Procter & Gamble Co. (P&G; tulisan Jawi: ڤروکتر & ݢيمبل; NYSE: PG) ialah sebuah perbadanan multinasional Amerika Syarikat dan pengeluar beraneka barangan pengguna yang bertapak di Cincinnati, Ohio. P&G menduduki tangga kedua syarikat dunia (di bawah Unilever).[2][3] P&G banyak disanjungi kerana inovasi-inovasi perniagaannya termasuk pengurusan jenama, drama lipur lara, dan "Connect & Develop".

The Procter & Gamble Company
Nama asliProcter & Gamble Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS7427181091 Sunting ini di Wikidata
IndustriBarang pengguna
Ditubuhkan31 Oktober 1837; 186 tahun yang lalu (1837-10-31)
Pengasas
Ibu pejabatCincinnati, Ohio, U.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
Keluaran
JenamaLihat senarai jenama Procter & Gamble
Hasil US$82.01 billion (2023)
Pendapatan kendalian US$18.13 billion (2023)
Pendapatan bersih US$14.65 billion (2023)
Jumlah aset US$120.8 billion (2023)
Jumlah ekuiti US$47.07 billion (2023)
Bilangan kakitangan107,000 (2023)
Anak syarikat
  • Procter & Gamble Australia Pty. Ltd.
  • Braun
Tapak webpg.com
Facebook: ProcterGamble Twitter: ProcterGamble Instagram: proctergamble LinkedIn: procter-and-gamble Youtube: UCDzq6J0KoGCbps96JQuXWRg Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki/rujukan
Financials setakat Jun 30, 2023.[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menurut syarikat Nielsen, pada tahun 2007, P&G paling banyak berbelanja untuk pengiklanan di AS di kalangan semua syarikat-syarikat; perbelanjaannya sebanyak $2.62 bilion itu hampir dua kali ganda perbelanjaan iklan General Motors yang berada di tangga kedua dalam senarai Nielsen.[4]P&G menjadi penyumbang jenama terbanyak dalam Festival Pengiklanan Antarabangsa Cannes Lions 2008.[5]

Operasi sunting

Bermula 1 Julai 2007, operasi syarikat P&G terbahagi kepada tiga "Global Business Units", yang mana setiap satunya terbahagi kepada "Business Segments," menurut keluaran hasil pendapatan syarikat pada Jun 2007.

  • Beauty Care
    • Beauty segment
    • Grooming segment
  • Household Care
    • Baby Care and Family Care segment
    • Fabric Care and Home Care segment
  • Health & Well-Being
    • Health Care
    • Snacks, Coffee and Pet Care

Jenama Procter & Gamble sunting

23 jenama P&G bernilai lebih sebilion dolar dari segi jualan tahunan bersih sementara 18 lagi mencatat jualan antara $500 juta dan $1 bilion.

Jenama berbilion dolar

Pengilangan sunting

Procter & Gamble mengilangkan produk-produknya di serata dunia Operasi pengilangannya bertapak di rantau-rantau berikut:

Terbitan dan tajaan sunting

Terbitan sunting

Procter & Gamble pernah memiliki sebuah syarikat penerbitan rancangan TV, Procter & Gamble Productions (PGP), yang kini sudah dijual kepada TeleNext Media, Inc pada pertengahan tahun 2008.

Procter & Gamble menerbitkan dan menaja drama-drama radio lipur lara terawalnya pada awal 1930-an (Procter & Gamble yang terkenal kerana bahan cuciannya, mungkin menjadi asal-usul istilah "soap opera"). Apabila televisyen makin popular pada 1950-an dan 1960-an, kebanyakan siri TV baru turut diterbitkan dan ditaja syarikat ini. Dua siri terbitannya iaitu As the World Turns dan Guiding Light, masih bersiaran hari ini dan diterbit oleh TeleNext bagi pihak Procter & Gamble. Siri The Young and the Restless juga ditaja oleh keluaran Procter & Gamble, di samping drama waktu siang yang lain.

Antara terbitan Procter & Gamble terdahulu termasuk:

Procter & Gamble juga merupakan syarikat pertama yang menerbitkan dan menaja rancangan waktu perdana, iaitu keluaran sampingan drama lipur lara waktu siang As the World Turns iaitu Our Private World pada tahun 1965. PGP juga pernah menerbitkan siri Shirley, sebuah siri waktu perdana di rangkaian NBC yang dibintangi Shirley Jones, yang bertahan selama 13 episod pada tahun 1979. PGP juga menerbitkan siri komedi asli pertama rangkaian TBS bertajuk Down to Earth, yang bertahan dari tahun 1984 hingga 1987 (iaitu selama 110 episod), dan juga siri komedi bersindiket yang berjudul Throb. Procter & Gamble Productions asalnya menerbitkan Dawson's Creek bersama Sony Pictures Television tetapi menarik diri sebelum tayangan perdana siri tersebut gara-gara ulasan awal oleh media. PGP juga menerbitkan telefilem A Triumph of the Heart: The Ricky Bell Story bersama The Landsburg Company pada tahun 1991.

Selain hasil penerbitan sendirinya, Procter & Gamble juga menyokong banyak telenovela berbahasa Sepanyol di AS melalui pengiklanan di rangkaian Univision, Telemundo, Telefutura, Azteca dan lain-lain lagi. Procter & Gamble merupakan salah sebuah pengiklan arus perdana terawal dalam Tv berbahasa Sepanyol pada pertengahan 1980-an.

Tajaan sunting

Sukan sunting

Procter & Gamble menjadi penaja Piala Thomas & Uber 1988 dan Kejohanan Badminton Sedunia 1997 - 1999.

Procter & Gamble menjadi penaja Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1984 (bersama Bank Islam).

Rujukan sunting

  1. ^ "P&G Co. 2023 Annual Report (Form 10-K)". U.S. Securities and Exchange Commission. August 4, 2023.
  2. ^ CNN Fortune ranking
  3. ^ America's Most Admired Companies 2007: Top 20 - FORTUNE
  4. ^ The Nielsen Company Issues Top Ten U.S. Lists For 2007, daripada laman web Nielsen Company
  5. ^ "Cannes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-15. Dicapai pada 2008-11-09.

Pautan luar sunting