Republik Kesatuan Soviet

Republik Kesatuan Soviet atau Republik Kesatuan (Rusia: союзные республики, soyuznye respubliki) adalah sebuah unit pentadbiran berasaskan bangsa yang bersubordinat secara terus oleh kerajaan Kesatuan Soviet. Menurut sejarah, kesatuan ini adalah negara yang sangat berpusat (highly centralised) dan munculnya reformasi pemencaran dan pendemokrasian pada era Perestroika dan Glasnost serta akhirnya membawa kepada pembubaran bagi kesatuan tersebut.

republic of the Soviet Union
KategoriNegeri bersekutu
Lokasi Kesatuan Soviet
Ditubuhkan olehPerjanjian Penciptaan KRSS
Ditubuhkan pada
  • 30 Disember 1922
Dibubarkan oleh
Dibubarkan pada
  • 6 September 1991
  • 26 Disember 1991
Bilangan15 (setakat 1989)
Jumlah pendudukPaling kecil: 1,565,662 (RSS Estonia)
Paling besar: 147,386,000 (RSPS Rusia)
KeluasanPaling kecil: 29,800 km2 (11,500 bt2) (Armenia)
Paling besar: 17,075,400 km2 (6,592,800 bt2) (RSPS Rusia)
Kerajaan/pemerintah
Subbahagian

Maklumat ringkas kawasan Republik Kesatuan sunting

Pada 10 tahun terakhir sebelum pembubaran Kesatuan Soviet, Kesatuan ini terdiri daripada 15 buah republik yang dipanggil republik Soviet. Republik tersebut memainkan peranan penting dalam pembubaran Kesatuan Soviet.[[:]] Di bawah pemerintahan Mikhail Gorbachev, dasar Glasnost dan Perestroika diperkenalkan bagi memulihkan kuasa kesatuan itu. Walau bagaimanapun, dasar tersebut memberi kesan yang besar dan menyebabkan kuasa setiap republik semakin meningkat. Kesan yang pertama iaitu liberalisasi politik membenarkan kerajaan dalam republik untuk mendapatkan kesahihan dengan menyeru demokrasi, nasionalisme atau gabungan kedua-duanya. Selain itu, liberalisasi juga membawa kepada keretakan dalam hierarki parti yang mengurangkan kawalan Soviet ke atas republik. Akhirnya, pengenalan dasar perestroika membolehkan kerajaan republik itu untuk mengawal aset ekonomi di republik mereka dan menahan dana daripada kerajaan pusat.

Sepanjang tahun 1980-an, kerajaan Soviet cuba untuk mencari struktur baharu yang akan mencerminkan kuasa yang meningkat dalam kalangan negara republik itu. Namun, usaha tersebut terbukti tidak berjaya dan akhirnya pada 1991 Kesatuan Soviet runtuh. Kesemua republik itu telah mendapat kemerdekaan.

Peta Republik Kesatuan antara tahun 1956-1991
 
No.
Nama
republik
Tahun menjadi
ahli
Jumlah
penduduk (1989)
Peratus
penduduk (%)
Keluasan (km²)
(1991)
Peratus
keluasan (%)
Ibu
negara
Negara
merdeka
1   Republik Sosialis Soviet Armenia 1936 3,287,700 1.15 29,800 0.13 Yerevan   Armenia
2   Republik Sosialis Soviet Azerbaijan 1936 7,037,900 2.45 86,600 0.39 Baku   Azerbaijan
3   Republik Sosialis Soviet Belarusia 1936 10,151,806 3.54 207,600 0.93 Minsk   Belarus
4   Republik Sosialis Soviet Estonia 1940 1,565,662 0.55 45,226 0.20 Tallinn   Estonia
5   Republik Sosialis Soviet Georgia 1936 5,400,841 1.88 69,700 0.31 Tbilisi   Georgia (negara)
6   Republik Sosialis Soviet Kazakhstan 1936 16,711,900 5.83 2,727,300 12.24 Alma-Ata   Kazakhstan
7   Republik Sosialis Soviet Kyrgyztan 1936 4,257,800 1.48 198,500 0.89 Bishkik   Kyrgyzstan
8   Republik Sosialis Soviet Latvia 1940 2,666,567 0.93 64,589 0.29 Riga   Latvia
9   Republik Sosialis Soviet Lithuania 1940 3,689,779 1.29 65,200 0.29 Vilnius   Lithuania
10   Republik Sosialis Soviet Moldova 1940 4,337,600 1.51 33,843 0.15 Kishinev   Moldova
11   Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia 1922 147,386,000 51.40 17,075,200 76.62 Moscow   Rusia
12   Republik Sosialis Soviet Tajikistan 1929 5,112,000 1.78 143,100 0.64 Dushanbe   Tajikistan
13   Republik Sosialis Soviet Turkmenistan 1924 3,522,700 1.23 488,100 2.19 Ashkhabad   Turkmenistan
14   Republik Sosialis Soviet Ukraine 1922 51,706,746 18.03 603,700 2.71 Kiev (Kharkov sblm. 1934)   Ukraine
15   Republik Sosialis Soviet Uzbekistan 1924 19,906,000 6.94 447,400 2.01 Tashkent (Samarkand sblm. 1930)   Uzbekistan

  Pengilhakan republik Baltik pada tahun 1940 dan dianggap sebagai pendudukan yang menyalahi undang-undang dimana tidak pernah diiktiraf oleh beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat dan organisasi antarabangsa Eropah seperti Kesatuan Eropah.[1][2][3] Kesatuan Soviet diiktiraf secara rasmi berpisah pada 6 September 1991 sebelum pembubaran akhir.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Parlimen Eropah: Resolution on the situation in Estonia, Latvia and Lithuania (No C 42/78) (1983). Official Journal of the European Communities. European Parliament.
  2. ^ Aust, Anthony (2005). Handbook of International Law. Cambridge University Press. ISBN 978-0521530347.
  3. ^ Ziemele, Ineta (2005). State Continuity and Nationality: The Baltic States and Russia. Martinus Nijhoff Publishers. ISBN 90-04-14295-9.