Qasr Kharana (Arab/Jawi: قصر خرّانة‎) atau kadangkala dipanggil sebagai Qasr al Harrana, Qasr al Kharanah, Kharaneh atau Hraneh merupakan salah satu daripada istana padang pasir terbaik yang terletak di timur negara Jordan, kira-kira 60 kilometer dari timur Amman. Ia juga berada dekat dengan sempadan Jordan-Arab Saudi. Istana ini dipercayai dibina pada sekitar akhir abad ke-7, berdasarkan pada teknik sgrafito yang terdapat di salah satu bilik atas di bangunan ini, walaupun pengaruh seni bina Sassanid juga kelihatan. Rumah milik bangsa Greek dan Byzantine mungkin juga telah wujud di sekitar tapak istana ini. Qasr Kharana adalah salah satu contoh terawal seni bina Islam di kawasan ini.

Qasr Kharana
قصر خرّانة‎
Istana Qasr Kharana di Jordan.
Qasr Kharana is located in Bumi
Qasr Kharana
Qasr Kharana (Bumi)
Maklumat umum
JenisIstana
Gaya seni bina
Islam
LokasiZarqa
Negara Jordan
Koordinat31°43′44″N 36°27′46″E / 31.72889°N 36.46278°E / 31.72889; 36.46278Koordinat: 31°43′44″N 36°27′46″E / 31.72889°N 36.46278°E / 31.72889; 36.46278
Dirasmikan pada
710 M
PemilikKementerian Benda Purba Jordan
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
2
Keluasan tingkat
1,225 meter persegi (13,190 ka2)[1]


Rujukan sunting

  1. ^ Ettinghausen, Richard. Islamic Art and Architecture, 650–1250. New Haven, Connecticut: Yale University Press. m/s. 39. ISBN 978-0-300-08869-4. Dicapai pada May 12, 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)