Republik Demokratik Congo

Republik Demokratik Congo (dikenali sebagai Zaire dari 1971 ke 1997) merupakan sebuah negara yang terletak di pertengahan benua Afrika. Negara ini kadangkala disebut dengan nama Congo-Kinshasa untuk membezakannya dari negara jiran, Republik Congo. Populasi Republik Demokratik Congo ialah kira-kira 78 juta orang, menjadikan negara ini sebagai negara dengan penduduk ke-16 terbanyak di dunia dan keempat di Afrika.[6] Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di republik ini.

Republik Demokratik Congo
ريڤوبليك ديموکراتيك كونݢو
République démocratique du Congo (Perancis)
Repubilika ya Kôngo ya Dimokalasi (Kongo)
Republíki ya Kongó Demokratíki (Lingala)
Jamhuri ya Kidemokrasia ya Kongo (Swahili)
Ditunga dia Kongu wa Mungalaata (Luba-Katanga)
Bendera Republik Demokratik Congo
Jata Republik Demokratik Congo
Bendera Jata
Cogan kata"Justice – Paix – Travail" (Perancis)
"Keadilan – Keamanan – Kerja"
Lagu kebangsaanDebout Congolais (Perancis)
"Bangkitlah Orang Congo"
Lokasi  Republik Demokratik Congo  (dark green)
Lokasi  Republik Demokratik Congo  (dark green)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kinshasa
4°19′S 15°19′E / 4.317°S 15.317°E / -4.317; 15.317
Bahasa rasmiBahasa Perancis
Bahasa kebangsaan
DemonimCongolese
KerajaanPresidensial separa republik[1]
• Presiden
Félix Tshisekedi
Judith Tuluka Suminwa
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Nasional
Pendirian
• Kemerdekaan
30 Jun 1960[2]
29 Oktober 1971
18 Februari 2006
Keluasan
• Jumlah
2,345,409 km2 (905,567 bt2) (ke-11)
• Perairan (%)
3.32
Populasi
• Perkiraan
91,931,000 (anggaran 2019)[3] (ke-16)
39.19/km2 (101.5/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$77.486 bilion[3]
$842[3]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$46.117 bilion[3]
$501[3]
Gini (2006)negative increase 44.4[4]
sederhana
HDI (2018) 0.470[5]
rendah · 176th
Mata wangFranc Congo
(CDF)
Zon waktuUTC+1 to +2 (WAT dan CAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+243
Kod ISO 3166CD
DPT internet.cd

Penamaan sunting

Nama Congo berasal daripada Sungai Kongo, sungai terdalam dunia yang mengalir di sepanjang negara ini.

Sejarah sunting

Sejarah awal sunting

Antara kerajaan-kerajaan awal di kawasan republik ini termasuklah Kerajaan Kongo yang bermula pada abad ke-12 dan Kerajaan Kuba pada abad ke-16 di kawasan selatan republik.

Zaman penjajahan sunting

Pada 1885, raja Belgium, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tanpa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium. Baginda pada awalnya menggalakkan pembangunan dengan membina pelbagai prasarana seperti sebuah laluan kereta api dari pesisir Congo ke Leopoldville (kini Kinshasa) dengan matlamat utamanya ialah memudahkan eksploitasi aset tanah jajahan kepada pihak Leopold.[7]

Namun begitu, kerajaan Leopold mula bertukar menjadi sebuah rejim penindasan apabila penduduk peribumi dipaksa untuk mengutip getah dan sekiranya tidak mencapai kuota, anggota lengan dan kaki akan dipotong sebagai hukuman yang dijalankan oleh tentera Force Publique.[8] Akibatknya, jutaan penduduk maut akibat penindasan serta masalah penyakit, dengan anggaran bahawa kira-kira separuh jumlah penduduk Negara Bebas Congo maut di bawah rejimnya.[7]

Pada 1908, kerajaan Belgium membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negara Bebas Congo daripada Raja Leopold II akibat tekanan masyarakat antarabangsa berikutan penindasan yang berlaku di situ lalu mengasaskan tanah jajahan rasmi Congo Belgium.[9]

Gerakan nasionalisme dan kemerdekaan Congo bermula pada 1950-an dan mencapai kemuncak pada 1960 dengan kemunculan gerakan-gerakan seperti Mouvement National Congolais (MNC) dan Alliance des Bakongo (ABAKO). Congo Belgium memperoleh kemerdekaan pada 30 Jun 1960 dengan nama "Republik Congo".

Krisis pascakemerdekaan sunting

 
Potret rasmi Patrice Lumumba, Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo.

Sebulan sebelum kemerdekaan, sebuah pilihan raya parlimen telah diadakan dengan Patrice Lumumba, wakil MNC memenangi pilihan raya tersebut dan seterusnya, menjadi Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo. Parlimen kemudiannya melantik Joseph Kasavubu sebagai Presiden negara tersebut.

Sejurus selepas kemerdekaan, pihak Force Publique yang dinamakan semula sebagai Armée Nationale Congolaise, ANC pada 8 Julai mula memberontak dan pada 11 Julai, konflik pemisahan menentang kepimpinan baharu mula berlaku di kawasan Katanga dan Kasai Selatan.[10][11] Kebanyakan dalam kalangan 100 ribu orang penduduk Eropah yang menetap di situ mula meninggalkan negara.[12] Pada 5 September, Kasavubu bertindak memecat Lumumba daripada jawatannya. Lumumba menggelar tindakan Kasavubu sebagai tidak berperlembagaan dan konflik antara dua orang ketua tersebut mula timbul. Pada 17 Januari 1961, Lumumba dihukum bunuh oleh puak pemisah Katanga.[13]

Joseph Mobutu dan Republik Zaire sunting

Sebelumnya, Lumumba telah melantik Joseph Mobutu sebagai ketua tentera ANC. Dengan bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat dan Belgium, Mobutu melancarkan kudeta terhadap kerajaan dan mengambil alih kuasa pada November 1965. Amerika Syarikat (AS) menganggap bahawa pemerintahan Mobutu akan mengekang gerakan komunisme yang berkembang di Afrika.[14] Pada 1971, Mobutu menukarkan nama negara menjadi Zaire.

Mobutu mentadbir negara melalui sistem diktator parti tunggal; Gerakan Revolusi Popular merupakan satu-satunya parti yang dibenarkan beroperasi. Sepanjang pemerintahannya, Mobutu menerima sokongan daripada AS disebabkan oleh fahaman antikomunisnya dalam suasana Perang Dingin. Mobutu dipelawa oleh para Presiden AS untuk mengunjungi AS.

Setelah Kesatuan Soviet runtuh, Zaire tidak lagi menjadi rakan baik AS kerana fahaman antikomunis Mobutu tidak lagi dikira penting. Pada akhir pemerintahannya, tentangan kepada Mobutu menjadi semakin ketara. Pada 1990, Mobutu mengisytiharkan "Republik Ketiga" yang dikatakan bakal menjanjikan reformasi demokrasi, tetapi hanya menjadi angan-angan. Pada 1997, pihak bersenjata berjaya menghalau Mobutu.

Perang di Congo sunting

Kejadian genosid di negara jiran, Rwanda terhadap kaum Tutsi dibawa ke Zaire apabila penubuhan kerajaan Tutsi yang berjaya menyebabkan pihak militan Hutu, Interahamwe melarikan diri ke timur Zaire. Mereka menubuhkan kem-kem pelarian dan diasaskan sebagai pangkalan untuk merancang balas dendam kepada orang Tutsi, dan dijadikan sasaran oleh puak Tutsi di Rwanda.

Pasukan militan Hutu berpakat dengan angkatan tentera Zaire dan menyerang puak Tutsi yang menetap di timur Zaire.[15] Insiden ini menyebabkan puak Tutsi menubuhkan sebuah kumpulan militan dan merancang untuk menggulingkan Mobutu, membawa kepada Perang Congo Pertama.

 
Beberapa orang tentera pemberontak Congo, 2001.

Kumpulan ini yang diketuai oleh Laurent-Desire Kabila berjaya menawan ibu kota, Kinshasa pada 17 Mei 1997 sementara Mobutu lari ke luar negara, dan Joseph melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan menamakan semula negara sebagai Republik Demokratik Congo. Kabila mengarahkan semua tentera negara asing untuk berundur dari Congo. Namun begitu, Kabila dilihat tidak dapat mentadbir negara dengan cekap.

Seterusnya, pihak Rwanda menubuhkan sebuah kumpulan militan bernama Rassemblement Congolais pour la Democratie (RCD) manakala pihak Uganda menlancarkan Movement for the Liberation of Congo (MLC). Pasukan-pasukan ini mula menyerang DR Congo pada 1998 dan memulakan Perang Congo Kedua. Secara keseluruhan, sembilan negara Afrika serta 25 kumpulan ketenteraan terlibat dalam perang ini.[16]

Kabila dibunuh oleh penjaga keselamatan peribadinya pada 2001 dan digantikan oleh anaknya, Joseph Kabila lalu memanggil perbincangan demi kedamaian. Pada Julai 2003, sebuah kerajaan baharu telah terbentuk dan perang ini tamat secara rasmi, meskipun konflik-konflik berkaitan masih berlanjutan hingga kini.

Geografi sunting

 
Taman Negara Salonga.

Republik Demokratik Congo terletak di Afrika Sub-Sahara, dengan keluasan 2,345,408 kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara kedua terbesar di Afrika selepas Algeria serta negara ke-11 terbesar dunia.[2] Iklim negara ini ialah iklim tropika dengan cuaca yang panas dan lembap. Iklim negara berperanan dalam pembentukan sistem Sungai Kongo.

Negara ini mempunyai beberapa taman negara seperti Taman Negara Virunga, Garamba, Kahuzi-Biega, Salonga serta sebahagian Rizab Hidupan Liar Okapi, kesemuanya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, tetapi kesemuanya juga dalam status bahaya. Negara ini mempunyai biokepelbagaian yang ketara, dan disifatkan sebagai negara dengan biokepelbagaian paling ketara di Afrika.[17]

Isu pemburuan haram merupakan isu alam sekitar di negara, pemburuan haram dilakukan untuk menampung kemiskinan serta menampung perbelanjaan perang kumpulan militan.[18]

Pentadbiran sunting

Kerajaan sunting

Mengikut perlembagaan 2006, sistem kerajaan Republik Demokratik Congo ialah republik demokrasi berpresiden. Parlimen negara ini adalah bikameral, terdiri daripada Senat dan Perhimpunan Nasional.

Provinsi sunting

Republik Demokratik Congo dibahagikan kepada 25 buah provinsi pentadbiran dan sebuah provinsi bandar, yakni ibu negaranya, Kinshasa berdasarkan perlembagaan negara. Provinsi-provinsi ini seterusnya dibahagikan kepada daerah dan kemudiannya, wilayah dan komun.[2] Sebelum 2015, negara ini memiliki 11 buah provinsi.[19] Senarai provinsi adalah seperti di bawah:

Ketenteraan sunting

Angkatan tentera negara ialah Forces Armées de la République Démocratique du Congo, FARDC. Angkatan tentera ini memperoleh peruntukan sebanyak $295 juta pada 2017, kira-kira 0.7% bajet pada tahun itu.[20][21] Angkatan tentera terkini terbentuk selepas Perang Congo Kedua apabila kumpulan-kumpulan pemberontak dan militan digabungkan.

Ekonomi sunting

 
Taburan eksport Republik Demokratik Congo mengikut barangan pada 2009.

Mata wang Republik Demokratik Congo ialah Franc Congo dan dikendalikan oleh Bank Pusat Congo. Republik ini dianggap sebagai negara dengan sumber galian terkaya di dunia dengan anggaran nilai sumber galian setinggi AS$24 trilion.[22] Negara ini memiliki 70% bekalan koltan, sepertiga bekalan kobalt, kira-kira 30% bekalan berlian dan sepersepuluh bekalan tembaga dunia.[23][24] Meskipun memiliki khazanah galian yang besar, ekonomi negara tetap merudum sejak pertengahan 1980-an.[25] Nilai KDNK per kapita secara nominal dan pariti kuasa beli negara ialah $501 dan $849 masing-masing, salah satu angka terendah dalam kalangan negara dunia.[26]

Hasil-hasil pertanian utama termasuk kopi, minyak sawit, getah dan teh. Bidang perikanan dan perkayuan juga banyak dilakukan di negara.

Prasarana sunting

Pengangkutan sunting

Pengangkutan rel negara ini diuruskan oleh Société nationale des Chemins de fer du Congo, Office National des Transports (ONATRA) dan Office des Chemins de fer des Ueles. Panjang jalan raya di negara ini ialah kira-kira 171,250 km, tetapi hanya 2,250 km daripada itu adalah berturap. Republik Demokratik Congo memiliki ribuan kilometer jalan air dengan panjang kira-kira 15,000 km.

Pengangkutan udara negara pula terdiri daripada sebuah syarikat penerbangan kebangsaan, Congo Airways yang berkhidmat di kawasan domestik dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa N'djili. Meskipun begitu, pesawat yang disahkan oleh negara ini diharamkan di lapangan-lapangan terbang Kesatuan Eropah kerana memiliki piawai keselamatan bertaraf rendah.[27]

Bekalan elektrik sunting

Bekalan elektrik negara lazimnya berasal daripada sumber hidroelektrik seperti Empangan Inga di Sungai Kongo.[28] Akan tetapi, hanya kira-kira 15% penduduk negara memiliki bekalan elektrik dan diuruskan oleh Société nationale d'électricité.[29] Negara ini juga memiliki potensi dalam penjanaan tenaga suria dengan 836 pusat tenaga suria sudah dibina di negara ini dengan jumlah penghasilan kuasa sebanyak 83 kW.[30]

Demografi sunting

Suku etnik sunting

Lebih kurang 200 buah suku etnik wujud di Republik Demokratik Congo dengan orang Bantu merangkumi majoriti penduduk negara.

 
Kawasan-kawasan di Republik Demokratik Congo berdasarkan bahasa utama yang dituturkan di sesebuah kawasan.

Bahasa sunting

Bahasa rasmi Republik Demokratik Congo ialah bahasa Perancis, manakala empat bahasa peribumi Afrika, Kituba, Lingala, Tshiluba, and Swahili dijadikan sebagai bahasa-bahasa kebangsaan yang diperakui. Berdasarkan data Ethnologue, 215 bahasa hidup dituturkan di negara ini.[31] Menurut sebuah kajian pada 2014, kira-kira 33 juta orang penduduk Congo (47% penduduk) boleh membaca dan menulis dalam bahasa Perancis.

Agama sunting

Agama Kristian merupakan agama majoriti bagi penduduk Republik Demokratik Congo. Peratusan penduduk negara mengikut agama anutan adalah pelbagai dan bergantung kepada kajian, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kajian Kristian Islam Lain-lain Rujukan
Katolik Protestan Jumlah
Jabatan Negara Amerika 50% 35% 90% 5% 5% [1]
Pew Research Center 47% 48% 96% 1.5% 2.5% [2] [3]
CIA World Factbook 50% 20% 80% 10% 10% [4]

Pendidikan sunting

 
Bangunan Universiti Kinshasa.

Pada 2014, kadar celik huruf masyarakat DR Congo antara umur 15 ke 49 tahun ialah 75.9%; 88.1% lelaki dan 63.8% perempuan. Sistem pendidikan negara dikawal oleh tiga buah kementerian. Perlembagaan negara menjamin pendidikan rendah yang percuma dan wajib.[32]

Akibat perang saudara di Congo, lebih 5.2 juta orang kanak-kanak negara tidak memperoleh sebarang bentuk pendidikan.[33] Namun begitu, situasi ini bertambah baik selepas peperangan; menurut UNESCO, jumlah murid sekolah rendah meningkat daripada 5.5 juta orang pada 2002 kepada 13.8 juta orang pada 2015, dan jumlah murid sekolah menengah meningkat dari 2.8 juta orang pada 2007 kepada 4.6 juta orang pada 2015.[34] Di samping itu, jumlah kehadiran ke sekolah juga meningkat.[35]

Kebudayaan sunting

Kebudayaan masyarakat Republik Demokratik Congo adalah berdasarkan kepelbagaian etnik yang menetap di negara.

Kesusasteraan sunting

Sasterawan negara yang masyhur termasuk Valentin-Yves Mudimbe yang menulis pergolakan masyarakat pascakemerdekaan pada 1960-an, dan Clémentine Nzuji yang terkenal sebagai penyair.

Rujukan sunting

  1. ^ "Freedom in the World 2018 – Congo, Democratic Republic of (Kinshasa)". Freedomhouse. Freedomhouse. 4 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2018. Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  2. ^ a b c Central Intelligence Agency (2014). "Democratic Republic of Congo". The World Factbook. Langley, Virginia: Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2016.
  3. ^ a b c d e "Report for Selected Countries and Subjects". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  4. ^ "GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 30 Julai 2013.
  5. ^ "2018 Human Development Report". United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2018. Dicapai pada 14 September 2018.
  6. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  7. ^ a b Hochschild, Adam. King Leopold's Ghost, Houghton Mifflin Harcourt, 1999; ISBN 0-547-52573-7
  8. ^ Fage, John D. (1982). The Cambridge history of Africa: From the earliest times to c. 500 BC Diarkibkan 18 Mac 2015 di Wayback Machine, Cambridge University Press. p. 748; ISBN 0-521-22803-4
  9. ^ Tim Stanley (Oktober 2012). "Belgium's Heart of Darkness". History Today. Jil. 62 no. 10. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2016. Dicapai pada 30 November 2016.
  10. ^ "Jungle Shipwreck Diarkibkan 16 Disember 2014 di Wayback Machine", Time, 25 Julai 1960.
  11. ^ "- HeinOnline.org". www.heinonline.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 16 November 2018.
  12. ^ "The United Nations and the Congo". Historylearningsite.co.uk. 30 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2013. Dicapai pada 2 Mei 2010.
  13. ^ Sécession au Katanga – J.Gerald-Libois -Brussels- CRISP
  14. ^ Adam Hochschild (13 Ogos 2009). "Rape of the Congo". New York Review of Books. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2018. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  15. ^ Thom, William G. "Congo-Zaire's 1996–97 civil war in the context of evolving patterns of military conflict in Africa in the era of independence", Conflict Studies Journal at the University of New Brunswick, Vol. XIX No. 2, 1999.
  16. ^ Bowers, Chris (24 Julai 2006). "World War Three". My Direct Democracy. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2008.
  17. ^ "Lambertini, A Naturalist's Guide to the Tropics, excerpt". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2012. Dicapai pada 30 Jun 2008.
  18. ^ "Elephant Poaching on Rise in Resistance Army Stronghold in Democratic Republic of Congo". Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2018. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  19. ^ The National Assembly adopts the laws regarding the limits of the provinces in the Democratic Republic of the Congo Diarkibkan 27 Januari 2015 di Wayback Machine, National Assembly of the Democratic Republic of the Congo, 10 Januari 2015. (Perancis)
  20. ^ "Military expenditure by country as percentage of gross domestic product 2001-2017" (PDF) (dalam bahasa Jerman). SIPRI. Dicapai pada 2018-07-17. Cite has empty unknown parameters: |trans_title=, |day=, |month=, dan |deadurl= (bantuan)
  21. ^ "Military expenditure by country in US$ 2001-2017" (PDF) (dalam bahasa Jerman). SIPRI. Dicapai pada 2018-07-17. Cite has empty unknown parameters: |trans_title=, |day=, |month=, dan |deadurl= (bantuan)
  22. ^ "DR Congo's $24 trillion fortune". Thefreelibrary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2014.
  23. ^ DR Congo poll crucial for Africa" Diarkibkan 2 Disember 2010 di Wayback Machine, BBC News. 16 November 2006.
  24. ^ Bream, Rebecca (8 November 2007). "A bid for front-line command in Africa" Diarkibkan 17 Mac 2008 di Wayback Machine. Financial Times.
  25. ^ Centre National d'Appui au Développement et à la Participation Paysanne CENADEP (23 Oktober 2009). Province orientale :le diamant et l'or quelle part dans la reconstruction socio - économique de la Province ? (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2009.
  26. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 6 Disember 2019.
  27. ^ List of airlines banned within the EU, Official EC list, updated 20 April 2011. Retrieved 20 September 2011.
  28. ^ http://www.indexmundi.com/energy.aspx?country=cd&product=hydro&graph=production+consumption
  29. ^ Yee, Amy (30 Ogos 2017). "The Power Plants That May Save a Park, and Aid a Country". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2017. Dicapai pada 4 September 2017.
  30. ^ "Energy Profile Congo, Dem. Rep". Reegle.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai pada 21 Januari 2017.
  31. ^ Languages of Democratic Republic of the Congo, ethnologue.com
  32. ^ (dalam bahasa Perancis) Constitution de la République démocratique du Congo – Wikisource Diarkibkan 25 Oktober 2011 di Wayback Machine. Fr.wikisource.org. Dicapai pada 27 Februari 2013.
  33. ^ "Congo, Democratic Republic of the." www.dol.gov 2005 Findings on the Worst Forms of Child Labor, Bureau of International Labor Affairs, Jabatan Buruh Amerika Syarikat (2006).
  34. ^ UNESCO Institute for Statistics. "UIS.Stat (see: Education >> Participation >> Enrollment >> Enrollment by level of education)". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2017. Dicapai pada 13 April 2019.
  35. ^ Ministère du Plan et Suivi de la Mise en oeuvre de la Révolution de la Modernité (MPSMRM), Ministère de la Santé Publique (MSP), and ICF International. "Enquête Démographique et de Santé en République Démocratique du Congo 2013–2014" (PDF). m/s. XXV. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Disember 2016. Dicapai pada 16 Mei 2015.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting