Purnawarman, juga dieja Purnavarmman (maut 434), ialah raja Kerajaan Tarumanagara yang ketiga. Baginda mewarisi bapanya, Dharmayawarman , yang mangkat pada tahun 395 dan memerintah selama 39 tahun antara tahun-tahun 395 - 434.

Pada tahun 397, baginda mengasaskan ibu kotanya yang baru yang terletak lebih dekat ke pantai dan dinamainya "Sundapura", secara harfiahnya bermaksud "Kota Suci". Pada tahun 417, baginda menitahkan penggalian Sungai Gomati dan Candrabaga sepanjang 6,112 tombak (sekitar 11 kilometer) dan selepas penggalian tersebut, mengadakan penyembahan dengan pengorbanan 1,000 ekor lembu. Penggalian sungai tersebut merupakan gagasan untuk menghindari banjir yang sering berlaku pada masa pemerintahan Purnawarman, dan kekeringan yang berlaku pada musim kemarau.

Naskah Wangsakerta menyatakan bahawa di bawah kekuasaan Purnawarman, terdapat 48 raja daerah yang membentang dari Salakanagara atau Rajatapura (di daerah Teluk Lada, Pandeglang) sehingga ke Purwalingga (sekarang Purbolinggo) di Jawa Tengah. [1] Secara tradisional Cipamali (Sungai Brebes) memang dianggap sebagai sempadan kekuasaan raja-raja Jawa Barat pada masa silam.

Purnawarman mangkat pada tahun 434 dan diwarisi oleh puteranya, Wisnuwarman.

Rujukan sunting

  1. ^ Pustaka Nusantara, Jilid II Bab 3 (m.s. 159 - 162)
Raja-raja Tarumanagara berdasarkan Naskhah Wangsakerta
Jayasingawarman (358-382) | Dharmayawarman (382-395) | Purnawarman (395-434) | Wisnuwarman (434-455) | Indrawarman (455-515) | Candrawarman (515-535) | Suryawarman (535-561) | Kertawarman (561-628) | Sudhawarman (628-639) | Hariwangsawarman (639-640) | Nagajayawarman (640-666) | Linggawarman (666-669) | Tarusbawa (669-670)