Putih (turunan kata akar Proto-Austronesia *putiq[1]) ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik"; hitam merupakan ketiadaan warna. Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran (sila lihat bawah).

PutihHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#FFFFFF
sRGBB  (rgb)(255, 255, 255)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 0, 0, 0)
HSV       (h, s, v)(0°, 0%, 100%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Bangunan berwarna putih di Johor, Malaysia.

Warna sunting

Cat sunting

Dalam pengecatan dan pelukisan, putih dapat dicipta dengan memantulkan cahaya sekitar daripada pigmen putih, tetapi cahaya sekitar harus merupakan cahaya putih; kalau tidak, pigmen putih akan kelihatan warna cahaya itu. Putih, sewaktu dicampur dengan hitam, menghasilkan kelabu. Bagi pelajar-pelajar seni lukis, penggunaan warna putih boleh menimbulkan pelbagai masalah yang tertentu, dan terdapatnya sekurang-kurangnya satu kursus latihan yang mengkhususkan dalam penggunaan warna putih dalam seni lukis.

Terdapatnya pelbagai jenis pigmen putih. Putih plumbum, yang juga dikenali sebagai "putih flak", ialah pigmen putih tradisional, tetapi warna ini tidak biasa digunakan sekarang disebabkan oleh sifat toksiknya. Pilihan lain yang tidak toksik termasuk putih zink dan putih titanium yang masing-masing dibuat daripada zink oxida dan titanium dioxida.

Cahaya putih sunting

Sehingga karya Isaac Newton diterima, kebanyakan ahli-ahli sains percaya bahawa putih ialah warna asas cahaya, dan warna-warna yang lain hanya dapat dicipta melalui penambahan cahaya warna yang lain kepada cahaya putih. Newton menunjukkan bahawa cahaya putih dicipta melalui penggabungan warna-warna yang lain.

Dalam bidang sains pencahayaan, terdapatnya kontinum warna cahaya yang boleh dianggap sebagai "putih". Satu set warna yang patut diberikan nama putih ialah warna-warna yang dipancarkan oleh proses pijaran jasad hitam pada pelbagai suhu yang agak tinggi. Ympamanya, warna jasad hitam pada suhu 2,848 kelvin serupa dengan warna yang dihasilkan oleh mentol lampu pijar kediaman. Suhu warna untuk mentol lampu tersebut ialah 2,848 K. Cahaya putih yang digunakan untuk pencahayaan teater mempunyai suhu warna di sekitar 3,200 K. Cahaya siang mempunyai suhu warna nominal sebanyak 5,400 K (digelarkan "putih tenaga sama" (equal energy white)), tetapi boleh berbeza-beza dari merah sejuk sehingga kebiruan 25,000 K. Bukannya semua sinaran jasad hitam boleh dianggap sebagai cahaya putih: untuk memberikan sebuah contoh yang keterlaluan, sinaran latar belakang alam semesta cuma mempunyai beberapa kelvin dan hampir tidak dapat dinampak.

Putih-putih piawai sunting

Putih-putih piawai sering ditakrif melalui rujukan kepada gambar rajah kekromatan Suruhanjaya Antarabangsa untuk Pencahayaan (International Commission on Illumination) (CIE). Ini merupakan punca-punca cahaya piawai siri D. Punca cahaya D65, yang pada asalnya secocok dengan suhu warna 6,500 K, telah diambil untuk mewakili cahaya siang piawai.

Komputer sunting

Paparan komputer seringnya mempunyai kawalan suhu warna yang membenarkan pengguna memilih suhu warna (biasanya daripada satu set nilai tetap yang kecil) untuk cahaya yang dipancarkan sewaktu komputer itu menghasilkan isyarat elektrik yang secocok dengan "putih". Koordinat RGB untuk putih ialah 255 255 255.

Penggunaan dan perlambangan sunting

Secara amnya, oleh sebab putih ialah lawan hitam, warna ini sering digunakan dengan konotasi positif seperti kesucian, keharuman ataupun "penawar".[2] Hal ini tercermin dalam banyak penyataan gandingan warna ini dengan "hitam" bernada sedemikian dalam peribahasa bahasa Melayu; umpamanya suruh putih hitam datang membawa maksud "kemuliaan yang dikejar, kehinaan yang diperoleh". Putih juga mempunyai banyak makna yang lain:

Penggunaan sunting

  • Putih biasa dianggap sebagai warna untuk salji dan ais, walaupun kedua-dua ini, dalam bentuk yang tulen, juga mempunyai sedikit warna biru.
  • Istilah "putih" sering digunakan di Barat untuk merujuk kepada orang Kaukasia, iaitu keturunan orang-orang Eropah dan Asia Barat yang berkulit cerah. Sebenarnya, warna kulit mereka berbeza-beza antara warna merah jambu dan coklat pucat, dan bertindih dengan sebilangan orang yang dianggap sebagai orang kulit hitam.
  • "Putik" juga bermaksud buah yang baru jadi (bakal buah), iaitu buah yang masih muda dan kecil; umpamanya, "putik mempelam" bermakna "buah mempelam yang baru jadi".
  • Putih telur ialah sebahagian daripada isi telur yang putih warnanya.
  • Ikan Putih ialah sejenis ikan darat yang bersisik tebal. Nama sainsnya Puntius binotatus.
  • Pokok Kayu Putih ialah sejenis pokok gelam. Nama sainsnya Melaleuca leucadendron. Kayu putih juga merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai nama sains, Phyllanthus pulchar.
  • Kertas Putih ialah sebuah laporan kerajaan yang menggariskan polisi. Kertas Putih juga merupakan sebuah laporan berwibawa yang ditulis oleh sepasukan pakar tentang sesuatu persoalan utama, termasuk juga karangan ringkas yang bertujuan untuk mendidik (berbeza dengan kertas pendirian) pelanggan-pelanggan industri. Kertas Putih dinamai sedemikian kerana pada asalnya, kulit jilid dokumen itu berwarna putih.
  • Putih ialah warna untuk salah satu daripada dua pemain dalam mainan berpapan strategi abstrak, seperti catur, permainan dam, dan Go.
  • Warna putih biasanya digunakan oleh paus Roman Katolik.
  • "Menunjukkan bulu pelepah putih" membawa maksud "menunjukkan sifat pengecut". Pada Zaman Victoria di England, seorang pengecut akan diberikan sehelai bulu pelepah putih. Dalam sabung ayam, sehelai bulu pelepah di ekor ayam dianggap sebagai tanda baka yang buruk.

Simpulan bahasa dan Peribahasa bahasa Melayu sunting

  • Putih hati: a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong);
  • Putih mata: a) memalukan; b) menyakiti hati; c) berhiba hati menanggung rindu (seperti seorang muda melihat tunangnya diambil orang).
  • Putih kuning: a) kekasih; b) warna kulit yang elok.
  • Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya: Orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan.
  • Hitam tahan timpa, putih tahan sesah: Tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya.
  • Sampai putih tulang: sampai mati.
  • Berputih tulang, jangan berputih mata (sama dengan "lebih baik berputih tulang daripada berputih mata"): lebih baik mati daripada menanggung malu.
  • Putih dikejar, hitam tak dapat (sama dengan "lepas putih, hitam tak dapat"): baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia;
  • Hitam dikatakan putih, putih dikatakan: Tidak mengatakan yang sebenarnya, iaitu berdusta, atau berbohong.
  • Belum tentu hitam putihnya: belum tentu keputusan sesuatu perkara;
  • Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah: Yang buruk lebih berharga daripada yang cantik.
  • Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang: Barang yang buruk tetapi berguna disimpan, tetapi barang yang cantik tidak berguna dibuang.
  • Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih: Jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya, malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga.
  • Putih di luar kuning di dalam: perihal orang yang kelihatan baik pada lahirnya, tetapi jahat di dalam hatinya;
  • Kuning di luar, putih di dalam: orang Cina yang bersikap kebarat-baratan;
  • Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan: putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pada keadaannya (tingkah lakunya);
  • Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai: Meskipun cantik rupanya, yang hina tetap hina, dan yang mulia tetap mulia, meskipun buruk rupanya.

Perlambangan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*putiq: white". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 21 November 2022.
  2. ^ Che Husna Azhari (Julai 1997). "Teknologi Warna Alam Melayu". Akademika. Universiti Kebangsaan Malaysia. 51: 53–63. ISSN 0126-5008.
  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web