Richard I dari England

Raja Richard I (8 September 1157 – 6 April 1199) merupakan Raja England dari 6 Julai 1189 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda juga memerintah sebagai Duke Normandy, Aquitaine dan Gascony, Lord Cyprus, Count Poitiers, Anjou, Maine dan Nantes dan Dipertuan Brittany pada pelbagai masa dalam tempoh yang sama. Baginda merupakan paduka putera yang ketiga daripada lima putera Raja Henry II dari England dan Duchess Eleanor dari Aquitaine. Baginda dikenali sebagai Richard Cœur de Lion atau Richard si Hati Singa disebabkan kemasyhuran baginda sebagai seorang pemimpin tentera dan pahlawan yang hebat.[1] Baginda juga dikenali dalam bahasa Occitan sebagai Oc e No (Ya dan Tidak), disebabkan oleh kemasyhurannya dalam bersifat lemah lembut.[2]

Richard I
Patung ukiran (kira-kira tahun 1199) Raja Richard I di Gereja Fontevraud, Anjou
Raja England (lagi..)
Pemerintahan6 Julai 1189 – 6 April 1199
Kemahkotaan3 September 1189
Didahului olehRaja Henry II
Diikuti olehRaja John
Pemangku rajaPermaisuri Eleanor; William de Longchamp (Perang Salib Ketiga)
Keputeraan(1157-09-08)8 September 1157
Istana Beaumont, Oxford, England
Kemangkatan6 April 1199(1199-04-06) (umur 41)
Châlus, Duci Aquitaine
(kini di Limousin, Perancis)
PemakamanGereja Fontevraud, Anjou, Perancis
Raja permaisuriPermaisuri Berengaria
AnakandaPutera Philip (anakanda luar nikah)
KerabatPlantagenet / Angevin[nb 1]
AyahandaRaja Henry II
BondaPermaisuri Eleanor
AgamaGereja Roman Katolik
Keluarga Diraja Inggeris
Keluarga Diraja Plantagenet
Fail:England-Richard-I-Arms.svg
Henry II
Putera-puteri
   William, Count Poitiers
   Henry, Count Anjou
   Richard I si Hati Singa
   Geoffrey II, Duke Brittany
   John
   Matilda, Duchess Saxony
   Leonora, Permaisuri Castile
   Joan, Permaisuri Sicily
Richard I

Menjelang usia 16 tahun, Raja Richard telah bertitah memerintah tentera baginda sendiri untuk menghentikan pemberontakan di Poitou menentang ayahanda baginda.[1] Raja Richard merupakan komander Kristian yang utama ketika Perang Salib Ketiga, memimpin kempen ketenteraan setelah keberangkatan Raja Philip II dari Perancis dan memperoleh kemenangan yang besar menentang rakan sejawat baginda yang beragama Islam, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, walaupun baginda tidak menawan semula Baitulmaqdis dari Sultan Salahuddin al-Ayyubi.[3]

Kerabat sunting

Putera sah yang ketiga kepada Raja Henry II dari England, Richard tidak pernah dijangka akan naik takhta. Baginda dianggap secara umum sebagai putera kesayangan bondanya, Eleanor dari Aquitaine. Richard merupakan:

Kehidupan awal sunting

Walaupun diputerakan di Istana Beaumont, Oxford, England, Raja Richard I dianggap sebagai seorang Perancis, seperti dengan kebanyakan Kerabat Diraja pada masa itu. Apabila bonda dan ayahanda baginda berpisah, baginda diletakkan di bawah jagaan Eleanor, dan tinggal di ducinya di Aquitaine pada tahun 1168, dan Poitiers pada tahun 1172. Sementara itu, kakanda tertuanya yang masih hidup, Henry si Raja yang Muda, dimahkotai sebagai pewaris ayahandanya. Richard dan adinda lelakinya belajar cara mempertahankan harta mereka sejak masa remaja lagi.

Selain daripada merupakan seorang yang berpelajaran dan yang boleh menggubah puisi dalam bahasa Perancis dan bahasa Occitan, Raja Richard I dikatakan merupakan seorang lelaki yang amat menarik; warna rambutnya antara merah dan perang muda, matanya berwarna muda, dengan kulit yang cerah. Baginda juga dikatakan mempunyai ketinggian yang lebih daripada sederhana tetapi oleh sebab tulangnya telah hilang sejak Revolusi Perancis, tingginya yang tepat tidak dapat diketahui. Berat badannya kelihatan berlebihan pada akhir hayatnya.

Raja Richard seronok dengan kegiatan tentera. Sejak masa kecil lagi, baginda kelihatan mempunyai setakat keupayaan politik dan ketenteraan, dan terkenal untuk kesateriaan dan keberaniannya. Tidak lama kemudian, baginda sudah menguasai orang-orang bangsawan yang tidak mudah dikawal di wilayahnya. Seperti dengan abang adiknya, Richard mempunyai rasa hormat yang terhad terhadap ayahandanya, dan tidak mempunyai pandangan jauh serta rasa tanggungjawab.

Pemberontakan terhadap Henry II sunting

Pada tahun 1170, Henry si Raja yang Muda, kakanda Raja Richard, dimahkotai sebagai raja bersama England, dengan gelaran Raja Henry III. Para sejarawan menggelarkan baginda sebagai "si Raja yang Muda" supaya tidak mengelirukan dengan raja senama yang kemudian dan yang merupakan anakanda saudara lelakinya. Pada tahun 1173, Richard menyertai kakanda-adindanya, Henry dan Geoffrey, Duke Brittany, dalam pemberontakan untuk menggulingkan ayahanda mereka dan meninggalkan si Raja yang Muda sebagai raja tunggal England. Henry II menyerang Aquitaine buat dua kali. Richard yang berumur 17 tahun merupakan adik-beradik terakhir yang masih menentang ayahanda mereka; bagaimanapun pada akhirnya, Richard enggan bertemu muka dengan ayahandanya untuk pertempuran, dan kemudian meminta ampun dengan rendah hati. Pada tahun 1174, selepas keakhiran pemberontakan yang gagal itu, Raja Richard mengangkat sumpah baru bahawa baginda akan menurut perintah ayahandanya.

Richard mempunyai banyak alasan utama untuk berasa tidak puas hati dengan ayahandanya. Pertama sekali ialah keengganan Henry untuk membenarkan Richard sebarang kuasa yang benar atau kewangan, walaupun dirayu berkali-kali. Walaupun ditenangkan dengan gelaran-gelaran seperti Count Poitou, Richard hendak lebih lagi dan Henry kelihatan enggan memberi lebih sumber kepada mana-mana satu puteranya yang boleh digunakan untuk menentang diri, dengan alasan yang amat munasabah untuk berbuat demikian. Kedua, Henry telah mencedok Puteri Alys, tunang Richard, sebagai perempuan simpanannya. Alys ialah puteri kepada Raja Louis VII dari Perancis oleh raja permaisuri kedua. Ini menyebabkan perkahwinan antara Raja Richard dan Alys mustahil berdasarkan alasan-alasan teknik – sekurang-kurangnya dari segi gereja, tetapi Henry yang tidak ingin mengakibatkan satu kejadian diplomatik, berdalih dan tidak mengaku kesalahannya. Bagaimanapun, Raja Richard tidak digalakkan menolak Alys kerana Alys merupakan adinda perempuan kepada Raja Philip II dari Perancis, satu sekutu yang rapat.

Selepas kegagalan untuk menggulingkan ayahandanya, Raja Richard menumpukan perhatian kepada penumpasan pemberontakan-pemberontakan dalaman oleh ahli-ahli bangsawan Aquitaine yang tidak puas hati, khususnya di wilayah Gascony. Kekejaman pemerintahannya yang semakin bertambah mengakibatkan pemberontakan yang utama di Gascony pada tahun 1179. Pemberontak-pemberontak mengharapkan penggulingan Richard dan meminta Henry dan Geoffrey, adik-beradik Richard, supaya membantu mereka berjaya.

Titik perubahan dalam pemberontakan terhadap Richard berlaku di Lembah Charente pada musim luruh 1179. Kubu Taillebourg yang terletak di sana amat kukuh sehingga dibiarkan oleh pemerintah-pemerintah Aquitaine yang dahulu kerana dianggap tidak dapat ditawan. Kastil itu dikelilingi oleh cenuram pada tiga tepinya, dan pada tepi keempat terletak sebuah bandar yang mempunyai dinding tiga lapisan. Pada mula-mulanya, Raja Richard memusnahkan dan menjarah ladang-ladang dan tanah-tanah di sekeliling kubu, dan menyebabkan kubu itu tidak mempunyai sebarang tenaga bantuan atau kawasan-kawasan di luar kubu. Penduduk-penduduk di dalam kubu itu amat takut akan Raja Richard pada saat itu sehingga mereka meninggalkan kastil yang selamat untuk menyerang Richard di luar dinding kubu. Richard dapat menewaskan angkatan tentera pertahananan itu dan kemudian mengikut mereka ke dalam kubu. Dengan mudahnya, Raja Richard mengambil alih kastil itu dalam tempoh dua hari. Kemenangan Raja Richard di Taillebourg adalah penting atas dua sebab. Pertama, banyak baron yang ingin memberontak terhadap Raja Richard membatalkan rancangan masing-masing, dan mengisytiharkan taat setia kepadanya. Kedua, Richard mencapai reputasi sebagai seorang komander tentera yang mahir, dengan reputasi itu mengikut seumur hidupnya.

Pada tahun 1181-1182, Raja Richard menghadapi lagi satu pemberontakan, kini mengenai pewarisan kaunti Angouleme. Penentang-penentangnya meminta bantuan daripada Philip II dari Perancis, dan pertempuran itu kemudian merebak ke seluruh Limousin dan Perigord. Raja Richard dituduh melakukan banyak perbuatan kekejaman terhadap orang-orang taklukannya, termasuk rogol: "Baginda melarikan isteri-isteri, serta anak-anak dan saudara-saudara perempuan orang bebasnya, dan menjadikan mereka gundik-gundik sendiri; dan selepas baginda telah melenyapkan rasa berahinya terhadap mereka, baginda menyerahkan mereka itu kepada askar-askarnya untuk pelacuran." [4] Bagaimanapun, dengan sokongan daripada ayahandanya dan si Raja yang Muda, Richard berjaya menewaskan Viscount Aimar V dari Limoges dan Count Elie dari Perigord.

Selepas Raja Richard menewaskan baron-baronnya yang memberontak, baginda sekali lagi mencabar takhta ayahandanya. Dari tahun 1180 hingga 1183, ketegangan antara Henry dan Richard bertambah kerana Raja Henry menitahkan Richard memberikan penghormatan kepada Henry si Raja yang Muda, pewaris raja Inggeris, tetapi Richard enggan berbuat sedemikian. Akhirnya pada tahun 1183, Henry si Raja yang Muda bersama-sama dengan Geoffrey, Duke Brittany, menyerang Aquitaine dalam sebuah percubaan untuk menewaskan Richard. Baron-baron Richard mengambil peluang dalam pergaduhan ini untuk masuk campur dan menentang Duke mereka. Bagaimanapun, Richard dan tenteranya dapat menahan angkatan-angkatan tersebut dan dengan kejam, membunuh setiap tawanan perangnya. Pertempuran itu berhenti sekejap pada bulan Jun 1183 apabila Putera Henry meninggal dunia. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Henry II memberikan John Lackland kebenaran untuk menyerang Aquitaine sebagai pengganti untuk mendiang Putera Henry. Dengan kematian Putera Henry, Richard kini merupakan putera tertua dan pewaris raja Inggeris, tetapi pertempuran antara Richard and Henry II masih diteruskan.

Pada tahun 1188, Henry II merancang untuk menyerahkan Aquitaine kepada anak sulungnya, John Lackland yang kemudian menjadi Raja John dari England. Pada tahun yang lalu, Richard telah bersekutu dengan Phillip II untuk mengukuhkan kedudukan sendiri. Philip II merupakan anak bekas suami Eleanor, Louis VII, oleh isteri ketiga, Adele dari Champagne. Roger dari Hoveden menulis mengenai kejadian-kejadian ini:

"Selepas keamanan dicapai, Richard, earl Poitou, tinggal dengan raja Perancis, walaupun bertentangan dengan keinginan ayahandanya. Raja Perancis sangat menghormati Richard sehingga setiap hari, mereka makan daripada meja yang sama dan dengan hidangan berkongsi dan pada malam, tidak tidur di dalam bilik-bilik yang berasingan. Disebabkan hubungan yang amat rapat ini yang kelihatan telah muncul antara mereka, raja England berasa amat hairan dan tertanya-tanya tentang maksudnya. [Raja England] juga mengambil langkah-langkah mencegah untuk masa depan, dan kerap menghantar utusan ke Perancis untuk tujuan memanggil pulang Richard, anaknya; Richard yang berpura-pura berkecenderungan untuk keamanan dan bersedia untuk kembali ke ayahandanya, pergi ke Chinon, dan walaupun terdapat orang yang ditugaskan untuk menjaga [istana Henry II] itu, melarikan sebahagian besar harta karun ayahandanya, dan mengubui kastil-kastilnya di Poitou dengan kekayaannya itu, serta enggan berjumpa dengan ayahandanya." [5]

(Banyak sejarawan telah mentafsirkan keratan ini sebagai membayangkan keintiman homoseksual. Berkongsi katil pada Zaman Pertengahan tidak semestinya mempunyai implikasi hubungan jenis, tetapi keratan ini telah mempengaruhi teori-teori moden bahawa Richard and Philip merupakan pasangan kekasih. Terdapat juga kilasan-kilasan kepada buku Samuel yang menggambarkan Jonathan dan David dalam keratan ini, tetapi politik perhubungan merupakan tumpuan Hoveden yang utama.)

Sebagai pertukaran untuk bantuan Philip terhadap ayahandanya, Richard berjanji untuk menyerahkan haknya untuk kedua-dua Normandy dan Anjou kepada Philip. Richard memberikan penghormatan kepada Philip pada tahun yang sama. Pada tahun 1189, Richard mencuba merampas takhta England untuk diri sendiri melalui penyertaan ekspedisi Philip terhadap ayahandanya. Pada 4 Julai 1189, angkatan-angkatan tentera Richard dan Philip menewaskan angkatan tentera Henry di Ballans. Dengan persetujuan John, Henry bersetuju untuk menamakan Richard sebagai pewarisnya. Henry II mangkat pada 6 Julai 1189 di Chinon, dan Richard I mewarisi ayahandanya sebagai Raja England, Duke Normandy, dan Count Anjou. Baginda di mahkotai secara rasmi sebagai duke pada 20 Julai, dan sebagai raja Westminster pada 3 September 1189.

Leluhur sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b Turner & Heiser 2000, halaman 71
  2. ^ Gillingham, John, 'Richard the Lionheart', p.243, Weidenfeld and Nicolson 1978.
  3. ^ Addison 1842, halaman 141–149.
  4. ^ Benedict dari Peterborough (attr.), Gesta Henrici II, Jilid 1, m.s. 292
  5. ^ The Annals of Roger of Hoveden, jilid 2, terjemahan oleh Henry T. Riley, London, 1853
  1. ^ Para sejarawan berbelah bahagi apabila memilih antara "Plantagenet" dan "Angevin" untuk merujuk kepada Raja Henry II dan putera-putera baginda. Beberapa sejarawan mengelaskan Raja Henry II sebagai Raja England Plantagenet yang pertama; ada sejarawan lain merujuk Raja Henry, Richard dan John dalam dinasti Angevin dan menganggap Raja Henry III sebagai pemerintah Plantagenet yang pertama.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Raja Richard si Hati Singa
Tarikh keputeraan: 8 September 1157 Tarikh kemangkatan: 6 April 1199
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Permaisuri Eleanor dan Raja Henry I
Duke Aquitaine
1172–1199
bersama Permaisuri Eleanor
Diikuti oleh:
Permaisuri Eleanor dan Raja John
Didahului oleh
Raja Henry II
Count Maine
1186–1199
Diikuti oleh:
Raja John
Raja England
Duke Normandy

1189–1199
Count Anjou
1189–1199
Diikuti oleh:
Arthur I
                              Raja England
something Alfred • Edward si Lebih Tua • Ælfweard • Athelstan • Edmund I • Edred • Edwy • Edgar I • Edward si Korban • Ethelred • Sweyn I* • Edmund II • Canute* • Harthacanute* • Harold I • Edward si Pengaku • Harold II • Edgar II • William I • William II • Henry I • Stephen • Matilda • Henry II • Richard I • John • Henry III • Edward I • Edward II • Edward III • Richard II • Henry IV • Henry V • Henry VI • Edward IV • Edward V • Richard III • Henry VII • Henry VIII • Edward VI • (Lady Jane Grey) • Mary I • Elizabeth I • James I§ • Charles I§ • Tempoh Peralihan • Charles II§ • James II§ • William III§ dan Mary II§ (sebagai raja bersama William & Mary) • William III§ (pemerintahan diri) • Anne‡KING CHARLES II TO ABIYYU.§
 
Bendera England
* juga Raja Denmark • juga Raja Norway • juga Raja Ireland • § juga Raja Scotland • juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe