Ramzi bin al-Shibh

Ramzi bin al-Shibh (Arab: رمزي بن الشيبة, Ramzī bin ash-Shībah; juga dialih huruf sebagai bin al-Shaibah) (lahir 1 Mei 1972)[2] ialah seorang banduan di Teluk Guantanamo yang dituduh menjadi "pemudah kerja utama serangan 11 September 2001."[3]

Ramzi bin al-Shibh
Fail:Ramzibinalshibh2.jpg
Lahir (1972-05-01) 1 Mei 1972 (umur 51)[1]
Ghayl Bawazir, Yaman Utara
Ditahan ditapak rahsia CIA, Guantanamo
ISN10013
TuduhanDidakwa di hadaan suruhanjaya tentera pada 2008

Pada pertengahan 1990-an, bin al-Shibh berpindah ke Hamburg sebagai mahasiswa, di mana beliau berkawan akrab dengan Mohamed Atta, Ziad Jarrah dan Marwan al-Shehhi. Mereka bersama-sama membentuk sarang Hamburg untuk mendalangi serangan 11 September. Hanya beliau di kalangan mereka berempat yang gagal memperoleh visa AS, oleh itu hanya bertindak selaku pengantara untuk para perampas di AS dengan menyalurkan wang dan maklumat daripada tokoh-tokoh utama al-Qaeda. Selepas serangan itu, bin al-Shibh merupakan orang pertama yang dikenal pasti sebagai "perampas ke-20", iaitu seseorang yang dipercayai sepatutnya mengisi kekosongan dalam pasukan perampas United 93.

Bin al-Shibh ditangkap di Karachi pada 11 September 2002, dan sehingga kini masih menunggu perbicaraan.

Rujukan sunting

  1. ^ "9/11 Commission Report, Chapter 5". National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States. 2004.
  2. ^ Indictment of Zacarias Moussaoui, with supporting conspirators, Ramzi bin al-Shibh and Mustafa al-Hawsawi. Filed in the United States District Court for the Eastern District of Virginia.
  3. ^ "Detainee Biographies". Office of the Director of National Intelligence. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-08-31. Dicapai pada 2011-07-31.