Tan Sri Dato Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib dilahirkan lahir di Pasir Salak pada 16 Mac 1941. Beliau adalah seorang bekas ahli politik Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari tahun 1982 hingga tahun 1999 dan juga merupakan bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 serta Pengurusi Jawantankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja
Tan Sri Dato' Seri DiRaja (Dr.) Haji

Ramli Ngah Talib

PSM; SPSA, SPCM (Perak); AMN; JP (Perak)
Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
22 November 2004 – 27 April 2008
Didahului olehMohamed Zahir Ismail
Digantikan olehPandikar Amin Mulia
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Salak
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehMegat Junid Megat Ayob
Digantikan olehTajuddin Abdul Rahman
Menteri Besar Perak ke-8
Dalam jawatan
1983–1999
Didahului olehWan Mohamed bin Wan Teh
Digantikan olehMohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Kampong Gajah
Dalam jawatan
1978–1999
Didahului olehSapian Mat Sam
Digantikan olehAinon Khariyah Mohd Abas
Butiran peribadi
Lahir (1941-03-16) 16 Mac 1941 (umur 83)
Pasir Salak, Perak Perak
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Datin Seri Diraja Dato' Raja Noora Ashikin binti Raja Abdullah
Anak-anak
  • Toh Muda Dato’ Rizal Ashram
  • Ramelle Ashram
  • Puteri Yasmin Ashram
  • Puteri Azalia Ashram
SaudaraPutra Rayqal Ramli Rizal Ashram (cucu)
Ketika mengunjungi Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh

Kelahiran sunting

Tempat kelahiran beliau, iaitu di Pasir Salak merupakan sebuah kampung di tepi Sg. Perak yang bersejarah kerana di sinilah kedua dua moyang beliau moyang Penghulu Anjang Pelita dan Dato’ Sagor bersama-sama Dato Maharaja Lela serta pejuang pejuang Melayu yang lain memberontak terhadap campur tangan British di Perak. Pembantu peribadi Residen British pertama Perak Mr. J. W. W. Birch telah terbunuh dalam pememborantakan itu kerana beliau memihak kepada Colonisme British di tanah Malaya.

Keluarga sunting

Isterinya ialah YM Raja Puan Sri Dato' Noora Ashikin binti Raja Abdullah.

Anak sunting

  • Toh Muda Rizal Ashram (Jejai)
  • Ramelle Ashram
  • Puteri Yasmin Ashram
  • Puteri Azalia Ashram


Ramli Ngah Talib merupakan keturunan Dato' Sagor, iaitu salah seorang Orang Besar Lapan negeri Perak yang terlibat dalam mempertahankan Negeri Perak daripada pengaruh British pada tahun 1870-an. Dato' Sagor (nama sebenar, Ngah Kamdin) mempunyai sembilan orang anak, Long Mabu, Alang S., Uda Bibah, I. Jailah, Anjang Abdullah, Teh Nasa, M. Dagang, K. Satar, dan Alang Ismail. Susur galur keturunan Ramli Ngah Talib adalah kepada ayah beliau, Ngah Talib yang merupakan anak kepada Safiah, yang merupakan anak kepada Teh Nasa. Teh Nasa merupakan anak keenam Dato' Sagor.

Gelaran Dato' Sagor (Dato' Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja ) telah dihapuskan selepas tahun 1870-an dan hanya dihidupkan kembali oleh Sultan Perak dan Dewan Negara Perak pada tahun 1987. Gelaran tersebut kini disandang oleh Ramli Ngah Talib.

Pendidikan sunting

Tan Sri Ramli menerima pelajaran menengah ACS Teluk Intan dan pelajaran menengah atas di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan selepas itu melanjutkan pelajarnya di Queen’s University, Belfast United Kingdom. Beliau telah memperolehi LL.B (Hons.) dari Quenn’s University dan seterusnya ijazah Barristerat-Law dari Lincoln’s Inn, London. Kingdom. ketika berada di United Kingdom, beliau bergiat aktif dalam Kesatuan Pelajar di Belfast, Ireland Utara, dan kemudian sebagai setiausaha politik serta editor Majalah Kesatuan Melayu United Kingdom yang berpusat di London.

Bidang Kerjaya sunting

Pada awal 1980-an, setelah pulang ke Malaysia, beliau bekerja sebagai Pensyarah Undang-Undang di Institut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai UITM) dan pensyarah undang-undang sambilan di Universiti Malaya. Pada tahun 1981, beliau menjadi Penasihat undang-undang yang pertama di Lembaga Lektrik Negara (sekarang dikenali sebagai TNB) dan pada masa yang sama, beliau mendapat sijil sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau membuka firma undang-undang bernama Kadir, Tan & Ramli pada 1988 dengan dua rakan yang lain. Sekitar masa itu, beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu, sebuah media arus perdana Melayu dan juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Lembaga Lektrik Negara.


Tan Sri Ramli dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Kg. Gajah Perak pada tahun 1988 dan pada masa yang sama beliau dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Pada penggal kedua sebagai ahli Anggota Dewan Undangan Negeri, beliau telah mencapai puncak karier nya diperingkat Negeri Perak setelah dilantik sebagai Menteri Besar Perak dan kekal sebagai Menteri Besar Perak lebih dari 17 tahun. Beliau adalah Menteri Besar termuda dan yang paling lama berkhidmat di Perak. Pada penghujung tahun 1999 beliau telah dipilih sebagai Anggota Parlimen Malaysia untuk kawasan Parlimen Pasir Salak. Pada penggal yang pertama sebagai Anggota Parlimen, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Pada penggal kedua sebagai Anggota Parlimen, beliau telah dipilih oleh Dewan Rakyat sebagai Yang DiPetuia Dewan Rakyat.

Ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak, beliau berkesempatan menulis sebuah buku berjudul ‘Pasir Salak’. Sehamparan Sejarah Perjuangan sebuah buku mengenai pemberontakan orang Melayu menentang pemerintahan Inggeris di Perak pada 2 November 1875, dan pada masa yang sama beliau juga telah menghasilkan pelbagai risalah dan buku kecil pelancongan untuk Pasir Salak dan Perak. Pada akhir tahun 2010, beliau menulis sebuah buku bertajuk ‘Meniti Zaman’. Di sini, beliau menggambarkan kehidupan luar bandar yang indah, tetapi serba miskin semasa dan selepas penjajahan Jepun dari tahun 1941-45 dan tahun selepas itu. Penduduk penduduk di kampung beliau telah mengalami kehidupan luar bandar yang mencabar dan serba kekurangan sehinggalah beliau memasuki politik pada tahun 1980-an. Buku beliau yang seterusnya adalah, ‘Mr. Speaker Sir: From Kampung Boy to the Helm of Parliament’ yang diterbitkan pada tahun 2012. Buku ini telah diterjemah kan ke Bahasa Melayu bertajuk, ‘Tuan Yang DiPertua - Daripada Seorang Budak Kampung Hingga Menjadi Seorang, Peneraju Parlimen’. Kandungan buku ini menerangkan secara terperinci mengenai proses perjalanan Parlimen dengan cara yang tidak diceritakan sebelum ini; aspek aspek teknikal, politik dan persoalan persoala yang tidak terjawab. Buku terkini beliau ‘The Malays, Pathfinders and Trailblazers’ telah di terbitkan pada bulan June 2022 dan akan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Buku ini yang mengandungi 530 halaman dan memakan masa 4 tahun untuk disiapkan adalah yang terpenting buat masa ini. Beliau juga telah memberi sumbangan sebagai penulis untuk majalah Persatuan Parlimen Komanwel. Di samping itu, di Kompleks Sejarah Pasir Salak, terbentuk 42 diorama yang diukir pada kayu menggambarkan semua peristiwa penting dalam sejarah Malaysia dan sejarah orang Melayu. Diorama ini telah dibina berdasarkan idea beliau pada awal tahun 1990-an. Ini adalah yang pertama seumpamanya dan tentunya sangat instruktif dalam perpektif sejarah Malaysia.

Tekanan beliau untuk membawa masuk lebih banyak institusi pengajian tinggi ke Perak telah dapat membawa ITM (kini UITM-Universiti Teknologi Mara) untuk mendirikan kampus pertama mereka di Perak dengan memberikan rumah kedai milik Kerajaan Negeri secara percuma. Beberapa tahun selepas itu, sekeping tanah di Sri Iskandar, Perak telah diberi oleh Kerajaan Pera untuk kampus tetap UITM. Selain itu, di antara projek yang penting yang diperolehi oleh beliau untuk Negeri Perak ketika menjadi Menteri Besar Perak ialah pembinaan Bandar Proton (Proton City) di Tanjung Malim, pembinaan Pelabuhan Lumut, kemudahan pembinaan institusi pendidikan seperti Universiti Sains Malaysia (kemudian di ambil alih oleh Universiti Petronas), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Tanjung Malim (UPSI), pengembangan Meru Raya di Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan pembangunan pusat-pusat desa dan mempromosikan pusat pusat perindustrian di kawasan luar bandar. Antara lain termasuklah mengalakan pembangunan kraftangan, industri ceramik memberi dan pemberian tanah kepada persatuan persatuan peladang dan koperasi koperasi tertentu untuk di tanam kelapa sawit. Beliau bagaimanapun lebih senang dikenang sebagai berjaya mencapai tahap sifar kemiskinan tegar di Perak pada tahun 1996. Ini merupakan pencapaian yang pertama untuk Malaysia.

Kegiatan sukan beliau yang bervariasi dari badminton, sepak takraw, bola sepak, mendaki gunung trekking, bermain polo, jet ski dan membawa pesawat ultra ringan dan pesawat kecil. Beliau mempunyai lesen penerbangan untuk kedua-dua jenis pesawat yang diperolehnya pada tahun 2002. Beliau juga merupakan Presiden Kelab Aero Perak, Presiden Persekutuan Catur Malaysia sejak 2007.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak yang menyaksikan Perak memenangi Piala Malaysia yang pertama diadakan. Pada tahun 2007 ketika masih memegang jawatan Yang DiPertuan Dewan Rakya, Parlimen Malaysia, beliau telah mengambil cuti untuk mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan. Negara - negara lain di mana beliau telah mendaki gunung dan trekking adalah do Norway, Bhutan, Oman, Nepal, Indonesia dan New Zealand.

Pada tahun 1986, beliau dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Maharaja Lela Mangkubumi oleh panel Lembaga Adat Aceh kerana telah memupuk hubungan yang baik antara Aceh dan Perak. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Undang - Undang LL.D(Hon.) oleh University of Sheffield, United Kingdom kerana mempromosikan hubungan yang lebih erat antara Perak dan Sheffield University dan juga dapat meningkatkan kerjasama dalam penubuhan bersama Perak Medical College di Ipoh dengan Sheffield University. Di samping itu, dalam arena politik, antara jawatan lain yang pegang oleh beliau adalah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Perak dari tahun 1984 - 2000 dan ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dari tahun 1980 - 2006. Pada tahun 2014 beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya pada bula Disember 2022. Beliau juga merupakan anggota tetap Dewan Negara Perak (Privy Council Perak) dan pemegang gelaran Orang Kaya - Kaya Seri Agar Diraja, Orang Besar Delapan Perak (Dato’ Sagor), yang diwarisi dari moyangnya, Dato’ Sagor. Atas jasa - jasanya, beliau dianugerahkan SPSA (Dato’ Seri DiRaja) oleh Sultan Perak dan PSM (Tan Sri) oleh Yang DiPertuan Agung. Beliau juga dianugerahkan J.P (Jaksa Pendamai), SPCM (Dato’ Seri) oleh Sultan Perak.

Kerjaya Politik sunting

Menjadi Ahli UMNO pada Tahun 1982 di Cawangan Kampung Teluk, Bahagian Hilir Perak , kini dinamakan Bahagian Pasir Salak .

Jawatan Dalam Parti sunting

  • Naib Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1984
  • Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk 1985
  • AJK UMNO Bahagian Hilir Perak 1985
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hilir Perak 1986
  • Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Bahagian Hilir Perak 1986
  • Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Hilir Perak 1988
  • Pengerusi Biro Buruh, Perhubungan UMNO Negeri. 1989
  • AJK Biro Politik, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Penerangan, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Agama, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Ekonomi, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Buruh, Perhubungan UMNO Negeri 1981
  • AJK Biro Ekonomi UMNO Malaysia 1981
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak 1982
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 1984 - 1987
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2000 - 2003
  • Pengerusi Barisan Nasional Perak 1986

Aktiviti Kemasyarakatan sunting

Kegiatan di Sekolah & Universiti sunting

  • Ketua Darjah 1 hingga 5
  • Ketua Sekolah
  • Secretary School Literary and Debating Society
  • Bendahari Northern Ireland Students Society
  • Setiausaha Politik, Kesatuan Melayu United Kingdom
  • Pengarang, Majalah Kesatuan Melayu United Kingdom

Wakil Rakyat sunting

  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kampung Gajah 1988 - 29 November 1999
  • Ahli Parlimen Pasir Salak 30 November 1999 hingga 2004

Jawatan Yang DiPegang Dalam Kerajaan sunting

  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan 1988
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perbadanan Awam dan Perindustrian 1981
  • Ahli Jawatankuasa Pertanian Negeri Perak 1981
  • Pemangku Menteri Besar Perak mulai 20.10.82
  • Dilantik Menteri Besar Perak mulai 1.3 1983

Anugerah Kebesaran sunting

  • Panglima Setia Mahkota (P.S.M) Tan Sri
  • Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A) Dato' Seri Diraja
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) Dato' Seri
  • Orang Kaya-Kaya Seri Agar DiRaja (Orang Besar Delapan Perak)
  • Seri Maharaja Lela Mangkubumi oleh Kerajaan Acheh
  • Paul Harris Fellowship oleh Royal International
  • Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang (Ph.D) Oleh University Sheffield, U.K. pada 23 Oktober 1997
  • Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah oleh SPB Yang DiPertuan Agong pada 23 April 1998

Pautan Luar sunting

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
1 Mac 1983 - 3 Dis 1999
Penyandang Kemudian
Wan Mohamed bin Wan Teh Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali