Golongan pekerja atau proletariat (daripada perkataan Latin prollees yang bermaksud "anak") ialah istilah yang digunakan untuk kelas sosial rendah. Asalnya ia merujuk kepada mereka yang tidak ada harta selain daripada anak lelaki mereka. Istilah ini pada mulanya dipandang hina sehinggalah Karl Marx menggunakannya sebagai merujuk kepada golongan pekerja.

Pentakrifan sunting

Istilah proletar dalam ilmu sosiologi sebenarnya bukan perkara yang baru lagi sejak Karl Marx kali pertama merujuknya sebagai salah satu kelas proletar. Kelas ini sebenarnya sudah banyak muncul sebagai sebuah rujukan kelas dengan nama-nama yang berbeza. Dalam erti kata Karl Marx, proletar ialah masyarakat kelas kedua selepas kelas kapitalis yang hidup daripada gaji hasil kerjanya. Banyak stereotaip yang memandang bahawa proletar hanya terbatas sebagai masyarakat kelas rendah. Pekerjaan mereka tidak terlepas daripada buruh, petani, nelayan atau orang-orang yang bergelut dengan pekerjaan kasar.

Ada beberapa contoh kaum proletar di dunia. Di masyarakat Eropah, khususnya sebelum meletusnya Revolusi Perancis terjadi, proletar dapat diertikan terperinci lagi sebagai petani (peasant) di mana waktu itu jumlah masyarakat ini mendominasi Perancis, tetapi tidak memiliki kekuatan. Kekuatan dibawa oleh kaum Bangsawan yang biasanya juga dianggap sebagai masyarakat pemerintah dan pemegang kapital bersama kaum Pendeta. Di India pula, masyarakat dibatasi dengan adanya kasta yang ditetapkan agama mereka. Kaum proletar di sana dibahagi menjadi dua bahagian. Pertama ialah kaum sudra yang merupakan kelas orang-orang pekerja dan pelayan. Kedua ialah Pariah, sebenarnya kelas ini ialah kelas terbuang dari kelas-kelas sebelumnya bahkan boleh dikatakan kelas ini merupakan kelompok masyarakat yang tidak diakui dalam kasta. Pekerjaan kaum pariah adalah yang paling memilukan dari segala pekerjaan yang diemban oleh kelas lainya, kerana tugas mereka ialah tugas-tugas yang dianggap tidak layak untuk dilakukan. Di Indonesia, terutama di Jawa zaman penjajah, masyarakat proletar dipegang oleh penduduk asli pulau Jawa. Mereka ialah orang yang paling dipergunakan pada zaman penjajah Hindia Belanda. Menurut peraturan yang dibuat pemerintah kolonial, mereka benar-benar dikurangi haknya sampai had minimum.

Mengikut sudut pandangan Barat sunting

Pandangan Karl Marx sunting

Dalam pemikiran Karl Marx, ini ialah kelas kedua dalam susun lapis sosial yang ia ciptakan. Proletar ialah kelas yang menerima gaji oleh kelas pertama iaitu kelas majikan. Mereka bekerja guna memenuhi keperluan mereka seharian. Sedangkan kelas majikan bekerja dengan mencari untung. Kelas Proletar sering menjadi sasaran eksploitasi para majikan yang berorientasi kapitalis ini. Untuk itu mereka sering diperas tenaganya dan diberikan gaji yang rendah guna kepentingan meraup laba sebesar-besarnya. Para proletar ingin hidup dengan tenang, maka mereka yang hidup untuk bekerja akan mengalami penyisihan atau keterasingan. Mereka ialah orang-orang yang tidak boleh menciptakan lapangan kerja sendiri sehingga menumpang pada para pemodal untuk menciptakan barang dengan nilai lebih. Nilai lebih ini tercipta dari rumusan nilai barang dikurangi nilai seluruh hasil produksi dan menciptakan untung.

Oleh kerana itu, proletar yang kehilangan kebebasannya akan membantah tirani kapitalis tersebut dengan tunjuk perasaan dan hal-hal lain yang diperlukan. Namun para kapitalis tersebut akan menolaknya. Mereka dipihak pemerintah kerana merekalah yang memberi kekayaan negara, terutama di negara-negara berideologi liberalisme. Jika pemerintah tidak mengimbangi hak-hak kaum proletar dan mengejar untung daripada para majikan tersebut, sebuah gerakan anarkisme pun terjadi dan mungkin akan menciptakan revolusi. Pascarevolusi maka terciptalah perubahan dari kapitalisme yang mencekik menjadi negara sosialis yang mendukung rakyat atau kaum proletar.

Pandangan Arnold J. Toynbee sunting

Arnold J. Toynbee menggunakan dua terminologi dalam kata proletariat yakni "internal protelariat" dan "external protelatriat" dalam karyanya "A Study of History" guna menggambarkan kelompok yang ada di dalam dan di luar suatu negeri yang ada dalam konflik tertentu.

Dalam sejarah Indonesia sunting

Dalam kalangan masyarakat Indonesia, pendapat tentang proletar lahir di dalam perkembangan sosialisme pada zaman politik etika. Banyak pendapat tentang proletar di dalam masyarakat Indonesia. Dalam pendapat-pendapat itu, ada yang mengikuti pendapat Marxisme, ada pula yang dipengaruhi fahaman-fahaman lainya seperti Pan-Islamisme. Pengikut pendapat Marxis ialah mereka yang masuk ke dalam tubuh Partai Komunis Indonesia atau PKI. Dan mereka yang tidak mengikutinya boleh dikatakan dari anggota fahaman lainya, seperti Islam atau nasionalisme. Di antara mereka ialah Soekarno, Tan Malaka, H.O.S. Tjokroaminoto, dan Semaoen.

Soekarno sunting

Soekarno ialah presiden Indonesia yang pertama sekali, sekaligus salah satu pendiri negara Indonesia. Soekarno ialah seorang presiden yang berhaluan kiri namun tidak takluk pada komunisme antarabangsa. Prinsipnya tentang proletar berbeza dengan Marxisme. Pemikirannya dinamakan Marhaenisme. Kononnya ini bermula semasa perjalanannya di Bogor ketika beliau masih muda. Soekarno bertemu seorang petani bernama Pak Marhaen dan berbincang dengannya. Dari sinilah ia memberikan nama ideanya sesuai dengan petani yang ia temui tersebut. Dasar proletariat dalam Marhaenisme adalah seseorang yang memiliki peralatan kerja dan boleh menggunakannya sesuai dengan keiinginannya sendiri. Beliau dapat melakukan perkara yang beliau inginkan dalam bekerja dan menikmati seperti apa yang beliau mahu dengan hasil yang dia dapatkan. Namun mengapa kemiskinan yang mereka dapatkan? Jawapannya adalah sistem yang membuat kemiskinan di tubuh mereka. Sistem tersebut baik berasal dari pemerintahan seperti kolonialisme atau konsep adat seperti feodalisme. Hal ini berbeza dengan Marx yang beranggapan bahawa proletar adalah orang yang seolah direbut alatnya oleh kapitalis dan diharuskan bekerja sebagai orang yang digaji. Memang dalam perjalanannya, Marhaenisme tidak mahu disamakan dengan Marxisme karena dalam konsep mereka merasa berbeza.

H.O.S. Tjokroaminoto sunting

H. O. S. Tjokroaminoto ialah tokoh pergerakan Indonesia di bawah bendera Sarekat Islam. Pemikirannya mungkin lahir dari gabungan antara banjirnya pemikiran sosialisme Marxisme baik di Indonesia mahupun antarabangsa dan bangkitnya gerakan pembaharuan islam atau yang biasa disebut dengan Pan Islamisme.

Bagi Tjokroaminoto dan beberapa pengikut Sarekat Islam, sosialisme yang terbenar adalah sosialisme yang berjalan dan menganut agama Islam. Mereka percaya bahawa gerakan awal Islam yang dimulakan dari Nabi Muhammad dan Khulafa al-Rasyidin ialah sebuah zaman emas terbesar dalam sejarah Islam terbesar di keseluruhan zaman Islam. Berbeza dengan Marxisme yang berfikir bahawa Kapitalis selalu menginjak-injak harga diri kaum proletar, Islam memberi suatu rangka peraturan kewajipan dan hak antara keduanya. Keadilan, saling memberi dan saling memahami menjadi bahagian yang wajib mereka lakukan. Kaum pemodal tidak boleh sesuka hati mengatur buruhnya, dan buruh tidak boleh menolak apa yang menjadi kewajipannya. Hubungan timbal balik ini diatur dalam al-Quran, kitab suci orang Islam.

Pendirian komunis Indonesia sunting

Berawal dari ISDV, lalu ke SI Semarang dan kemudian ke Partai Komunisme India atau Partai Komunis Indonesia (PKI), pandangan kaum komunis di Indonesia cukup beragam dalam menghadapi apa erti dari proletariat. Setidaknya hal ini terjadi kerana akar yang kuat dan sulit untuk di patahkan dari adat dan agama Islam di setiap orang Indonesia yang beraliran komunis. Ada beberapa tokoh yang berpengaruh dalam PKI, antara yang lain Tan Malaka dan Semaoen pada zaman awal PKI, Muso pada zaman Revolusi Indonesia, dan D.N. Aidit pada zaman pascaperang kemerdekaan. Daripada tokoh-tokoh tersebut, Tan Malaka memiliki pandangan yang berbeza tentang komunisme di Indonesia tentang cara proletar bergerak. Tan Malaka memandang perlu adanya ikut serta kaum priyayi yang mempunyai streotaip sama dengan kaum borjuis, sedangkan kaum fanatik Kesatuan Soviet setuju kalau proletar harus bergerak sendiri kerana priyayi atau borjuis akan mendukung pemerintah (dalam hal ini Penjajah Belanda). Namun tentang cara mereka menghuraikan kaum proletar adalah sama.

Rujukan sunting

  • Hal Draper, Karl Marx's Theory of Revolution, Vol. 2; The Politics of Social Classes. Monthly Review Press.

Pautan luar sunting