Pulau Sipadan

pulau di Malaysia

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.[1] Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009[2].

Pulau Sipadan
ڤولاو سيڤدن
Lokasi Pulau Sipadan di Teluk Darvel, Sabah, Borneo
Lokasi Pulau Sipadan di Teluk Darvel, Sabah, Borneo
Negara Malaysia
Negeri Sabah
Angkatan Tentera Laut Malaysia bertanggungjawab melindungi pelancong daripada sebarang serangan pengganas yang mungkin berlaku.

Sejarah sunting

Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.

Tarikan sunting

Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

Galeri sunting

 
Penyu Karah

Penyu Karah atau dikenali sebagai Penyu Sisik ini,adalah penyu yang terancam teruk.......

Rujukan sunting

  1. ^ "Sipadan Island". Mabul.com. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ New 7 Wonders of Nature-Sipadan

Pautan luar sunting