Proton Saga (generasi pertama)

(Dilencongkan dari Proton Saga (Generasi pertama))

Proton Saga generasi pertama ialah kereta pertama yang dihasilkan pengilang kereta Proton. Ia dibina atas landasan Mitsubishi Lancer hasil kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun. Ia dilancarkan pada bulan 9 Julai 1985 oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada awalnya ia dikeluarkan dalam bentuk salun dan kemudian, pada tahun 1987, sebuah model hatchback diperkenalkan. Proton generasi pertama ini mempunyai rekod pengeluaran yang paling lama antara model-model Proton, iaitu selama 23 tahun, sehinggalah ia diganti dengan Proton generasi kedua pada tahun 2008. Lebih daripada 1.2 juta unit dijual, dan ini menjadikan model generasi pertama ini model yang paling laris dijual Proton[1].

Generasi pertama Proton Saga
PengilangProton
Pengeluaran1985 - sehingga kini
KelasKereta kompak
Stail badanSalun 4 pintu
Hatchback 5 pintu
PlatformFF
Enjin4G13 I4 1.3 L
4G15 I4 1.5 L
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 3 kelajuan
Berkait1983 Mitsubishi Lancer

Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga (Adenanthera pavonina) amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga yang menggunakan enjin Mitsubishi Sirius sambil mengibarkan Jalur Gemilang semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Mitsubishi.

Sejarah sunting

Proton Saga
 
Maklumat
Pengeluaran1985 - 1992
Gaya badan4-door sedan
5 pintu hatchback
Jarak rodan/a
Panjangn/a
Lebarn/a
Tinggin/a
Berat Curbn/a
Proton Saga (salun) (manual) (generasi pertama, wajah baharu pertama) (hadapan), Kuala Lumpur
Proton Saga 1990-1992

Lelaran pertama (1985 - 1992) sunting

Proton Saga (Aeroback) (automatik) (generasi pertama, wajah baharu pertama) (hadapan), Kuala Lumpur
Proton Saga (Aeroback) (automatik) (generasi pertama, wajah baharu pertama) (belakang), Kuala Lumpur
Hatchback Proton Saga Aeroback 1990-1992

Proton Saga (Aeroback) (automatic) (first generation, first facelift) (front), Kuala Lumpur.jpg Rancangan untuk membina Proton Saga bermula pada tahun 1979 apabila Dr Mahathir mengutarakan idea bagi kereta nasional[2]. Beliau mencadangkan penubuhan sebuah industri pemasangan dan pengilangan automotif di Malaysia. Pada tahun 1982, kerajaan Malaysia menubuhkan Projek Kereta Nasional. Mimpi Dr Mahathir terkabul apabila syarikat pengilang kereta, Proton, diperbadankan. Lelaran pertama Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985.

Pada awalnya bekalan Saga rendah, dengan hanya 700 buah yang sempat dibina sebelum upacara pelancaran. Kereta-kereta tersebut dijual dengan cepat dan Proton menghadapi masalah untuk memeuaskan permintaan orang ramai. Proton hanya mendapat bahagian pasaran besar selepas keupayaan pengilanagnnya dibesarkan pada Julai 1986.[3] Proton mula-mula menceburi pasaran eksport pada tahun 1986, dengan penerimaan Proton Saga pertama oleh Bangladesh pada 26 Disember 1986, diikuti New Zealand, Brunei, Malta dan Sri Lanka pada tahun 1987.[4] Saga ke-10,000 juga disiapkan pada tahun Julai 1986.

Pada bulan Januari 1987, Proton Saga 1.5L salun diperkenalkan kepada pasaran[4]. Model ini menggunakan enjin 1.5 liter 4G15 Orion Mitsubishi, tetapi tidak banyak berubah daripada Saga 1985. Kemudian pada Oktober 1987, sebuah varian hatchback yang dipanggil Proton Saga Aeroback dilancarkan. Varian ini juga menggunakan enjin 1.5 liter yang digunakan untuk salun, tetapi menampilkan bahagian belakang yang direka baharu. Tahun 1987 juga merupakan tahun pengeluaran Saga ke-50,000[4].

Proton Saga ke-100,000 dikeluarkan pada tahun 1988, Proton Saga ke-200,000 pada Mei 1990, dan Proton Saga ke-300,000 dilancarkan pada tahun 1991. Bermula semenjak akhir dekad 1980-an, jumlah Proton Saga meningkat setiap tahun.

Proton Saga dipasang istimewa untuk bertanding/belumba dalam kelas pengeluar di Kejohanan Rali Dunia, dengan nama Proton PERT, dan dipandu oleh Karamjit Singh. Kereta ini membuat Karamjit Singh telah beberapa kali memenangi Kejohanan Rali Asia-Pasifik dan Kejohanan Rali Dunia dengan kereta ini.

Sehingga tahun 1993, permohonan akan kereta ini kekal tinggi. Sehingga pada akhirnya, Proton Saga dipasarkan di British International Motor Show 1993.

Lelaran kedua (1992 - 2003) sunting

Proton Saga Iswara
 
Maklumat
Pengeluaran1992 – 2003
Gaya badan4-door salun
hatchback 5 pintu
Jarak rodan/a
Panjangn/a
Lebarn/a
Tinggin/a
Berat Curbn/a

Lelaran pertama Proton Saga generasi pertama ialah dari 1985 sehingga 1992. Lelaran kedua Proton Saga generasi dilancarkan sebagai "Proton Saga Iswara".

Galeri Imej sunting

Proton Saga salun
Proton Saga hatchback

Anugerah sunting

  • 1991 Majalah What Car?Best Value Car of the Year (Proton Saga 1.5E Aeroback) (Kereta Nilai Terbaik Tahunan ((Proton Saga 1.5E Aeroback)) [5]
  • 1992 Majalah Auto ExpressBest Value Popular New Cars (Kereta Popular Baharu Nilai Terbaik) [5]
  • 1993 Majalah What Car?Best Buy Family Car up to £10,000 (Kereta Famili sehingga £10,000 Pembelian Terbaik)[5]

Nota sunting

  1. ^ "First National Car Reborn". The Star / YouTube. 18 January 2008. Dicapai pada 1 February 2013.
  2. ^ "PROTON 25 Years". Proton Interactive / YouTube. 15 July 2010. Dicapai pada 30 January 2013.
  3. ^ "A Year Of Success For National Car". New Straits Times. 1 September 1986. Dicapai pada 5 June 2011.
  4. ^ a b c "PROTON Holdings Berhad - History of Proton". corporate.proton.com. Dicapai pada 29 January 2013.
  5. ^ a b c Proton MPI