Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting ialah sebuah pulau di Daerah Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia merupakan pulau yang terbesar kedua selepas Pulau Langkawi. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM5.00 seorang.

Pulau Daya Bunting

Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng yang kononnya pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya ditasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. [1]

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja. Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00. air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting sunting

Pulau Langkawi merupakan Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancaman Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut sunting

Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur. Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang di Perlis,Gunung Keriang di Kedah, Gugusan Gua Tempurung di Perak dan Batu Caves di Kuala Lumpur.

Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut). Gua ini hasil hakisan air hujan asid berkarbonat. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik. Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Rujukan sunting

Lihat Juga sunting