Revolusi Perancis (Perancis: Révolution française, 1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan terdahulu yang dikuasai raja (mutlak pada awalnya tapi kemudiannya secara berperlembagaan) dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik kepada suatu pemerintahan dipimpin rakyat jelata yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".

Gambaran penghukuman pancung ke atas Raja Louis XVI oleh para revolusioner republikanis tidak lama selepas penggulingan takhta baginda, bertarikh abad ke-17.

Perubahan ini turut disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah. Peristiwa yang selepas itu dapat dikesan berlanjutan daripada Revolusi seperti Perang Napoleon, dua pemulihan monarki, dan dua revolusi tambahan apabila Perancis moden mula terbentuk.

Dalam abad yang berikutnya, Perancis telah ditadbir dalam pelbagai bentuk iaitu sebagai republik, pemerintahan diktator, raja berperlembagaan dan dua empayar yang berlainan.

Latar belakang sunting

Krisis kewangan sunting

Louis XVI naik takhta menjadi raja Perancis ketika negara tersebut berada dalam suatu krisis kewangan di mana perbelajaan negara melebihi pendapatan sehingga Perancis sudah hampir muflis;[1] perkara ini terutama sekali disebabkan penglibatan Perancis dalam Perang Tujuh Tahun dan Perang Revolusi Amerika.[2] Pada bulan Mei 1776, menteri kewangan Turgot dipecat setelah beliau gagal melaksanakan reformasi kewangan. Setahun kemudian, seorang warga asing bernama Jacques Necker dilantik menjadi Bendahara Kewangan; namun penjawatan ini tidak diberikan secara rasmi kerana bermazhab Protestan - ia dilihat menyanggah peranan Kerajaan Perancis sebagai pendokong Gereja Katolik Rom yang menjadi anutan rasmi kerajaan.

Necker menyedari bahawa sistem percukaian di Perancis sangat regresif di mana masyarakat kelas bawahan dikenakan cukai yang lebih besar[3] sementara kaum bangsawan dan agamawan (termasuk pendeta dan paderi) diberikan banyak pengecualian.[4] Necker beranggapan bahawa pengeculaian cukai sebegini harus dikurangkan serta turut mengusulkan untuk meminjam lebih banyak wang agar permasalahan kewangan negara dapat diatasi. Necker menerbitkan sebuah laporan untuk menyokong anggapannya ini yang menunjukkan bahawa hutang negara melebihi angka 36 juta livre. Necker juga mengusulkan pembatasan kekuasaan parlement.[3]

Usulan Necker ini tidak diterima dengan baik oleh para menteri Raja, dan Necker, yang berharap dapat mengukuhkan posisinya, berpendapat bahawa dia sepatutnya dilantik sebagai menteri, namun Raja menolaknya. Necker dipecat dan jawatannya diambil alih oleh Charles Alexandre de Calonne.[3] Calonne dengan cepat menyedari situasi kewangan negara yang dalam keadaan krisis dan mengusulkan pembentukan kod cukai yang baru.[5]

Usulan Calonne ini termasuk pelaksanaan cukai tanah yang konsisten serta turut dikenakan ke atas pihak bangsawan dan gereja. Kerana ditentang oleh parlement, Calonne mengadakan pertemuan dengan Majlis Bangsawan, berharap mendapat sokongan. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila pihak Majlis mengkritik Calonne untuk melemahkan rancangan Calonne. Sebagai respon, untuk pertama kalinya sejak 1614, Raja memanggil Etats-Généraux pada bulan Mei 1789. Pemanggilan ini sekaligus menjadi pertanda bahawa monarki Bourbon sedang dalam keadaan lemah dan tunduk pada tuntutan rakyatnya.[6]

Etats-Généraux 1789 sunting

Perhimpunan besar menasihati urusan diraja Perancis iaitu États généraux ("Perdarjatan Agung") dihadiri tiga lapisan darjat masyarakat (états): darjat paderi uskup yang terulung (Premier état), darjat kaum bangsawan yang kedua (Deuxieme état), dan darjat rakyat kebanyakan selebihnya yang ketiga (Tiers état).[7] Dalam pertemuan terakhir Etats-Généraux pada tahun 1614, setiap Darjat mempunyai satu undian yang mana dua undian cukup membatalkan undian ketiga. Parlement Paris khuatir bahawa pemerintah akan berusaha membahagikan kawasan undian Majlis untuk menipu hasil undian dipungut. Oleh sebab itu, mereka memutuskan bahawa susunan États harus sama dengan susunan 1614.[8] Aturan État 1614 ini berbeza dengan praktik pada Majlis daerah; di daerah-daerah, masing-masing anggota memiliki satu suara dan État Ketiga memiliki anggota dua kali ganda lebih banyak dari État lainnya. Sebagai contoh, di Dauphiné, Majlis daerah sepakat untuk menggandakan jumlah anggota État Ketiga, mengadakan pemilihan keanggotaan, dan memperbolehkan satu undian setiap seorang anggota, bukannya satu suara per etats.[9]

Sebelum pertemuan berlangsung, "Jawatankuasa Tiga Puluh", sebuah kelompok liberal dianggotai warga kota Paris, mula mendesak penglibatan suara darjat-darjat atau états ini. Kelompok ini sebahagian besarnya terdiri dari orang-orang kaya yang berpendapat bahawa aturan perwakilan di Etats-Généraux harus sama dengan sistem yang berlaku di Dauphiné. Kelompok ini beranggapan bahawa sistem lama sudah tidak efisien kerana "rakyatlah yang berdaulat".[10] Necker lalu menggelar Sidang Kedua Majlis, yang menghasilkan keputusan penolakan terhadap usulan perwakilan ganda, dengan pungutan undian dimenangi 111-333.[10][11]

Suatu pilihan raya umum diadakan pada musim bunga tahun 1789 di mana anggota yang dicalonkan memasuki État Ketiga hendaklah memenuhi kewajiban berikut:

  • dari kalangan lelaki warga Perancis secara kelahiran atau naturalisasi,
  • berusia lebih kurang 25 tahun,
  • bermukim atau mempunyai kediaman di lokasi tempat pengundian berlangsung, serta,\
  • mampu membayar cukai. Pour être électeur du tiers état, il faut avoir 25 ans, être français ou naturalisé, être domicilié au lieu de vote et compris au rôle des impositions.

Pemilihan menghasilkan 1201 delegasi, yang terdiri dari: 291 bangsawan, 300 pendeta, dan 610 anggota Etats Ketiga.[11] Untuk mengarahkan delegasi, "Dokumen Keluhan" (Cahiers de Doléances) disusun sebagai pengarah yang memuat daftar permasalahan yang dihadapi negara.[7][8][12]

Risalah yang disebarkan oleh para bangsawan dan agamawan liberal semakin merebak setelah penapisan akhbar dilonggarkan kerajaan.[10] Abbé Sieyès, seorang teoretikus dan pendeta Katolik, berpendapat mengenai betapa pentingnya keberadaan État Ketiga dalam risalahnya bertajuk Qu'est-ce que le tiers état? ("Apakah Darjat Ketiga?") yang terbit pada bulan Januari 1789 dengan tegasan masyhurnya: "Apa itu État Ketiga? Segalanya. Apa posisinya dalam tatanan politik? Tidak ada. Ia ingin menjadi apa? Sesuatu."[8][13]

États-Généraux kembali bersidang di Grands Salles des Menus-Plaisirs, Versailles pada tanggal 5 Mei 1789. Pertemuan ini dibuka dengan pidato tiga jam oleh Necker. Etats Ketiga menuntut agar semua wakil yang dilantik disahkan tidak secara diam-diam atau sulit tetapi secara menyeluruh; rundingan dengan États lainnya gagal mewujudkan hal ini.[12] Golongan Darjat Ketiga menjadi tegang dengan kaum pendeta yang menjawab mereka memerlukan lebih banyak waktu untuk memutuskan. Necker pada akhirnya memutuskan bahawa setiap etats harus mengesahkan keanggotaan para wakil tersendiri dan "Raja bertindak sebagai perantara".[14] Namun, rundingan dengan dua kelompok darjat lainnya tetap tidak berhasil.[15]

Perhimpunan Kebangsaan (1789) sunting

Pada 10 Jun 1789, Abbé Sieyès ditukar keanggotaan menjadi État Ketiga, dan sekarang mengikuti pertemuan sebagai Communes (Rakyat Biasa). Beliau mengajak dua etats lainnya untuk ikut serta, namun ajakannya ini tidak diendahkan.[16] Etats Ketiga yang sekarang menjadi lebih radikal mendeklarasikan diri sebagai suatu Majlis Nasional yang tidak berasal dari etats, namun dari golongan rakyat jelata. Mereka mengajak yang lainnya untuk bergabung, namun menegaskan bahawa "dengan atau tanpa bantuan, mereka tetap akan mengatasi permasalahan bangsa."[17]

Dalam upayanya untuk tetap mengawal pergerakan wakil kerajaan, Louis XVI memerintahkan agar penutupan Salle des États, tempat perhimpunan biasanya mengadakan pertemuan. Di saat yang bersamaan, cuaca tidak mengizinkan mereka bertemu di luar , sehingga akhirnya diputuskan pertemuan mereka memindahkan ke ruangan sebuah gealnggang tenis. Di tempat ini, mereka mengambil sumpah setia pada 20 Jun 1789, yang menyatakan bahawa Majlis tidak akan berpisah hingga mereka dapat memberikan sebuah perlembagaan bagi Perancis.[18]

Majoriti perwakilan agamawan segera bergabung dengan Majlis, serta 47 orang dari kaum bangsawan. Pada tanggal 27 Jun, pihak kerajaan secara terang-terangan telah menunjukkan penentangannya terhadap Majlis, dan sejumlah besar pasukan tentera mula dihantarkan ke seluruh Paris dan Versailles. Sokongan bagi Majlis juga mengalir dari warga Paris dan dari kota-kota lainnya di Perancis. Pada tanggal 9 Julai, Majlis itu disusun kembali menjadi Perhimpunan Tubuh Kebangsaan.[18]

Perhimpunan Tubuh Kebangsaan (1789–1791) sunting

Serangan dan serbuan ke atas penjara Bastille sunting

Sementara itu, Necker semakin dimusuhi oleh keluarga kerajaan Perancis kerana dianggap memanipulasi pandangan orang awam secara terang-terangan. Ratu Marie Antoinette, adik Raja Comte d'Artois, dan anggota konservatif lainnya dari dewan privy mendesak Raja agar memecat Necker sebagai penasihat kewangan. Pada 11 Julai 1789, setelah Necker menerbitkan laporan kewangan pemerintah kepada publik, Raja memecatnya, dan segera menyusun struktur kementerian kewangan tidak lama kemudian.[19]

Kebanyakan warga Paris menganggap bahawa tindakan Louis secara tidak langsung ditujukan pada Majlis dan segera memulakan pemberontakan terbuka setelah mereka mendengar khabar tersebut pada keesokan harinya. Mereka juga khuatir terhadap banyaknya tentera – kebanyakan tentera asing yang ditugaskan untuk menutup Perhimpunan Tubuh Kebangsaan. Dalam sebuah pertemuan di Versailles, Majlis bersidang secara tanpa henti untuk berjaga-jaga jika nanti tempat pertemuan diserang secara tiba-tiba. Paris dengan cepat dipenuhi oleh berbagai rusuhan, kekacauan, dan penjarahan. Massa juga mendapat sokongan dari beberapa anggota Gardes Francaises yang dipersenjatakan dan dilatih dalam barisan tentera.[20]

Pada tanggal 14 Julai, para pemberontak mencuri sejumlah besar senjata dan amunisi di benteng dan penjara Bastille, yang juga dianggap sebagai simbol kekuasaan monarki. Setelah beberapa jam pertempuran, benteng jatuh ke tangan pemberontak pada pagi harinya. Meskipun terjadi gencatan senjata untuk mencegah pemunuhban ramai, Gabenor Marquis Bernard de Launay dipukul, ditusuk, dan dipenggal, kepalanya diletakkan di hujung tombak dan diarak ke sekeliling kota. Walaupun hanya menahan tujuh tahanan (empat pencuri, dua bangsawan yang ditahan kerana tindakan tidak bermoral, dan seorang disangka dibunuh), Bastille telah menjadi simbol kebencian terhadap Ancien Régime. Di Hôtel de Ville (balai kota), massa menuduh prévôt des marchands (setara dengan datuk bandar) Jacques de Flesselles sebagai pengkhianat, dan membantainya.[21]

Raja Louis yang khuatir dengan tindakan kekerasan terhadapnya beresembunyi untuk sementara waktu. Marquis de la Fayette mengambilalih komando Garde Nationale di Paris. Jean-Sylvain Bailly, presiden Majlis ketika Sumpah Setia Gelanggang Tenis, menjadi datuk bandar di bawah struktur pemerintahan baru yang dikenal dengan komune. Raja mengunjungi Paris pada tanggal 17 Julai dan menerima sebuah simpul balung (cocarde) triwarna, diiringi dengan teriakan Vive la Nation ("Hidup Bangsa [Perancis]") dan Vive le Roi ("Hidup Raja").[22]

Necker kembali menduduki jabatannya, namun kejayaannya berumur pendek. Necker memang seorang ahli kewangan yang cerdik, namun sebagai ahli politik, ia kurang popular. Necker dengan cepat kehilangan sokongan rakyat setelah menuntut amnesti umum.[23]

Setelah kemenangan Majlis, situasi di Perancis masih tetap memburuk. Kekerasan dan penjarahan terjadi di seantero negeri. Kaum bangsawan yang khuatir keselamatan mereka berbondong-bondong pindah ke negara tetangga. Dari negara-negara tersebut, para émigré ini menyumbang kelompok-kelompok kontra-revolusi di Perancis dan mendesak monarki asing untuk memberikan sokongan kepada kontra-revolusi.[24]

Pada akhir Julai, semangat kedaulatan rakyat telah menyebar di seluruh Perancis. Di daerah pendalaman, rakyat jelata mulai membentuk militia dan mempersenjatai diri melawan penaklukan asing: beberapa di antaranya menyerang châteaux kaum bangsawan sebagai bahagian dari pemberontakan agraria umum yang dikenal dengan "la Grande Peur" ("Ketakutan Besar"). Selain itu, khabar angin liar dan paranoia kolektif menyebabkan meluasnya kerusuhan dan kekacauan sivil yang menyumbang kepada keruntuhan undang-undang dan kerosakan ketertiban.[25]

Perumusan perlembagaan baru sunting

Pada tanggal 4 Ogos 1789, Perhimpunan Tubuh Kebangsaan menghapuskan feudalisme (meskipun pada saat itu telah terjadi pemberontakan petani yang hampir mengakhiri feudalisme). Keputusan ini ditulis dalam dokumen yang dikenal dengan Dekret Agustus, yang menghapuskan seluruh hak istimewa kaum Estate Kedua dan hak dîme (menerima zakat) yang dimiliki oleh Estate Pertama. Hanya dalam waktu beberapa jam, bangsawan, pendeta, kota, provinsi, dan perusahaan kehilangan hak-hak istimewanya.

Pada tanggal 26 Ogos 1789, para anggota Perhimpunan menerbitkan Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara yang memuat pernyataan prinsip, bukannya perlembagaan dengan kesan undang-undang. Perhimpunan Tubuh Kebangsaan tidak hanya berfungsi sebagai legislatif, namun juga sebagai badan untuk menyusun perlembagaan baru.

Necker, Mounier, Lally-Tollendal dan yang lainnya tidak berhasil mencapai kesepakatan dengan senat, yang keanggotaannya dipilih oleh Raja dan dicalonkan oleh rakyat. Sebahagian besar bangsawan mengusulkan agar Majlis tinggi dipilih oleh kaum bangsawan. Sidang segera dilakukan pada hari itu, yang memutuskan bahawa Perancis akan memiliki Majlis tunggal dan unikameral. Kekuasaan Raja terbatas hanya untuk "menangguhkan veto"; ia boleh menunda implementasi undang-undang, namun tidak boleh membatalkannya. Pada akhirnya, Perhimpinan menggantikan provinsi bersejarah di Perancis dengan 83 départements, yang dikelola secara seragam menurut daerah dan jumlah penduduk.

Di tengah kegiatan Majlis yang disibukkan dengan urusan perlembagaan, krisis kewangan terus berlanjut tanpa banyak yang dapat diselesaikan sambil defisit negara meningkat dengan ketaranya. Honoré Mirabeau kemudian memimpin gerakan untuk mengatasi permasalahan ini, dan Majlis memberi Necker hak penuh untuk mengelola kewangan negara.

Gerakan perempuan di Versailles sunting

Dipicu oleh khabar angin telah diinjak-injaknya simpul pita nasional saat penerimaan pengawal Raja pada tanggal 1 Oktober 1789, kerumunan perempuan mulai berkumpul di pasar Paris pada tanggal 5 Oktober 1789. Kerumunan pertama berbaris menuju Hôtel de Ville, di mana mereka meluahkan kesusahan ekonomi yang mereka hadapi, terutama masalah kekurangan roti. Mereka menuntut agar pejabat kota segera menyelesaikan permasalahan mereka.[26] malah juga menuntut agar kerajaan menghentikan penghalangan Majlis Nasional, dan menyerukan agar Raja dan kaum kerabat baginda segera pindah ke Paris agar menjaga hati rakyat sambil mengatasi kemiskinan yang semakin meluas.

Maklum balas yang tidak memuaskan dari pejabat kota ini mendorong sebanyak 7,000 wanita bergerak menuju Versailles dengan membawa meriam dan berbagai-bagai senjata ringan. Sekitar 20,000 pasukan Garde Nationale di bawah komando Gilbert du Motier ditugaskan untuk mengawasi pergerakan penunjuk perasaan yang giat di kawasan Paris, tetapi situasi menjadi hilang kawalan. Orang ramai yang berarak hilang sabar mereka dan dalam kemarahan mereka mula menyerbu istana sehingga membunuh beberapa penjaga. La Fayette akhirnya berhasil memujuk Raja menyetujui permintaan orang ramai, dan Raja beserta keluarganya bersedia untuk kembali ke Paris. Pada tanggal 6 Oktober 1789, Raja dan keluarga kerajaan pindah dari Versailles ke Paris di bawah "perlindungan" dari Garde Nationales.[27]

Perubahan kepada pengurusan Gereja negara sunting

Revolusi ini menyebabkan perubahan besar kekuasaan, dari yang sebelumnya dikuasai oleh Gereja Katolik Rom menjadi dikuasai negara. Berdasarkan Ancien Régime, Gereja menjadi pemilik tanah terbesar di Perancis, memiliki sekitar 10% tanah kerajaan.[28] Gereja dibebaskan dari kewajiban membayar cukai kepada pemerintah, dan juga berhak menerima dîme (zakat) 10% dari cukai penghasilan, seringkali dikumpulkan dalam bentuk bahan pangan, dan hanya sebahagian kecil dari dîme tersebut yang diberikan kepada masyarakat miskin.[28] Kekuatan dan kekayaan Gereja yang begitu besar telah menimbulkan kebencian dari beberapa kelompok. Kelompok minoriti penganut Protestan yang tinggal di Perancis seperti Huguenot menginginkan suatu rejim yang anti-Katolik sebagai tujuan membalas dendam kepada para pendeta yang melakukan diskriminasi terhadap fahaman mereka. Pemikir Pencerahan seperti Voltaire membantu mengobar-gobarkan semangat anti-Katolik dengan merendahkan Gereja Katolik dan mendestabilisasi monarki Perancis.[29] Menurut sejarawan John McManners, "Pada abad kelapan belas, takhta Perancis dan altar berhubungan erat; dan hubungan ini runtuh..."[30]

Kebencian terhadap Gereja melemah kekuatannya saat dibukanya pertemuan Etats-Généraux pada bulan Mei 1789. Gereja memiliki sekitar 130.000 anggota pendeta dalam Etats Pertama. Ketika Perhimpunan Kebangsaan didirikan pada bulan Jun 1789 oleh Etats Ketiga, para pendeta memilih untuk bergabung dengan Majlis.[31] Majlis Nasional mulai memberlakukan reformasi sosial dan ekonomi. Undang-undang baru pada tanggal 4 Julai 1789 menghapuskan sumber pendapatan gereja untuk memungut dana gereja. Dalam upayanya untuk mengatasi krisis kewangan, pada tanggal 2 November 1789, Majlis memutuskan bahawa harta Gereja menjadi "milik negara"[32] - kesemua harta ini digunakan sebagai asas kepada sokongan peredaran matawang baru, assignats. Dengan demikian, mulai saat itu keberlangsungan Gereja juga menjadi tanggungjawab negara yng termasuk membayar para pendeta untuk merawat orang-orang miskin, orang sakit, dan yatim piatu.[33] Pada bulan Disember, Majlis mulai menjual tanah-tanah milik Gereja kepada pembida tertinggi untuk meningkatkan pendapatan negara. Hal ini efektif menaikkan nilai simpanan sebesar 25% dalam waktu dua tahun.[34] Pada musim luruh 1789, undang-undang baru yang menghapuskan sumpah monastik dirumuskan, dan pada 13 Februari 1790, semua ordo keagamaan dibubarkan.[35] Para biarawan dan biarawati disarankan untuk kembali ke kehidupan pribadi mereka, dan beberapa di antaranya akhirnya menikah.[36]

perlembagaan Sivil Pendeta, yang disahkan pada tanggal 12 Julai 1790, menetapkan bahawa pendeta adalah pekerja negara. Keputusan ini membentuk sistem pemilihan pendeta dan biskop, serta menetapkan gaji bagi para pendeta. Sebahagian besar pendeta Katolik keberatan dengan sistem pemilihan ini kerana hal itu bererti bahawa mereka secara efektif menolak pihak berkuasa Paus di Rom atas Gereja Perancis. Akhirnya, pada bulan November 1790, Majlis Nasional mulai mewajibkan "sumpah setia pada perlembagaan Sivil" bagi semua pendeta Katolik.[36] Hal ini menyebabkan timbulnya perpecahan antara pendeta yang mengambil sumpah dengan pendeta yang tetap setia kepada Paus. Secara keseluruhan, 24% dari semua pendeta di Perancis telah mengambil sumpah.[37] Pendeta yang menolak bersumpah setia pada perlembagaan akan "dibuang, dideportasi secara paksa, atau dipancung dengan tuduhan pengkhianat."[34] Paus Pius VI tidak pernah mengakui perlembagaan Sivil Pendeta ini, yang berakibat pada semakin terisolasinya Gereja Perancis. Selama Pemerintahan Ketakutan, usaha besar-besaran de-Kristianisasi di Perancis terjadi, termasuk memenjarakan dan membantai para pendeta, serta merosakkan Gereja dan gambar-gambar keagamaan di seluruh Perancis. Usaha untuk menggantikan kedudukan Gereja Katolik dilakukan, misalnya dengan menggantikan festival agama dengan festival sivil. Pembentukan Kultus Alasan adalah langkah terakhir dalam de-Kristianisasi radikal di Perancis. Peristiwa ini menyebabkan munculnya kekecewaan dan penentangan terhadap Revolusi di seluruh Perancis. Warga seringkali menolak de-Kristianisasi dengan cara menyerang revolusioner dan menyembunyikan pendeta yang sedang diburu. Pada akhirnya, Robespierre dan Jawatankuasa Keselamatan Awam dipaksa untuk menentang kampanye dengan menggantikan Kultus Alasan dengan deisme, walaupun masih bukan-Kristian.[38] Konkordat 1801 antara Napoleon dan Gereja mengakhiri tempoh de-Kristianisasi dan mulai membentuk aturan-aturan yang mengatur mengenai hubungan antara Gereja Katolik dengan negara, yang tetap berlaku hingga tahun 1905, kemudian diubah oleh Republik Ketiga dengan memisahkan urusan Gereja dengan urusan negara pada tanggal 11 Disember 1905. Penganiayaan terhadap pendeta menyebabkan munculnya gerakan-gerakan kontra-revolusi, yang berpuncak dalam Pemberontakan Vendee.

Kemunculan berbagai paksi sunting

Paksi-paksi dalam Majlis tersebut mulai bermunculan. Kaum ningrat Jacques Antoine Marie Cazalès dan pendeta Jean-Sifrein Maury memimpin yang kelak dikenal sebagai sayap kanan yang menentang revolusi. "Royalis Demokrat" atau Monarchien, bersekutu dengan Necker, cenderung mengorganisasi Perancis sejajar dengan model perlembagaan Inggeris: mereka termasuk Jean Joseph Mounier, Comte de Lally-Tollendal, Comte de Clermont-Tonnerre, dan Pierre Victor Malouet, Comte de Virieu.

"Parti Nasional" yang mewakili paksi tengah atau kiri-tengah Majlis tersebut termasuk Honoré Mirabeau, Lafayette, dan Bailly; sedangkan Adrien Duport, Barnave dan Alexander Lameth mewakili pandangan yang lebih ekstrim. Yang hampir sendiri dalam radikalismenya di sisi kiri adalah Arras Maximilien Robespierre.

Sieyès memimpin pengusulan legislasi pada masa ini dan berhasil menempa konsensi selama beberapa waktu antara pusat politik dan pihak kiri.

Di Paris, sejumlah jawatankuasa, datuk bandar, Majlis perwakilan, dan daerah-daerah perseorangan menuntut pihak berkuasa yang bebas dari yang Raja. Kelas menengah Garde Nationale yang juga naik wakilnya di bawah Lafayette juga perlahan-lahan muncul sebagai kekuatan dalam haknya sendiri, begitupun Majlis yang didirikan sendiri lainnya.

Melihat model Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat, pada tanggal 26 Ogos 1789, Majlis mendirikan Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Warganegara. Seperti Deklarasi AS, deklarasi ini terdiri atas pernyataan asas daripada perlembagaan dengan pengaruh rasmi.

Ke arah perlembagaan sunting

Untuk rencana lebih lanjut, lihat Ke arah perlembagaan.

Majlis Konsituante Nasional tidak hanya berfungsi sebagai legislatur, namun juga sebagai badan untuk mengusulkan perlembagaan baru.

Necker, Mounier, Lally-Tollendal, dan lain-lain tidak berhasil mengusulkan sebuah senat, yang anggotanya diangkat oleh raja pada pencalonan rakyat. Sebahagian besar bangsawan mengusulkan Majlis tinggi aristokrat yang dipilih oleh para bangsawan. Kelompok rakyat menyatakan pada hari itu: Perancis akan memiliki Majlis tunggal dan unikameral. Raja hanya memiliki "veto suspensif": ia dapat menunda implementasi undang-undang, namun tidak boleh membatalkannya sama sekali.

Rakyat Paris menghalang usaha kelompok Royalis untuk mencabut undang-undang baru ini: mereka berbaris di Versailles pada tanggal 5 Oktober 1789. Setelah sejumlah perkelahian dan insiden, raja dan keluarga kerajaan merelakan diri dibawa kembali dari Versailles ke Paris.

Majlis itu menggantikan sistem Daerah dengan 83 département, yang diperintah secara seragam dan kurang lebih sedarjat dalam hal luas dan populasi.

Awalnya dipanggil untuk menguruskan krisis kewangan, hingga saat itu Majlis ini memusatkan perhatian pada masalah lain dan hanya memperburuk defisit itu. Mirabeau kini memimpin gerakan itu untuk memusatkan perhatian pada masalah ini, dengan Majlis itu yang memberikan kediktatoran penuh dalam kewangan pada Necker.

Ke arah perlembagaan Sivil Pendeta sunting

Ke tingkatan yang tidak lebih sempit, Majlis itu memusatkan perhatian pada krisis kewangan ini dengan meminta bangsa mengambil alih harta milik gereja (saat menghadapi pengeluaran gereja) melalui undang-undang tanggal 2 Disember 1789. Agar pengagihan sejumlah besar harta benda itu dengan cepat, pemerintah meluncurkan mata wang kertas baru, assignat, didanai dari tanah gereja yang disita.

Legislasi lebih lanjut pada tanggal 13 Februari 1790 menghapuskan janji biara. perlembagaan Sivil Pendeta, yang disahkan pada tanggal 12 Julai 1790 (meski tidak ditandatangani oleh raja pada tanggal 26 Disember 1790), mengubah para pendeta yang tersisa sebagai pegawai negeri dan meminta mereka bersumpah setia pada perlembagaan. perlembagaan Sipil Pendeta juga membuat gereja Katolik sebagai tangan negara sekular.

Menentang legislasi ini, biskop agung Aix dan biskop Clermont memimpin mogok pendeta dari Perhimpunan Tubuh Kebangsaan. Sri Paus tidak pernah menyetujui rencana baru itu, dan hal ini menimbulkan perpecahan antara pendeta yang mengucapkan sumpah yang diminta dan menerima rencana baru itu ("anggota juri" atau "pendeta perlembagaan") dan "bukan anggota juri" atau "pendeta yang keras hati" yang menolak berbuat demikian.

Dari peringatan Bonjour ke kematian Mirabeau sunting

Untuk rencana lebih jelas tentang peristiwa antara 14 Julai 1790 - 30 September 1791, lihat Dari peringatan Bastille ke kematian Mirabeau.

Majlis itu menghapuskan perlengkapan simbolik ancien régime, baringan lapis baja,., yang lebih lanjut mengasingkan bangsawan yang lebih konservatif, dan menambahkan pangkat émigré.

Pada tanggal 14 Julai 1790, dan beberapa hari berikutnya, kerumuman di Champ-de-Mars memperingati jatuhnya Bastille; Talleyrand melakukan sumpah orang ramai untuk "setia pada negara, undang-undang, dan raja"; raja dan keluarga raja ikut serta secara aktif.

Para pemilih awalnya memilih anggota Dewan Jeneral untuk bertugas dalam setahun, namun dengan Sumpah Setia Gelanggang Tenis, commune tersebut telah sepakat bertemu terus menerus hingga Perancis memiliki perlembagaan. Unsur sayap kanan kini mengusulkan pemilu baru, namun Mirabeau menang, menegaskan bahawa status Majlis itu telah berubah secara fundamental, dan tiada pemilu baru yang terjadi sebelum sempurnanya perlembagaan.

Pada akhir 1790, beberapa huru-hara kontrarevolusi kecil-kecilan pecah dan berbagai usaha terjadi untuk mengembalikan semua atau sebagian pasukan pasukan terhadap revolusi yang semuanya gagal. Pengadilan kerajaan, dalam kata-kata François Mignet, "mendorong setiap kegiatan antirevolusi dan tidak diakui lagi."[39][39]

Militer menghadapi sejumlah kerusuhan dalaman: Jeneral Bouillé berhasil memadamkan sebuah pemberontakan kecil, yang meninggikan reputasinya (yang saksama) untuk para simpati kontrarevolusi.

Kod tentera baru, yang dengannya kenaikan pangkat bergantung senioriti dan bukti kompetensi (daripada kebangsawanan) mengubah beberapa pasukan tentera yang ada, yang yang bergabung dengan pangkat émigré atau menjadi kontrarevolusi dari dalam.

Masa ini menyaksikan kebangkitan sejumlah "kelab" politik dalam politik Perancis, yang paling menonjol di antaranya adalah Kelab Jacobin: menurut 1911 Encyclopædia Britannica, 152 kelab berafiliasi dengan Jacobin pada tanggal 10 Ogos 1790. Saat Jacobin menjadi organisasi terkenal, beberapa pendirinya meninggalkannya untuk membentuk Kelab '89. Para royalis awalnya mendirikan Club des Impartiaux yang berumur pendek dan kemudian Club Monarchique. Mereka tidak berhasil mencuba memujuk sokongan rakyat untuk mencari nama dengan membahagi-bahagikan roti; hasilnya, mereka sering menjadi sasaran protes dan malahan huru-hara, dan pemerintah kota Paris akhirnya menutup Club Monarchique pada bulan Januari 1791.

Di tengah-tengah konflik itu, Majlis terus berusaha untuk mengembangkan sebuah perlembagaan. Sebuah organisasi judisial membuat semua hakim sementara dan bebas dari pangkat. Legislator menghapuskan jabatan keturunan, kecuali untuk monarki sendiri. Pengadilan juri dimulai untuk kes-kes kejahatan. Raja akan memiliki kekuasaan khusus untuk mengusulkan perang, kemudian legislator memutuskan apakah perang diumumkan atau tidak. Majlis itu menghapuskan semua penghalang perdagangan dan menghapuskan gilda, ketuanan, dan organisasi pekerja: setiap orang berhak berdagang melalui pembelian surat izin; pemogokan menjadi haram.

Di musim sejuk 1791, untuk pertama kalinya Majlis tersebut mempertimbangkan legislasi terhadap émigré. Debat itu mengadu keamanan negara terhadap kebebasan perorangan untuk pergi. Mirabeau menang atas tindakan itu, yang disebutnya "patutu ditempatkan di kod Drako."[40]

Namun, Mirabeau meninggal pada tanggal 2 Mac 1791. Mignet berkata, "tidak seorang pun yang menyamainya dalam hal kekuatan dan populariti," dan sebelum akhir tahun, Majlis Legislatif yang baru akan mengambil alih ukuran "drako" ini.

Pelarian ke Varennes sunting

Louis XVI, yang ditentang pada masa revolusi, namun menolak bantuan yang kemungkinan berbahaya ke penguasa Eropah lainnya, membuat kesatuan dengan Jeneral Bouillé, yang menyalahkan emigrasi dan Majlis itu, dan menjanjikannya pengungsian dan sokongan di kampnya di Montmedy.

Pada malam 20 Jun 1791, keluarga kerajaan lari ke Tuileries. Namun, keesokan harinya, Raja yang terlalu yakin itu dengan semberono menunjukkan diri. Dikenali dan ditangkap di Varennes (di département Meuse) di akhir 21 Jun, ia kembali ke Paris di bawah pengawalan.

Pétion, Latour-Maubourg, dan Antoine Pierre Joseph Marie Barnave, yang mewakili Majlis, bertemu anggota kerajaan itu di Épernay dan kembali dengan mereka. Dari saat ini, Barnave menjadi penasihat dan pendukung keluarga raja.

Saat sampai di Paris, kerumunan itu tetap hening. Majlis itu untuk sementara menangguhkan sang raja. Ia dan Ratu Marie Antoinette tetap ditempatkan di bawah pengawalan.

Hari-hari terakhir Perhimpunan Tubuh Kebangsaan sunting

Untuk diskusi lebih jelas, silakan lihat Hari-hari terakhir Perhimpunan Tubuh Kebangsaan.

Dengan sebagian besar anggota Majlis yang masih menginginkan monarki perlembagaan daripada republik, sejumlah kelompok itu mencapai kompromi yang membiarkan Louis XVI tidak lebih dari penguasa boneka: baginda terpaksa bersumpah untuk perlembagaan, dan sebuah deklarasi menyatakan bahawa mencabut sumpah, mengepalai tentera untuk mengumumkan perang atas bangsa, atau mengizinkan setiap orang untuk berbuat demikian atas namanya bererti turun tahta secara de facto.

Jacques Pierre Brissot mencadangkan sebuah petisyen, menghukum keras bahawa di mata bangsa, Louis XVI dijatuhkan kerana melarikan diri. Sebuah kerumunan besar berkumpul di Champ-de-Mars untuk menandatangani petisyen itu. Georges Danton dan Camille Desmoulins memberikan pidato berapi-api. Majlis menyerukan pemerintah kota untuk "melestarikan tatanan masyarakat". Garde Nationale di bawah komando Lafayette menghadapi kerumuman itu. Pertama kali para tentera membalas serangan batu dengan menembak ke udara; kerumunan tidak mundur, dan Lafayette memerintahkan orang-orangnya untuk menembak ke kerumunan, menyebabkan pembunuhan sebanyak 50 orang.

Segera setelah pembunuhan itu pemerintah menutup banyak kelab patriot, seperti akhbar radikal seperti L'Ami du Peuple milik Jean-Paul Marat. Danton melarikan diri ke United KIngdom manakala Desmoulins dan Marat pula bersembunyi.

Sementara itu, ancaman baru dari luar muncul: Leopold II, Maharaja Suci Rom, Friedrich Wilhelm II dari Prusia, dan saudara raja Charles-Phillipe, comte d'Artois mengeluarkan Perisytiharan Pilnitz yang menganggap perkara Louis XVI seperti perkara mereka sendiri, meminta pembebasannya secara penuh dan pembubaran Majlis itu, dan menjanjikan serangan ke Perancis atas namanya jika pemerintah revolusi menolak syarat tersebut.

Jika tidak, pernyataan itu secara langsung membahayakan Louis. Orang Perancis tidak mengindahkan perintah penguasa asing itu, dan ancaman ketenteraan hanya menyebabkan lakonan.

Malahan sebelum "Pelarian ke Varennes", para anggota Majlis telah menentukan untuk menghalangi diri dari legislatur yang akan menggantikan mereka, Majlis Legislatif. Kini mereka mengumpulkan sejumlah undang-undang perlembagaan yang telah mereka sahkan ke dalam perlembagaan tunggal, menunjukkan keuletan yang luar biasa dalam memilih untuk tidak menggunakan hal ini sebagai kesempatan untuk revisi utama, dan mengajukannya ke Louis XVI yang dipulihkan saat itu, yang menyetujuinya, menulis "Saya mengajak mempertahankannya di dalam negeri, mempertahankannya dari semua serangan luar; dan menyebabkan pengesahannya yang tentu saja ditempatkan di penyelesaian saya". Raja memuji Majlis dan menerima tepukan tangan gemuruh dari para anggota dan penonton. Majlis mengakhiri masa jabatannya pada tanggal 29 September 1791.

Mignet menulis, "perlembagaan 1791... adalah karya kelas menengah, kemudian yang terkuat; seperti yang diketahui benar, kerana kekuatan yang mendominasi pernah mengambil kepemilikan lembaga itu... Dalam perlembagaan ini rakyat adalah sumber semua, namun tidak melaksanakan apapun." [3]

Majlis Legislatif dan kejatuhan monarki sunting

Majlis Legislatif sunting

Di bawah perlembagaan 1791, Perancis berfungsi sebagai monarki perlembagaan. Raja harus berbahagi kekuasaan dengan Majlis Legislatif yang terpilih, namun ia masih boleh mempertahankan vetonya dan kemampuan memilih menteri.

Majlis Legislatif pertama kali bertemu pada tanggal 1 Oktober 1791, dan jatuh dalam keadaan kacau hingga kurang dari setahun berikutnya. Dalam kata-kata 1911 Encyclopædia Britannica: "Dalam mencuba memerintah, Majlis itu sama sekali gagal. Majlis itu membiarkan kekosongan kewangan, ketidakdisiplinan pasukan dan angkatan laut, dan rakyat yang rosak moralnya oleh huru-hara yang aman dan berhasil."

Majlis Legislatif terdiri atas sekitar 165 anggota Feuillant (monarkis perlembagaan) di sisi kanan, sekitar 330 Girondin (republikan liberal) dan Jacobin (revolusioner radikal) di sisi kiri, dan sekitar 250 wakil yang tidak berafiliasi dengan paksi apapun.

Sejak awal, raja memveto legislasi yang mengancam émigré dengan kematian dan hal itu menyatakan bahawa pendeta bukan-juri harus menghabiskan 8 hari untuk mengucapkan sumpah sivil yang diamanatkan oleh perlembagaan Sivil Pendeta. Lebih dari setahun, ketidaksetujuan atas hal ini akan menimbulkan krisis perlembagaan.

Perang sunting

Politik masa itu membawa Perancis secara tidak terelakkan ke arah perang terhadap Austria dan sekutu-sekutunya. Raja, kelompok Feuillant dan Girondin khususnya menginginkan perang. Raja (dan banyak Feuillant bersamanya) mengharapkan perang akan menaikkan popularitinya; ia juga meramalkan kesempatan untuk memanfaatkan tiap kekalahan: yang hasilnya akan membuatnya lebih kuat. Kelompok Girondin ingin menyebarkan revolusi ke seluruh Eropah. Hanya beberapa Jacobin radikal yang menentang perang, lebih memilih konsolidasi dan mengembangkan revolusi di dalam negeri. Kaisar Austria Leopold II, saudara Marie Antoinette, berharap menghindari perang, namun meninggal pada tanggal 1 Mac 1792.

Perancis menyatakan perang pada Austria (20 April 1792) dan Prusia bergabung di pihak Austria beberapa minggu kemudian. Perang Revolusi Perancis telah dimulai.

Setelah pertempuran kecil awal berlangsung sengit untuk Perancis, pertempuran ketenteraan yang bererti atas perang itu terjadi dengan Pertempuran Valmy yang terjadi antara Perancis dan Prusia (20 September 1792). Meski hujan lebat menghambat resolusi yang menentukan, artileri Perancis membuktikan keunggulannya. Namun, dari masa ini, Perancis menghadapi huru-hara dan monarki telah menjadi masa lalu.

Krisis perlembagaan sunting

Pada malam 10 Ogos 1792, para pengacau, yang didukung oleh kelompok revolusioner baru Komuni Paris, menyerbu Tuileries. Raja dan ratu akhirnya menjadi tahanan dan sidang muktamar Majlis Legislatif menunda monarki: tidak lebih dari sepertiga wakil, hampir semuanya Jacobin.

Akhirnya pemerintahan nasional bergabung pada sokongan commune. Saat commune mengirimkan sejumlah kelompok pembunuh ke penjara untuk menjaga 1400 korban, dan mengalamatkan surat edaran ke kota lain di Perancis untuk mengikuti contoh mereka, Majlis itu hanya boleh melancarkan perlawanan yang lemah. Keadaan ini berlangsung terus menerus hingga Konvensi, yang diminta menulis perlembagaan baru, bertemu pada tanggal 20 September 1792 dan menjadi pemerintahan de facto baru di Perancis. Pada hari berikutnya konvensi itu menghapuskan monarki dan mangisytiharkan pembentukan suatu republik. Tanggal ini kemudian digunapakai sebagai titik mula Tahun Satu dalam pengiraan takwim khusus Revolusi Perancis.

Konvensi sunting

Kuasa legislatif di republik baru jatuh ke Konvensi, sedangkan kekuasaan eksekutif jatuh ke sisanya di Komite Keamanan Umum. Kaum Girondin pun menjadi partai paling berpengaruh dalam konvensi dan komite itu.

Dalam Manifesto Brunswick, tentara kerajaan dan Prusia mengancam pembalasan ke penduduk Perancis jika hal itu menghambat langkah majunya atau dikembalikannya monarki. Sebagai akibatnya, Raja Louis dipandang berkonspirasi dengan musuh-musuh Perancis. 17 Januari 1793 menyaksikan tuntutan mati kepada Raja Louis untuk "konspirasi terhadap kebebasan publik dan keamanan umum" oleh mayoritas lemah di konvensi. Eksekusi tanggal 21 Januari menimbulkan banyak perang dengan negara Eropa lainnya. Permaisuri Louis yang kelahiran Austria, Marie Antoinette, menyusulnya ke guillotine pada tanggal 16 Oktober.

Saat perang bertambah sengit, harga naik dan sans-culottes (buruh miskin dan Jacobin radikal) memberontak; kegiatan kontrarevolusi mulai bermunculan di beberapa kawasan. Hal ini mendorong kelompok Jacobin merebut kekuasaan melalui kup parlemen, yang ditunggangi oleh kekuatan yang didapatkan dengan menggerakkan dukungan publik terhadap faksi Girondin, dan dengan memanfaatkan kekuatan khayalak sans-culottes Paris. Kemudian persekutuan Jacobin dan unsur-unsur sans-culottes menjadi pusat yang efektif bagi pemerintahan baru. Kebijakan menjadi agak lebih radikal.

 
Gilotin, senjata utama menghukum mati antara 18,000-40,000 nyawa selama Pemerintahan Ganas

Jawatankuasa Keselamatan Awam berada di bawah kendali Maximilien Robespierre, dan Jacobin melepaskan tali Pemerintahan Ganas (1793-1794). Setidaknya 1200 jiwa menemui kematiannya dengan gilotin dsb; setelah tuduhan kontrarevolusi. Gambaran yang sedikit saja atas pikiran atau kegiatan kontrarevolusi (atau, pada kasus Jacques Hébert, semangat revolusi yang melebihi semangat kekuasaan) bisa menyebabkan seseorang dicurigai, dan pengadilan tidak berjalan dengan teliti.

Pada tahun 1794 Robespierre memerintahkan tokoh-tokoh Jacobin yang ultraradikal dan moderat dieksekusi; namun, sebagai akibatnya, dukungan rakyat terhadapnya terkikis sama sekali. Pada tanggal 27 Juli 1794, orang-orang Perancis memberontak terhadap Pemerintahan Teror yang sudah kelewatan dalam Reaksi Thermidor, yang menyebabkan anggota sidang yang moderat menjatuhkan hukuman mati buat Robespierre dan beberapa anggota terkemuka lainnya di Komite Keamanan Publik. Pemerintahan baru itu sebagian besar tersusun atas Girondis yang lolos dari keganasan, dan setelah mengambil kekuasaan menuntut balas dengan penyeksaan yang juga dilakukan terhadap Jacobin yang telah membantu menjatuhkan Robespierre, melarang Klub Jacobin, dan menghukum mati sejumlah besar bekas anggotanya pada apa yang disebut sebagai Teror Putih.

Sidang menyetujui "perlembagaan Tahun III" yang baru pada tanggal 17 Agustus 1795; sebuah plebisit meratifikasinya pada bulan September; dan mulai berpengaruh pada tanggal 26 September 1795.

Direktorat sunting

perlembagaan baru itu melantik Directoire (bahasa Indonesia: Direktorat) dan menciptakan legislatur bikameral pertama dalam sejarah Perancis. Parlemen ini terdiri atas 500 perwakilan (Conseil des Cinq-Cents/Dewan Lima Ratus) dan 250 senator (Conseil des Anciens/Dewan Senior). Kuasa eksekutif dipindahkan ke 5 "direktur" itu, dipilih tahunan oleh Conseil des Anciens dari daftar yang diberikan oleh Conseil des Cinq-Cents.

Régime baru bertemu dengan oposisi dari Jacobin dan royalis yang tersisa. Pasukan meredam pemberontakan dan kegiatan kontrarevolusi. Dengan cara ini pasukan tersebut dan jenderalnya yang berhasil, Napoleon Bonaparte memperoleh lebih banyak kekuasaan.

Pada tanggal 9 November 1799 (18 Brumaire dari Tahun VIII) Napoleon mengadakan kup yang melantik Konsulat; secara efektif hal ini memulakan kediktatorannya dan akhirnya (1804) pernyataannya sebagai kaisar, yang membawa mendekati fasa republikan spesifik pada masa Revolusi Perancis.

Kesan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Frey, hal. 3
  2. ^ "France's Financial Crisis: 1783–1788". Dicapai pada 26 October 2008.
  3. ^ a b c Hibbert, hal. 35, 36
  4. ^ Frey, hal. 2
  5. ^ Doyle, The French Revolution: A very short introduction, hal. 34
  6. ^ Doyle 2003, hal. 93
  7. ^ a b Frey, hal. 4, 5
  8. ^ a b c Doyle 2001, hal. 38
  9. ^ Doyle 1989, hal.89
  10. ^ a b c Neely, hal. 56
  11. ^ a b Hibbert, hal.42–45
  12. ^ a b Neely, hal. 63, 65
  13. ^ Furet, hal. 45
  14. ^ Hibbert, hal. 54
  15. ^ Schama 2004, hal.300–301
  16. ^ John Hall Stewart. A Documentary Survey of the French Revolution. New York: Macmillan, 1951, hal. 86.
  17. ^ Schama 2004, hal.303
  18. ^ a b Schama 2004, hal.312
  19. ^ Schama 2004, hal.317
  20. ^ Schama 2004, hal.331
  21. ^ Schama 2004, hal.344
  22. ^ Schama 2004, hal.357
  23. ^ Schama 2004, hal.248
  24. ^ Lefebvre, hal.187–188.
  25. ^ Hibbert, 93
  26. ^ Doyle 1989, hal.121
  27. ^ Doyle 1989, hal.122
  28. ^ a b Censer and Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution, 4.
  29. ^ Censer and Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution, 16.
  30. ^ John McManners, The French Revolution and the Church, 5.
  31. ^ John McManners, The French Revolution and the Church, 50, 4.
  32. ^ National Assembly legislation cited in John McManners, The French Revolution and the Church, 27.
  33. ^ John McManners, The French Revolution and the Church, 27.
  34. ^ a b Censer and Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution, 61.
  35. ^ Emmet Kennedy, A Cultural History of the French Revolution, 148.
  36. ^ a b Censer and Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution, 92.
  37. ^ Emmet Kennedy, A Cultural History of the French Revolution, 151.
  38. ^ Censer and Hunt, Liberty, Equality, Fraternity: Exploring the French Revolution, 92–94.
  39. ^ a b [1]
  40. ^ [2]
Sumber utama

Pautan luar sunting