Pulau Balambangan

pulau di Malaysia

Pulau Balambangan ialah sebuah pulau yang terletak di hujung utara pulau Borneo di Sabah. Ia terletak di dalam Bahagian Kudat dan terletak kira-kira 3 kilometer di barat Pulau Banggi.

Pulau ini merupakan antara lokasi pertama di mana pedagang British mendirikan kedai jual beli. Pada 1761, Pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris Alexander Dalrymple mendapat persetujuan Sultan Sulu untuk menduduki pulau ini. Satu pelabuhan bebas kemudian diwujudkan untuk kepentingan Britain di sebelah timur Asia, khususnya, untuk berdagang dengan China.[1] Pelabuhan ini bagaimanapun gagal bertahan akibat ancaman lanun serta beberapa faktor lain.

Rujukan sunting

  1. ^ "Lost in the Chinese Sea" Diarkibkan 2011-07-28 di Wayback Machine, FGS Project - Royal Captain. Dicapai 27 Julai 2008.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.