Rejimen Sempadan Border Regiment
Aktif12 Januari 2008 (ditubuhkan)
NegaraMalaysia
CawanganTentera Darat Malaysia
JenisLine Infantry
PerananInfantri
Saiz11 battalions
Sebahagian daripadaTentera Darat Malaysia
PangkalanOran Perlis, Miri Sarawak
Nama samaranRS
MotoSetia Waspada (Loyal and Alert)

Pengenalan sunting

Operasi ketenteraan di Sempadan Malaysia-Thailand sebelum ini melibatkan markas formasi dan unit-unit Angkatan Tetap menyebabkan fokus berkurangan terhadap latihan dan eksesais. Melalui Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat Siri 1/2005 pada 18 hingga 21 Disember 2005, telah membuat ketetapan untuk menubuhkan Rejimen Sempadan yang akan mengambil alih tugas operasi tersebut dengan menyusun perjawatan Bn Siri 300 Inf AW.

Bagi memenuhi keperluan nasional dalam menentukan pengawalan ketat diadakan di semua sempadan darat, kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Rejimen Sempadan seperti yang telah disuarakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan sewaktu pelancaran buku AW pada 30 Jun 2006 seperti berikut:

"Kerajaan bercadang menubuhkan Rejimen Pengurusan Sempadan di bawah pasukan AW sebagai langkah meningkatkan lagi keupayaan pasukan itu. Secara amnya, fungsi rejimen ini adalah mengawal selia operasi dan urusan pengawalan kemudahan daripada Angkatan Tetap”.

Penubuhan Rejimen Sempadan juga telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Post Kabinet Kementerian Pertahanan Siri 29/2007 bertarikh 10 Okt 2007. Bersesuaian dengan tugas membantu pihak berkuasa awam mengawal keselamatan di sempadan, tugasan Rejimen Sempadan dilindungi oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Internal Security Act 1960), Kanun Prosedur Jenayah, Akta Pendaftaran Negara 1990 dan lain-lain akta yang berkaitan.

Mengambil kira keperluan semasa untuk memantapkan pengawalan sempadan negara, Kerajaan telah mengarahkan penubuhan Rejimen Sempadan bagi memenuhi keperluan nasional di dalam menentukan pengawalan ketat diadakan di semua sempadan darat. Penubuhan pasukan adalah bagi melaksanakan tugas pengawalan sempadan di bawah Polisi Pengurusan Sempadan yang dimaktubkan di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara No. 22.

Rejimen ini telah ditubuh berasaskan kepada organisasi Bn Inf Siri 300 AW yang akan ditukar designasi kepada batalion-batalion sempadan. Bagi tujuan pengawalan dan pemerintahan, sebuah Markas Briged ditubuhkan yang akan bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengawal semua bentuk operasi yang dilaksanakan oleh batalion-batalion sempadan.

Secara teknikal Rejimen Sempadan yang ditubuhkan akan menjadi salah satu rejimen di dalam kor infantri dan keanggotaannya terdiri daripada anggota-anggota mobilisasi yang diserapkan.

Fungsi sunting

Berdasarkan konsep operasi yang mendukung Polisi Pengurusan Sempadan Nasional, Briged Sempadan berperanan mengawal keselamatan sempadan daripada sebarang bentuk kegiatan pencerobohan, penyusupan, penyeludupan dan kegiatan jenayah. Ia juga akan berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Awam tempatan yang lain bagi menggalakkan kerjasama pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan.

Organisasi penubuhan sunting

Organisasi baru yang akan ditubuhkan adalah sebuah markas briged dan 5 buah batalion yang dinamakan sebagai Briged dan Batalion Sempadan. Batalion-batalion sempadan ini akan dikawal selia oleh Markas Briged Sempadan bagi tujuan pengawalan dan pemerintahan serta bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengawal semua bentuk operasi yang dilaksanakan. Saluran pemerintahan Briged Sempadan adalah di bawah pemerintahan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

Penubuhan RS sunting

Tarikh 12 Januari 2008 telah dipilih bagi penubuhan sebuah rejimen baru dalam Kor Infantri Tentera Darat (TD) yang dinamakan Rejimen Sempadan (Border Regiment) telah diluluskan secara rasmi. Tarikh tersebut dipilih adalah kerana satu acara angkat sumpah untuk penyerapan ke Rejimen Sempadan yang pertama, di Bn 301 Inf (AW) yang disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin. Bn ini akan ditukarkan ke designasi baru iaitu Bn Pertama Rejimen Sempadan.

Cadangan penyerapan anggota kerahan ke Angkatan Tetap dan regularise jawatan Bn Siri 300 AW bagi menubuhkan organisasi sempadan dan rejimen baru telah dipersetujui oleh Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat (STPTD) yang telah bersidang pada 25 Nov 2007. Secara konsepnya, rejimen baru ini telah dipersetujui dengan nama Rejimen Sempadan (Border Regiment) dan mempunyai identitinya yang tersendiri. Penubuhan Rejimen Sempadan ini adalah seiring dengan mandat untuk regularise jawatan dan penukaran designasi Bn Siri 300 AW kepada Bn Sempadan serta penubuhan Bgd Sempadan supaya mempunyai organisasi tersendiri.

Penugasan utama rejimen baru ini adalah bagi mendukung Polisi Pengurusan Sempadan Nasional (National Border Management Policy). Rejimen Sempadan akan mempunyai sebuah bgd sempadan dan 5 x bn sempadan yang dianggotai oleh anggota kerahan yang telah diserapkan.

Penubuhan Organisasi Sempadan. Penubuhan Rejimen Sempadan (Border Regiment) menjadikan TD akan mempunyai sebuah pasukan yang dikhususkan untuk melaksanakan tugas pengurusan sempadan. Rejimen ini akan diletakkan di bawah Kor Infantri. Asas keperluannya adalah seperti berikut:

Semua operasi akan dapat diuruskan dengan lebih teratur, efektif dan efisyen jika diuruskan oleh markas yang dikhususkan. Pendekatan ini lebih jelas dan berkesan serta akan mengemaskan lagi pelaksanaan operasi secara keseluruhannya.

Mewujudkan sebuah organisasi khusus untuk menguruskan operasi sempadan akan menjuruskan pasukan tetap TD hanya kepada core businessnya sahaja dan melepaskan pasukan terbabit daripada tugas sekunder. Pasukan tetap dapat menumpukan pelaksanaan tugas teras seperti latihan, eksesais dan pentadbiran pasukan dengan baik.

Penubuhan rejimen baru ini juga adalah bagi mengklafikasi anggota kerahan yang diserap memandangkan tahap kompetensi mereka yang terhad jika dilihat daripada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk diserapkan ke dalam kor-kor lain. Di samping itu, ia juga dapat memudahkan pengurusan dan rancangan kerjaya pegawai dan anggota yang diserap.

Rejimen Sempadan adalah infantry oriented dan lebih sesuai diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Arah Infantri yang pada ketika ini yang sudah mempunyai dua rejimen iaitu RAMD dan RRD.

Konsep Operasi. Tugas teras Rejimen Sempadan adalah untuk mengawal selia sempadan berpandukan Polisi Pengurusan Sempadan Nasional (National Border Management Policy). Penugasan ini merangkumi tugas menghadkan penggunaan kawasan wilayah (effort to restrict territorial access), membantu mengawal lintas batas (crossing pt) yang diwartakan, memantau lintas batas haram dan membantu PBA menjaga keselamatan sempadan. Bn-bn ini juga berkebolehan untuk melaksana operasi konvensional yang terhad. Pasukan tetap lain akan membantu dalam penugasan operasi bagi membolehkan pasukan baru ini melaksanakan latihan dan pentadbiran.

Peranan dan tugas sunting

Berdasarkan konsep operasi yang mendukung Polisi Pengurusan Sempadan Nasional, Rejimen Sempadan berperanan mengawal keselamatan sempadan daripada sebarang bentuk kegiatan pencerobohan, penyusupan, penyeludupan dan kegiatan jenayah. Ia juga akan berganding bahu dengan PBA tempatan yang lain bagi menggalakkan kerjasama pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan. Tugas-tugas Rejimen Sempadan adalah seperti berikut:

Penguatkuasaan dalam aktiviti kepolisan (policing activities) serta penugasan bagi membantu PBA dalam menguatkuasa undang-undang.

Tugas kepolisan dan penguatkuasaan yang termaktub dalam Polisi Pengurusan Sempadan Nasional.

Mencegah jenayah lintas batas, mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin dan lain-lain tugas yang termaktub di dalam Polisi Pengurusan Sempadan Nasional.

Menganalisis ancaman di setiap kawasan bagi kepentingan negara.

Melaksanakan latihan dan eksesais bersama (bilateral), lawatan-lawatan, pertukaran kakitangan dan informasi dengan tentera dan agensi asing berhubung pengurusan sempadan.

Melaksanakan tugas-tugas perisikan dan pengumpulan maklumat terkini secukupnya dan menyalurkan kepada perisikan medan.

Menentukan perlaksanaan dan mengawasi aktiviti-aktiviti kerjasama persempadanan yang berhubung kait hal-hal ’common security issues in the border area’ di bawah Perjanjian Am Sempadan (General Border Agreement).

Melaksanakan operasi gerak saraf bersama PBA tempatan dalam KTJ.

Menyediakan perlindungan keselamatan bagi kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan yang dilaksanakan oleh JUPEM.

Membantu Pihak Berkuasa Awam menangani bencana alam apabila diperlukan.

Organisasi dan perjawatan sunting

Secara konsepnya penubuhan Rejimen Sempadan melibatkan penyusunan semula Senarai Perjawatan Kementerian Pertahanan (Perjawatan B 60) untuk Bn Siri 300 AW. Organisasi dan perjawatan yang telah dipersetujui seperti berikut:

Organisasi sunting

Rejimen Sempadan yang diwujudkan akan berkonsepkan pemusatan sumber manusia (manpower heavy) kerana mengambil kira pengawalan sempadan yang jaraknya 506 km di utara Semenanjung Malaysia. Rejimen ini akan disokong dengan penggunaan teknologi dan mengambil kira aspek-aspek perhubungan antarabangsa di sempadan dengan kemasukan sel yang bertanggungjawab bagi perhubungan (liaison), ukur (survey), elemen perisikan, perundangan dan perlindungan (protection team). Rejimen Sempadan akan terdiri sebuah markas bgd dan 5 x bn sempadan dan berasaskan elemen Pemerintah, Pl Pelaksana, Pl Pakar dan Perisikan, Tadbir dan Logistik. Ketika ini Nukleus 30 Rejimen Sempadan yang telah wujud mengguna pakai perjawatan sedia ada hasil penstrukturan semula Bn Siri 300 AW akan menjadi MK Bgd Sempadan di samping keperluan penambahan perjawatan baru kepada unit-unit organik bgd.

Perjawatan sunting

Penubuhan Rejimen Sempadan akan mengguna Senarai Perjawatan Kementerian Pertahanan Kod B60 yang diguna pakai oleh Bn Siri 300 AW. Perjawatan tersebut merupakan perjawatan sementara yang diberi kepada ATM berdasarkan penugasan khas iaitu untuk menjaga keselamatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dan perlu diisi oleh anggota kerahan. Berasaskan kepada penugasan baru yang ditugaskan kepada Bn Siri 300 AW yang lebih berbentuk tetap, maka ada keperluan untuk menukarkan taraf perjawatan sementara tersebut ke jawatan tetap. Proses ini akan melibatkan penukaran designasi Bn Siri 300 AW kepada Bn Sempadan. Kertas cadangan perjawatan akan dimajukan secara berasingan.

Sumber manusia sunting

Penubuhan Rejimen Sempadan ini akan melibatkan penyerapan seramai 135 pegawai dan 3743 LLP kerahan ke dalam Angkatan Tetap. Walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut hanya 10 pegawai dan 1261 LLP yang benar-benar layak mengikut PMAT 1/2004 dan PMAT 11/1991. Manakala selebihnya akan diserap setelah diberi kelonggaran kepada had umur, tempoh perkhidmatan kerahan dan kelulusan akademik. Pengurusan sumber manusia bagi pegawai dan LLP akan diletakkan di bawah kawalan teknikal Jab Arah Inf. Peningkatan kerjaya, kursus dan latihan yang berasaskan inf (infantry heavy) kekal status-quo. Satu kajian lanjut berhubung syarat-syarat perkhidmatan akan diadakan. Kertas cadangan penyerapan pegawai dan LLP akan dimajukan secara berasingan.

Identiti sunting

Di dalam sebuah organisasi pasukan bersenjata, pakaian seragam dan aksesori adalah satu identiti yang amat penting kerana ia secara tidak langsung menunjukkan mutu disiplin dan kemegahan seseorang dalam sebuah pasukan. Rejimen baru ini akan dikenali sebagai Rejimen Sempadan. Rejimen ini akan mempunyai sebuah briged yang dikenali sebagai Bgd Sempadan dan diletakkan di bawah perintahnya Bn Sempadan dengan menggunakan disignasi Batalion Pertama hingga Kelima, Rejimen Sempadan.

Perundangan sunting

Aspek perundangan yang perlu dipatuhi berpandukan kepada Akta Angkatan Tentera 1972 untuk penubuhan sebuah rejimen baru adalah Sek 5 (1) AAT 1972.

Sek. 5 (1) AAT 72 – Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan lain-lain komponen sebagaimana yang diwujud dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera dengan persetujuan Yang diPertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Sek. 5 (5) AAT 72 – Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan YDPA, boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam warta melakukan mana-mana perkara-perkara berikut, iaitu:

(1) Membubarkan mana-mana kor atau pasukan. (2) Menyatukan mana-mana kor atau pasukan. (3) Memotong nama kapal. (4) Mengubah atau meminda nama atau gelaran sesuatu pasukan, kor atau kapal.

Detik-detik pengisytiharan sunting

Pada 9 Feb 2008 terpahat satu sejarah bagi Tentera Darat yang mana satu lagi Kor dilancarkan secara rasminya. Kor tersebut yang dinamakan Rejimen Sempadan juga merupakan Kor ke 16 di dalam Tentera Darat. Pelancaran Kor terbaru ini disempurnakan oleh YAB Dato’Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Bn 301 Inf (AW), Kem Batu Sebelas, Tanah Merah, Kelantan. Bermula detik ini akan menjadikan Bn Siri 300 Inf (AW) yang telah dikenali selama 29 tahun menjadi suatu bahan sejarah. Sejarah perjuangan anak-anak watan Bn Siri 300 Inf (AW) selama 29 tahun sesungguhnya telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia dengan penubuhan Rejimen Sempadan. Sejarah sesungguhnya tidak akan melupakan perjuangan anak-anak watan yang merupakan warga biasa, mereka adalah khalayak awam, kakitangan kerajaan, swasta, perniaga, petani yang sanggup meninggalkan pekerjaan demi seruan pertiwi. Mereka adalah suami, mereka adalah bapa pada anak-anak yang masih kecil, mereka adalah anak kepada bapa-bapa dan ibu yang telah tua. Namun dengan semangat keperwiraan sebagai anak bangsa yang demi maruah dan perjuangan, dengan tulus telah menabur bakti pada tanah air tercinta ini tanpa mengharap imbuhan yang setimpal. Sesungguhnya dengan penubuhan Rejimen Sempadan ini akan dapat meningkatkan TAAT SETIA pada generasi baru.

Visi sunting

Satu pasukan (dedicated force) TD yang mampu, seimbang dan bersedia melaksanakan misinya sebagai sebahagian daripada agensi pengurusan sempadan nasional.

Misi sunting

Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan pertualang negara serta membantu Pihak Berkuasa Awam untuk mencapai keamanan dan keselamatan di persempadanan negara.

Objektif sunting

Kewujudan Batalion Sempadan dan Markas Briged Sempadan merupakan usaha berterusan TD untuk menjaga keselamatan negara di samping bersiap sedia menghadapi penugasan baru dalam Polisi Pengurusan Sempadan Nasional

Markas Briged sunting

Markas Briged ke 30 Infantri - Kem Bukit Keteri, Perlis & Briged ke 31 Kem Junaco Park, Sibu, Sarawak .

Markas Batallion sunting

  • Batalion Pertama, Kem Batu Sebelas, Tanah Merah, Kelantan
  • Batalion Ke-2 Kem, Batu Melintang, Jeli, Kelantan
  • Batalion Ke-3 Kem Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu, Perak
  • Batalion Ke 4 Kem Grik, Grik, Perak
  • Batalion Ke-5 Kem Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Batalion Ke-6 Kem Junco Park, Sibu, Sarawak
  • Batalion Ke-7 Kem Simalajau, Bintulu, Sarawak
  • Batalion Ke-8 Kem San Shui, Tawau, Sabah
  • Batalion Ke-9 Kem Bumimas, Sibu, Sarawak
  • Batalion Ke-10 Kem Puncak Permai, Bau, Sarawak