasekolah yang dikendalikan. MOE Kindergarten dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Singapura dan dibuka kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun[35]. Selain itu, terdapat pusat prasekolah lain yang ditubuhkan pihak swasta di mana kesemua pusat ini dikawalselia oleh agensi di bawah Kementerian Pendidikan Singapura iaitu Early Childhood Development Agency (ECDA)[36]. Pusat-pusat prasekolah di bawah ECDA ini pula terbahagi kepada dua jenis; pusat jagaan kanak-kanak dan kindergarten[35].

Terdapat beberapa jenis kurikulum yang digunakan oleh pusat-pusat prasekolah di Singapura seperti IB Primary Year Programme, Reggio Emilia dan Montessori[37]. Terdapat juga pusat prasekolah yang menawarkan pembelajaran secara bermain dan praktikal.


Lihat juga sunting


Pautan luar sunting


Rujukan sunting

  1. ^ Lorenzo Knapp, Samuel (1843). Female Biography: Containing Notices of Distinguished Women in Different Ages and Nations. New York: Thomas Wardle. m/s. 230.
  2. ^ Berger, Manfred (2017). "Die ehemaligen und gegenwärtigen Ausbildungsstätten für Kleinkindlehrerinnen, Kindergärtnerinnen, Hortnerinnen ... und Erzieher/innen in Bayern". Das Kita-Handbuch. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  3. ^ Vag, Otto (March 1975). "The Influence of the English Infant School in Hungary". International Journal of Early Childhood. 7 (1): 132–136. doi:10.1007/bf03175934. S2CID 145709106.
  4. ^ "New Lanark Kids: Robert Owen". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2010. Dicapai pada 1 December 2013.
  5. ^ "Education in Robert Owen's New Society: the New Lanark Institute and schools". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2013. Dicapai pada 1 December 2013.
  6. ^ "Socialist – Courier: Robert Owen and New Lanark". Socialist-courier.blogspot.co.uk. 29 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2013. Dicapai pada 27 November 2013.
  7. ^ Wilderspin, Samuel (1823). The Importance of Educating the Infant Poor. London: W. Simpkin & R. Marshall, Goyder, printer. m/s. 3.
  8. ^ Budapest Lexikon, 1993
  9. ^ Public Preschool Education in Hungary: A Historical Survey, 1980
  10. ^ "Watertown Historical Society". Watertown Historical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2015. Dicapai pada 21 June 2015.
  11. ^ Tabroni, Imam; Sahrodi, Jamali; ., Ulfiah; ., Lindawati (11 Mac 2022). "Early Childhood Education In Islamic Education Perspective". ULIL ALBAB : Jurnal Ilmiah Multidisiplin. 1 (4 (Mac 2022)): 901–909. ISSN 2810-0581. Dicapai pada 18 Januari 2023.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  12. ^ a b Mohd Hamidin, Norfaezah; Md Isa, Siti Nurhajariah; Abdul Rahman, Awatif; Hamdi, Idi (2017). "PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK) DI MALAYSIA: KAJIAN LITERATUR" (PDF). E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  13. ^ Ramli, Muhammad Amirul (30 Jun 2022). "Early Childhood Education in Islamic Perspective". Bulletin of Early Childhood. 1: 31–41. doi:10.51278/bec.v1i1.416. ISSN 2964-7029. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  14. ^ Li, Jia (1 Oktober 2021). "Evaluation of Christian values and holistic child development: A case study of Benguet State University-Elementary Laboratory School in La Trinidad, Benguet, Phillipines". Bulletin of Early Childhood. 1: 49–68. doi:10.37134/saecj.vol10.2.4.2021. ISSN 2964-7029. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  15. ^ "Why Should I Send My Child To A Christian Preschool?". Northshore Christian Academy. 5 Jun 2020. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  16. ^ a b The Early Years Framework (PDF). Scottish Government. 2008. ISBN 978-0-7559-5942-6. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 11 November 2010. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  17. ^ Schaefer, Stephanie; Cohen, Julie. (Disember 2000). Making Investments in Young Children: What the Research on Early Care and Education Tells Us. National Association of Child Advocates. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  18. ^ Hanford, Emily (Oktober 2009). "Early Lessons". American Radio Works. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2011. Dicapai pada 8 November 2009.
  19. ^ The foundation stage: education for children aged 3 to 5 Diarkibkan 7 Ogos 2008 di Wayback Machine
  20. ^ A Curriculum Framework for Children 3 to 5 Diarkibkan 3 Ogos 2010 di Wayback Machine
  21. ^ "Age Appropriate Curriculum, Developmental Milestones, and Readiness: What My Child Should Be Learning and When". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  22. ^ "Creative Learning Center Preschool DayCare Child". Creative Learning Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 21 March 2017.
  23. ^ "Child care Centre in Singapore | Top Preschool". Carpe Diem (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2021.
  24. ^ "542" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Oktober 2013. Dicapai pada 1 Disember 2013.
  25. ^ Mykhailytska, Kseniia (April 1986). "Is Kindergarten a Good or Bad Idea? The Effects of Preschool on Children's Social, Behavioral, and Cognitive Development". Dicapai pada 18 Januari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  26. ^ "University of California – UC Newsroom | New report examines effects nationwide of preschool on kids' development". Universityofcalifornia.edu. 2 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2014. Dicapai pada 27 November 2013.
  27. ^ a b "Reaching for consensus about preschool curricula". Phi Delta Kappan. 26 September 2022. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  28. ^ Katz, L. Curriculum Disputes in Early Childhood Education. ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. EDO-PS-99-13.
  29. ^ "Contemporary curriculum debates in early childhood education and care". British Educational Research Association. 29 Oktober 2021. Dicapai pada 18 Januari 2023.
  30. ^ Bennett, J. 2004. Curriculum in early childhood education and care. UNESCO Policy Brief on Early Childhood. No. 26, September 2004.
  31. ^ Marope, P.T.M.; Kaga, Y. (2015). Investing against Evidence: The Global State of Early Childhood Care and Education (PDF). Paris, UNESCO. m/s. 243–265. ISBN 978-92-3-100113-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Oktober 2018. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  32. ^ "Everything You Need to Know About Preschools". Education Destination Malaysia. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  33. ^ "Perbezaan antara Tabika Kemas dan prasekolah KPM, ibu bapa wajib tahu". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Januari 2023.
  34. ^ "Bersedia ke Prasekolah". Positive Parenting Malaysia. 3 Februari 2014. Dicapai pada 17 Januari 2023.
  35. ^ a b "Overview of preschool". Ministry of Education Singapore. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  36. ^ "who we are". Early Childhood Development Agency Singapore. Dicapai pada 20 Januari 2023.
  37. ^ "Ultimate Guide to Kindergartens and Preschools in Singapore". Sassy Mama. 17 Februari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2023.