Pulau Tengah

pulau di Mersing, Johor, Malaysia

Pulau Tengah merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Ia memakan masa satu jam bagi tempoh perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing.

Pulau Tengah

Ia terletak berhampiran dengan Pulau Besar, Pulau Tengah terletak kira-kira 16 km di luar pantai Pulau Besar dan tempoh perjalannya ialah 90 minit dengan menaiki bot. Ketika era 70-an, pulau ini menjadi terkenal sebagai kem transit pelarian Vietnam yang kemudiannya ditutup pada awal 80-an.

Pulau ini adalah lokasi pertama untuk penggambaran rancangan Expedition Robinson.

Pada tahun 1985, Pulau Tengah merupakan salah satu pulau yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia sebagai taman laut kerana ia merupakan habitat bagi ikan yang jarang ditemui dan terumbu batu karang.

Selain itu, Pulau Tengah adalah sebuah tempat untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi mendarat ke pantai untuk bertelur sepanjang bulan Julai pada setiap tahun. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai padang golf dan resort di sebuah pulau. Resort atau chalet yang selesa boleh didapati untuk tempahan.

Pautan luar sunting