Pusat Padang Olimpik Tenis

Pusat Padang Olimpik Tenis merupakan pusat tenis yang terletak di Padang Olimpik yang kini dalam pembinaan untuk menjayakan Sukan Olimpik 2008, yang mana ia akan menganjurkan perlawanan tenis Olimpik iaitu kelayakan dan akhir untuk perseorangan dan beregu untuk lelaki dan wanita. Ia juga akan menganjurkan perlawanan tenis kerusi roda pada Sukan Paralimpik 2008.

Pusat tenis ini meliputi keluasan 41.22 ekar atau 16.68 hektar dengan keluasan lantai 285,394 kaki persegi atau 26,514 meter persegi. Untuk memenuhi piawaian Sukan Olimpik, pusat ini mempunyai 10 gelanggang pertandingan dan 6 gelanggang latihan, dengan kapasiti 17,400 tempat duduk.

Projek ini berkonsepkan Green Olympics, Hi-Tech Olympics, dan People's Olympics. Ia merupakan ilham rekaan mengenai pengalaman pembinaan sukan dunia dan menjadi venue pertandingan tenis yang memiliki nilai reka bentuk yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Disiapkan pada 1 Oktober 2007. [1]

Lihat juga sunting