Rabat

ibu negara Maghribi

Rabat (Arab: الرباط, rumi: ar-Rabāṭ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar ini memiliki penduduk sebanyak 1.2 juta orang (anggaran 2005). Bandar ini juga merupakan ibu negara kawasan Rabat-Salé-Kénitra.

Rabat
Bandar
Mengikut arah jam dari atas: Sungai Bou Regreg dan Kasbah Udaya, Istana Diraja, Menara Hassan, Avenue Mohammed V di pusat bandar Rabat, Chellah Necropolis, Makam Mohammed V.
Bendera Rabat
Mohor rasmi Rabat
Rabat is located in Bumi
Rabat
Rabat (Bumi)
Koordinat: 34°02′N 6°50′W / 34.033°N 6.833°W / 34.033; -6.833[1]
Negara Maghribi
KawasanRabat-Salé-Kénitra
Kerajaan
 • Datuk BandarAsmaa Rhlalou
Keluasan
 • Bandar117 km2 (45.17 batu persegi)
Aras tertinggi
160 m (520 ft)
Aras Terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (2014)[2]
 • Bandar577,827
 • Rankke-7 di Maghribi
 • Kepadatan4,900/km2 (13,000/batu persegi)
 • Metro
2,120,192
Zon waktuUTC+1 (CET)
Laman sesawangwww.rabatlacapitale.ma
Nama rasmi
Rabat, Ibu Negara Moden dan Bandar Bersejarah: Warisan Bersama
JenisBudaya
Kriteriaii, iv
Ditetapkan2012 (sesi ke-36)
No. rujukan
1401
RantauNegara Arab

Penamaan sunting

Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab, الرِّبَاط [ar-ribāṭ], sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa رِبَاط الفَتْح [ribāṭu l-fatħ], "ribat pembukaan" yang diperoleh bandar pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan.[3]

Iklim sunting

Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.

Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.

Pentadbiran sunting

Rabat dibahagikan kepada enam buah daerah, yakni lima buah arrondissement dan sebuah perbandaran (Touraga) seperti di bawah:[2]

  • Agdal Riyad
  • El Youssoufia
  • Hassan
  • Souissi
  • Touarga
  • Yacoub El Mansour

Kebudayaan sunting

Rabat menempatkan Teater Mohammed V di pusat bandar.

Muzium sunting

Rabat mempunyai beberapa buah muzium termasuklah:

  • Muzium Kesenian Maghribi Udaya
  • Muzium Kesenian Moden dan Kotemporari Mohamed VI (Musée Mohamed VI d'Art Moderne et Contemporain)
  • Muzium Arkeologi Rabat
  • Muzium Antikuiti

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar kembar sunting

Rabat mempunyai hubunga bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:

Rujukan sunting

  1. ^ "Hong Kong Observatory". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 17 Ogos 2009.
  2. ^ a b "Population légale d'après les résultats du RGPH 2014 sur le Bulletin officiel N° 6354" (pdf). Haut-Commissariat au Plan (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 11 Julai 2015.
  3. ^ تاريخ رباط الفتح - عبد الله السويسي (dalam bahasa Arab).
  4. ^ "::Bethlehem Municipality::". www.bethlehem-city.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2010. Dicapai pada 10 Oktober 2009.
  5. ^ "Kardeş Şehirler". Bursa Büyükşehir Belediyesi Basın Koordinasyon Merkez. Tüm Hakları Saklıdır. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2016. Dicapai pada 27 Julai 2013.
  6. ^ "Guangzhou and Rabat sign sister city agreement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.
  7. ^ "Lisboa - Geminações de Cidades e Vilas" [Lisbon - Twinning of Cities and Towns]. Associação Nacional de Municípios Portugueses [National Association of Portuguese Municipalities] (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  8. ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  9. ^ "Mapa Mundi de las ciudades hermanadas". Ayuntamiento de Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2012.
  10. ^ "AN^MAR - Red de Hermanamientos entre Ciudades Marroquies y Andaluzas - Convenios y hermanamientas". An-mar.org. 1 Mei 2006. Dicapai pada 15 September 2011.
  11. ^ "Cooperation Internationale" (dalam bahasa Perancis). © 2003 City of Tunis Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2008. Dicapai pada 31 Januari 2009.

Pautan luar sunting