Teksi haram atau dikenali sebagai prebet sapu pula merujuk kepada pemilik kenderaan yang mengambil upah mengangkut penumpang tanpa lesen. Prebet sapu lebih ketara di kawasan bandar raya yang mempunyai sistem yang mengehadkan bilangan pengusaha teksi berlesen (sistem medallion). Operasi prebet sapu sering dilihat sebagai satu bentuk jenayah tanpa mangsa, sungguhpun kehadiran mereka menyebabkan pendapatan pengusaha teksi berlesen terjejas. Sesetengah kenderaan yang digunakan sebagai teksi sapu ini juga turut berhadapan dengan risiko keselamatan, memandangkan prebet sapu turut memintas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi pengusaha teksi berlesen. Sungguhpun demikian, penumpang ada kalanya berpendapat prebet sapu lebih mudah didapati serta lebih menjimatkan berbanding teksi sah.[1]

Sepintas lalu sunting

Di Malaysia, pengusaha diwajibkan untuk memiliki lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikeluarkan mengikut keperluan. Kenderaan yang hendak dilesenkan sebagai teksi juga mestilah berusia bawah 3 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan, dan mestilah ditukar sekiranya mencapai usia 10 tahun. Jenis kenderaan turut ditetapkan oleh SPAD, misalnya kereta nasional atau kereta berenjin 1.5 liter bagi permohonan lesen teksi bajet. Kakitangan kerajaan tidak dibenarkan memohon lesen teksi sama sekali.[2] Sungguhpun demikian, pengusaha prebet sapu pula seringkali beroperasi tanpa mengikut garis panduan SPAD mengenai usia dan jenis kenderaan yang dibenarkan untuk dilesenkan. Untuk memaksimumkan keuntungan, ada pengusaha prebet sapu yang menggunakan van atau kenderaan berusia lebih 10 tahun untuk beroperasi.

Selain penggunaan kenderaan yang tidak mengikut syarat, ada di kalangan prebet sapu yang turut menipu pelancong asing dengan mengenakan tambang terlalu mahal dan tidak masuk akal berbanding teksi bermeter.[3] Kelemahan penguatkuasaan turut menambah parah keadaan; aduan mengenai operasi prebet sapu tidak begitu diambil peduli, tetapi aduan mengenai salah laku pengusaha teksi berlesen pula cepat diambil tindakan. Akibat lambakan pengusaha teksi haram, pendapatan pengusaha teksi sah pula terjejas teruk kerana terpaksa bersaing bukan sahaja dengan pengusaha prebet sapu, tetapi juga mod pengangkutan awam lain seperti bas dan pengangkutan rel.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohd. Izzatul Izzat Tahir (29 Oktober 2012). "Prebet sapu kebas penumpang" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. Dicapai pada 23 Januari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Dasar Pengangkutan Awam Teksi - garis panduan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 23 Januari 2013.
  3. ^ Mohamad Fahd Rahmat (7 Januari 2011). "Prebet sapu makin ligat" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting