Prostratin adalah pengaktif protein kinase C yang terdapat dalam kulit pokok mamala di Samoa, Homalanthus nutans (Euphorbiaceae). Sungguhpun prostratin pada asalnya diasingkan dan dikenal pasti sebagai phorbol baru dari spesies genus Pimelea (Thymelaceae) di Australia, aktiviti antiviral prostratin dijumpai semasa penyelidikan berkenaan pengetahuan tradisional tabib Samoan oleh pakar etnobotani Paul Alan Cox dan satu pasukan dari Institute Barah Kebangsaan U.S. Pawang Samoan menggunakan pokok mamala bagi merawat hepatitis. Penyelidikan menunjukkan bahawa prostratin berpotensi berguna bagi rawatan HIV kerana ia mampu mengosongkan simpanan viral bagi jangkitan pendam CD4+ sel T.[1]

Prostratin
Nama
Nama IUPAC
(1aR,1bS,4aR,7aS,7bR,8R,9aS)-4a,7b-dihydroxy-3-(hydroxymethyl)-1,1,6,8-tetramethyl-5-oxo-1,1a,1b,4,4a,5,7a,7b,8,9-decahydro-9aH-cyclopropa[3,4]benzo[1,2-e]azulen-9a-yl acetate
Nama lain
12-Deoxyphorbol-13-acetate
Pengecam
Imej model 3D Jmol
  • CC1CC2(C(C2(C)C)C3C1(C4C=C(C(=O)C4(CC(=C3)CO)O)C)O)OC(=O)C
Sifat
C22H30O6
Jisim molar 390.47 g/mol
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
Rujukan kotak info

Overview sunting

Prostratin adalah menarik disebabkan keupayaan uniknya bagi mengaktifkan simpanan virus pendam, ketika menghalang sel sihat dari dijangkiti, dan juga jumpaannya melalui etnobotani. Perjanjian peneroka bagi melindungi hak harta intelektual tempatan penduduk Samoa ditubuhkan antara kerajaan Samoa dan Perikatan Penyelidikan AIDS, dengan 20% keuntungan ARA dikembalikan kepada penduduk Samoa,[2] dan antara Kerajaan Samoa dan Universiti California, Berkeley di mana pasukan yang diketuai oleh Jay Keasling sedang cuba mengasingkan jujukan gen yang bertanggung jawab bagi biosintesis prostratin. Samoa dan UC Berkeley bersetuju untuk berkongsi sama rata keuntungan perdagangan dari barangan gen.

Pada 2008, satu pasukan dari Universiti Stanford dipimpin oleh ahli kimia Paul Wender telah menerbitkan empat langkah indah sintesis kimia bagi prostratin dari phorbol.[3] Sistesis pratikal ini menghasilkan kuantiti prostratin dalam gram, dan merupakan langkah utama kearah perkembangan farmaseutikal bagi prostratin.

Pada 2010, Perikatan Penyelidikan AIDS di Los Angeles, California mengumumkan bahawa ia menandatangani perjanjian baru dengan Universiti Stanford, memindahkan hak esklusif teknologi yang dibangunkan oleh pasukan penyelidikan Stanford. Fasa I ujian klinikal manusia prostratin akan dijalankan oleh Perikatan Penyelidikan AIDS di Los Angeles, California.

Rujukan sunting

  1. ^ Prostratin and the AIDS Research Alliance, AIDS Research Alliance, 2006
  2. ^ Prostratin Press Release, AIDS Research Alliance, 2001-12-13
  3. ^ Paul A. Wender, Jung-Min Kee, Jeffrey M. Warrington (2008). "Practical Synthesis of Prostratin, DPP, and Their Analogs, Adjuvant Leads Against Latent HIV". Science. 320 (5876): 649–652. doi:10.1126/science.1154690. PMC 2704988. PMID 18451298. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting