Reformasi (Malaysia)

Reformasi adalah sebuah gerakan protes yang bermula pada September 1998 di seluruh Malaysia yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim selepas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu, Mahathir Mohamad pada bulan yang sama. Pergerakan besar-besaran tersebut telah berlaku ketika negara menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, terdiri daripada ketidaktaatan, demonstrasi, rusuhan dan aktivisme dalam talian.[1]

Reformasi
TarikhSeptember 1998 – kini
Lokasi
Punca
  • Mahathir pecat Anwar
Kaedah
  • Kempen-kempen Pilihanraya
  • Cadangan-cadangan dan pertanyaan melalui Parlimen
  • Demonstrasi
Kesan
  • Pembentukan Parti Keadilan Rakyat atau PKR
  • Bergabung dengan DAP, PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)
  • PR menang di beberapa buah negeri
  • Perletakan jawatan Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 2003
  • Pembebasan Anwar dari penjara pada 2004
  • Barisan Nasional kehilangan dua-tiga majoriti pada Parlimen pada pilihanraya umum 2008 dan 2013
  • Barisan Nasional menjadi pembangkang di 5 dan 3 negeri dewan undangan masing-masing pada tahun 2008 dan 2013
Pihak terlibat
Slogan: Reformasi"
Slogan: Hidup Mahathir & Sayang Dr. Mahathir
----
Kerajaan Malaysia
Penyokong setia Mahathir
NGO
Tokoh dan pemimpin utama
Anwar Ibrahim Mahathir Mohamad

Maksud Reformasi sunting

Menurut Kamus Oxford, "Reform" (noun) bermaksud "mengubah institusi atau praktis".[2] Ini bermaksud mengubah institusi awam atau kaedah pentadbiran sedia ada kepada yang lebih baik.

Istilah reformasi mula di popularkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, iaitu selepas beliau dipecat dari kerajaan.

Reformasi di Malaysia sunting

Permulaan Reformasi sunting

Sebenarnya, Reformasi telahpun dimulakan oleh Dato Seri Anwar sebaik sahaja beliau memasuki kerajaan pada tahun 1982. Antara sebab utama beliau memasuki kerajaan ialah :

  1. Dijemput oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir untuk bersama-sama mentadbir kerajaan.[3]
  2. Untuk membersihkan UMNO dari dalam.[4]

Mat Sabu pada waktu itu ketika masih di dalam PAS, telah mengkritik tindakan Anwar ini, "kalau nak cuci tong ‘taik’, bukan cuci dari dalam, kena cuci dari luar" - ini dilaporkan oleh Utusan.

Antara penambahbaikan Dato Seri Anwar sewaktu beliau di dalam kerajaan ialah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Reformasi 1998 sunting

Sebuah gerakan Reformasi di Malaysia telah dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998 akibat dakwaan liwat terhadapnya.[5][6] Ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran di Kuala Lumpur untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya. Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.[7]

Kesan peninggalan gerakan reformasi akhirnya terasa ketika pilihan raya umum pada tahun 2008, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi parlimen, dan bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mematahkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.[8]

Kesan sunting

Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum yang bernama Parti Keadilan Nasional. Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif dalam inisiatif bersama untuk menggantikan kerajaan BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian kaum Melayu.[9]

Walaupun begitu, Barisan Nasional kekal sebagai parti campuran terbesar di Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang mengkhuatiri ketidakstabilan yang mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku pada Mei 1969. Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999, diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim. Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan tempat Dr. Mahathir pada Oktober 2003.[10]

Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September 2004, dan Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR menang besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen. Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat. Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969, kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.[11]

Akhirnya, pada 9 Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR telah memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018.[12]

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Alejandro Reyes. Tim Healy. Asiaweek. Shattered Summit.
  • Allers, C. (2014). Anwar Ibrahim: The Evolution of a Muslim Democrat. Singapore: Monsoon.
  • Billington, G. G (1998). Malaysia's Mahathir trumps 'anti-corruption' crowd. EIR, 25.
  • Case, W. (1996). Elites and Regimes in Malaysia: Revisiting A Consociational Democracy. Clayton, VIC, Australia: Monash.
  • Case, W. (2004). New Uncertainties for an Old Pseudo-Democracy: The Case of Malaysia. Comparative Politics. 37(1), New York: University of New York, pp. 83–104.
  • Funston, J. (2000). Malaysia's Tenth Elections: Status Quo, "Reformasi" or Islamization? Contemporary Southeast Asia. 22(1) Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp 23–59.
  • Hwang, I. W. (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-185-2.
  • Jones, D. (2000). What Mahathir Has Wrought. The National Interest. 59, Center for the National Interest. pp. 101–112.
  • Khoo, B. T. (2003). Beyond Mahathir: Malaysia Politics and its Discontent, London: Zed Books Ltd.
  • Lee, H. G. (2002). Malay Dominance and Opposition Politics in Malaysia. Southeast Asian Affairs. Institute of Southeast Asian Studies, pp. 177–195.
  • Liow, J. (2005). The Politics behind Malaysia's Eleventh General Election. Asian Survey. 45(6). University of California Press, pp. 907–930.
  • Mohamed, M. (2001). The Unravelling of "Malay Consensus". Southeast Asian Affairs. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp. 208–225.
  • O' Shannassy, M. (2009). Beyond the Barisan Nasional? A Gramscian Perspective of the 2008 Malaysian General Election. Contemporary Southeast Asia, 31(1). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp 88–109.
  • Subramaniam, S. (2001). The Dual Narrative of "Good Governance": Lessons for Understanding Political and Cultural Change in Malaysia and Singapore, Contemporary Southeast Asia. 23(1). Singapore: Institute of Southeast Asia, pp. 65–80.
  • Vidhu, V. (2000). Malaysian Elections 1999: Unfinished Journey. Economic and Political Weekly. 35(31), pp. 2717–2724.
  • Weiss, M. (1999). What Will Become of Reformasi? Ethnicity and Changing Political Norms in Malaysia. Contemporary Southeast Asia. 21(3), Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp. 424–450.
  • Khoo,B.,T. (2002) Democracy and Transition in Malaysia: An Analysis of the Problems of Political Succession. Macalester International: Vol. 12, Article 11. pp. 59–79.
  • Nair,S. (2007) The Limits of Protest and Prospects for Political Reform in Malaysia. Critical Asian Studies 39:3. New York: Toutledge Taylors and Francis Group. pp 339–368
  • Ufen,A. (2009) The transformation of political party opposition in Malaysia and its implications for the electoral authoritarian regime. Democratization Vol. 16, No. 3. Germany: Routledge Group. Pp. 604 –627.
  • Lin, J.,Y. (2016) A Structural Analysis of the 1999 Malaysian General Election: Changing Voting Preference of Ethnic Chinese and Malay Groups and Party. Taiwan : Graduate Institute of Southeast Asian Studies. pp. 1–17