Rachel Aliene Corrie (10 April 1979 – 16 Mac 2003) seorang adalah aktivis warganegara Amerika Syarikat dan anggota Pergerakan Perpaduan Antarabangsa (ISM). Beliau terbunuh di Genting Gaza pada 2003 apabila dilenyek oleh jentolak Israel semasa mempertahankan bumi Gaza daripada pendudukan Israel. Beliau melutut di hadapan sebuah rumah Palestin, bertindak sebagai perisai manusia, dalam cubaan menghalang perobohan rumah-rumah orang Paestin. Seorang pelajar, beliau telah mengambil setahun cuti dan pergi ke Gaza semasa Intifada Kedua.[1]

Rachel Corrie
Rachel Corrie sebelum dibunuh
Kelahiran
Rachel Aliene Corrie

(1979-04-10)10 April 1979
Meninggal dunia16 Mac 2003(2003-03-16) (umur 23)
Sebab kematianTerbunuh semasa menghalang jentolak Israel
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanCapital High School, The Evergreen State College
Terkenal keranaAktiviti ISM
Kampung asalOlympia, Washington, Amerika Syarikat
Ibu bapaCraig Corrie, Cindy Corrie

Namanya diberi pada sebuah kapal Pergerakan Bebaskan Gaza, MV Rachel Corrie.

Rujukan sunting