Pulau Beras Basah' merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di selatan Langkawi negeri Kedah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Beras Basah yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Beras Basah, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Beras Basah yang terletak di Langkawi ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.

Bot ke Pulau Besar Basah
jeti pulau Beras Basah
pantai pulau Beras Basah
Paracut di pulau Beras Basah

Pulau ini juga sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung. Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.

Geografi sunting

Pulau Beras Basah merupakan Pulau yang terletak di negeri Kedah. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Langkawi di negeri Kedah. Pulau Beras Basah memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar. Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju. Sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah RM150.00 .

Pulau ini seringkali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh.

Sejarah sunting

Pembukaan sunting

Fauna dan flora sunting

Pulau Beras Basah memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan sunting

Terdapat kemudahan tandas di Pulau Beras Basah, termasuk juga gerai menjual air botol dan berkabonat. Tetapi tiada makanan. Terdapat banyak monyet di sini dan membawa makanan tidak digalakkan.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting