Senarai Opera Giuseppe Verdi

Oberto, Conte di San Bonifacio (1839)
Un giorno di regno (1840)
Nabucco (1842)
I Lombardi alla prima crociata (1843)
Ernani (1844)
I due Foscari (1844)
Giovanna d'Arco (1845)
Alzira (1845)
Attila (1846)
Macbeth (1847)
I masnadieri (1847)
Jérusalem (1847)
Il corsaro (1848)
La battaglia di Legnano (1849)
Luisa Miller (1849)
Stiffelio (1850)
Rigoletto (1851)
Il trovatore (1853)
La traviata (1853)
Les vêpres siciliennes (1855)
Simón Bocanegra (1857)
Aroldo (1857)
Un ballo in maschera (1859)
La forza del destino (1862)
Don Carlos (1867)
Aida (1871)
Otello (1887)
Falstaff (1893)

Rigoletto ialah opera tiga babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Francesco Maria Piave berdasarkan lakonan pementasan Le roi s'amuse oleh Victor Hugo. Persembahan pertama opera ini dibuat di Teatro la Fenice di Venice pada Mac 11, 1851. Menurut perangkaan Persatuan Opera Amerika, Rigoletto adalah opera di tempat ke-9 paling kerap dimainkan di utara Amerika[1].

Latar belakang sunting

Verdi telah diminta oleh Teatro la Fenice di Venice untuk membuat satu opera baru untuk dimainkan di situ. Pada ketika itu, Verdi telah pun terkenal dan sebagai penggubah yang dikenali ramai, beliau diberi kebebasan untuk memilih kerjaseni yang beliau gemari.

Beliau menyuruh Piave (yang telah membantunya untuk opera–opera sebelum ini seperti Ernani, I due Foscari, Macbeth, Il corsaro dan Stiffelio) untuk mengkaji lakonan pementasan Kean oleh Alexandre Dumas. Verdi kemudiannya berubah fikiran dan bercadang untuk mencari satu cerita yang lebih bertenaga untuk opera barunya.

Tidak lama kemudian, Verdi terjumpa kerjaseni Victor Hugo yang bertajuk Le roi s'amuse. Menurut beliau hasil kerja ini mengandungi kekuatan posisi yang amat padu ... Tema cerita ini amat menarik, menggambarkan sesuatu yang besar dan mempunyai gaya. Ini adalah ciptaan terpenting untuk semua jenis bangsa dan lapisan umur".

Pada hakikatnya, pemilihan opera tersebut merupkan isu kontroversi yang mana penulis kerja ini, Victor Hugo, telah menghadapi masalah dengan lembaga penapisan drama di Perancis. Lakonan pementasan beliau telah diharamkan selepas persembahan pertama yang dibuat hampir 20 tahun yang lalu (dan bersambung untuk 30 tahun lagi). Itali yang ketika itu berada di bawah Austria, negara yang mempunyai undang-undang penapisan drama yang ketat, menambahkan kesulitan untuk Verdi.

Dari awal lagi Verdi dan Paive sudah tahu risiko pembikinan opera ini. Sepucuk surat tulisan Verdi kepada Piave dijumpai berbunyi “Pergi ke bandar dan carikan seorang yang berpengaruh untuk memberi kelulusan agar opera Le Roi s'amuse boleh dibuat". Surat menyurat antara Verdi dan Piave menunjukkan betapa usaha mereka untuk menjayakan opera ini; namun mereka memandang rendah kuasa dan objektif negara Austria. Walaupun telah mendapat janji dari setiausaha daerah La Fenice, Guglielmo Brenna bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah, namun mereka anggapan mereka adalah salah.

Pada awal musim panas pada tahun 1850, desas desus mula kedengaran bahawa “Lembaga Penapisan Austria” akan mengharamkan persembahan ini. Opera itu dianggap sebagai penghinaan kepada keluarga diraja yang penuh adegan skandal ; dan tidak akan mendapat kelulusan untuk dipersembahkan di Venice.

Pada bulan Ogos tahun yang sama, Verdi dan Piave secara senyap pergi ke Busseto, kampung halaman Verdi untuk meneruskan penggubahan dan menyediakan surat pembelaan. Surat itu kemudiannya dihantar kepada Teatro la Fenice untuk meyakinkan bahawa isu-isu penapisan adalah tidak berasas dan memandangkan masa sudah suntuk, tidak banyak lagi yang boleh dilakukan. Kerjaseni ini secara rahsia dikenali sebagai The Malediction (atau Sumpahan). Nama tidak rasmi ini juga digunakan oleh pengawai penapisan Austria, De Gorzkowski yang mendapat tahu dari sumber perisikannya.

Piave cuba menukar sedikit sebanyak isi kandungan libreto opera tersebut dan meletakkan beberapa kerjasani dari opera lain yang berjudul Il Duca di Vendome. Verdi tidak bersetuju dengan perubahan tersebut dan tetap mahu berbincang dengan lembaga penapisan Austria. Setelah perbincangan demi perbincangan, akhirnya kesemua pihak bersetuju dengan isi kandungan opera tersebut dengan syarat, lokasi tempat cerita yang asalnya berlaku di istana Perancis ditukar ke rumah bangsawan Perancis atau Itali. (Bermakna, cerita ini tidak menghina atau menceritakan skandal diraja tetapi mengenai orang bangsawan)

Babak di mana raja tersebut berehat di bilik tidur Gilda dipadam dan bahagian “The Duke” melawat Gilda dilebih-lebihkan untuk menjadikannya lebih menarik. Nama pelawak “ Triboulet”, ditukar kepada “Rigoletto” (bahasa Perancis bermaksud “kelakar”) dan nama opera juga ditukar kepada “Rigoletto”. Untuk persembahan pembukaan, Felice Varesi melakonkan watak “ Rigoletto”, penyanyi tenor muda Raffaele Mirate melakonkan watak “The Duke” dan Teresina Brambilla sebagai “Gilda”. Verdi sebenarnya lebih mengemari Teresa De Giuli Bors, seorang soprano yang amat terkenal dari keluarga penyanyi dan pemuzik.

Persembahan pembukaan mendapat kejayaan yang cemerlang, dan keesokan harinya aria nyanyian “The Duke” , "La donna è mobile", kedengaran dinyanyikan oleh ramai orang di jalanan. Untuk mengurangkan risiko dari penciplak, Verdi memaksa penyanyi dan pemuziknya bersumpah untuk tidak memberitahu apa-apa kepada orang luar sebelum malam persembahan. Pelakon watak “The Duke”, Mirate dipaksa bersumpah agar beliau tidak akan menyanyi dan bersiul melodi lagu itu. Beliau berpeluang berlatih menyanyikan "La donna è mobile" hanya beberapa malam sebelum persembahan itu. Anak perempuan kepada Felice Varesi (pelakon watak “Rigoletto”) berkata, bapanya betul-betul terasa tidak selesa memakai “false hump” (sebahagian dari pakaian badut) dan menjadi panik apabila tiba bahagian beliau untuk beraksi di atas pentas. Verdi menyedari Varesi kaku di tepi tabir and menolak beliau ke pentas. Ini menyebabkan beliau hampir terjatuh ketika muncul di atas pentas. Penonton ketawa dan terhibur kerana menyangkakan bahawa itu adalah sebahagian dari aksi lakonan beliau.

 
Giuseppe Verdi, oleh Giovanni Boldini, 1886 (Galeri Nasional Seni Moden, Rom)

Peranan sunting

Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Mac 11, 1851 [2]
(Konduktor: - )
Rigoletto, badut untuk Duke dari Mantua bariton Felice Varesi
Gilda, anak perempuan Rigoletto soprano Teresa Brambilla
Duke dari Mantua tenor Raffaelle Mirate
Sparafucile, pembunuh upahan bes Paolo Damini
Maddalena, kakak Sparafucile kontralto Annetta Casaloni
Giovanna, jururawat untuk Gilda mezzo-soprano Laura Saini
Count Ceprano bes Andrea Bellini
Countess Ceprano, isteri Count Ceprano mezzo-soprano Luigia Morselli
Matteo Borsa, seorang bangsawan tenor Angelo Zuliani
Count Monterone bariton Feliciano Ponz
Marullo bariton Francesco De Kunnerth
Pembantu untuk Count bes Giovanni Rizzi
Pembuat pengumuman mezzo-soprano

Plot sunting

Tempat: Mantua dan tempat yang berhampiran.
Masa: Kurun ke-16.

Aria-aria terkenal sunting

  • "Questa o quella" - Duke dari Mantua dalam babak I, Adegan I
  • "Pari siamo!" (Kita adalah sama) - Rigoletto dalam babak I, Adegan II
  • "Figlia! Mio padre!" (Anakku! Ayahku!) - Rigoletto & Gilda dalam babak I, Adegan II
  • "Gualtier Maldè! ... Caro nome" (Wahai nama) - Gilda dalam babak I, Adegan II
  • "Ella mi fu rapita!" (Dia dicuri dariku!) - Duke dari Mantua dalam babak II, Adegan I
  • "Parmi veder le lagrime" - Duke dari Mantua dalam babak II, Adegan I
  • "Possente amor mi chiama" - Duke dari Mantua dalam babak II, Adegan I
  • "Cortigiani, vil razza dannata" - Rigoletto dalam babak II, Adegan I
  • "Tutte le feste al tempio" - Gilda dalam babak II, Adegan I
  • "La donna è mobile" (Wanita tidak berpendirian tetap) - Duke dari Mantua dalam babak III, Adegan 1
  • "Un dì, se ben rammentomi ... Bella figlia dell'amore" (Cinta seorang anak yang jelita) - Duca, Rigoletto, Gilda & Maddalena dalam babak III, Adegan I
  • "V'ho ingannato" - Rigoletto & Gilda dalam babak III, Adegan I

Rakaman terpilih sunting

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Media sunting

Tahun Penyanyi-pelakon
(Duke dari Mantua, Rigoletto, Gilda)
Konduktor,
rumah opera dan orkestra
Label
1955 Giuseppe di Stefano,
Tito Gobbi,
Maria Callas,
Nicola Zaccaria,
Adriana Lazzarini
Tullio Serafin,
Teatro alla Scala orchestra and chorus
CD audio (mono): EMI
Kat: 747469
1971 Luciano Pavarotti,
Sherrill Milnes,
Joan Sutherland,
Martti Talvela,
Huguette Tourangeau
Richard Bonynge,
London Symphony Orchestra
Ambrosian Opera Chorus
CD audio : London
Kat: 414-269-2
1977 Plácido Domingo,
Cornell MacNeil,
Ileana Cotrubas,
Justino Díaz,
Isola Jones
James Levine,
Metropolitan Opera orchestra and chorus
DVD: Deutsche Grammophon
Cat: 00440 073 0930
1982 Luciano Pavarotti,
Ingvar Wixell,
Edita Gruberova,
Ferruccio Furlanetto
Victoria Vergara
Riccardo Chailly,
Wiener Philharmoniker
Konzertvereinigung Wiener Staatsopernchor
DVD: Deutsche Grammophon
Kat: 00440 073 4166
DVD: Decca Records
Kat: 071401

Rujukan sunting

  1. ^ "Top 20 dari OPERA Amerika". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-13. Dicapai pada 2007-09-28.
  2. ^ Senarai penyanyi-pelakon dari Budden, Julian: The Operas of Verdi (Cassell), vol 1, ms. 476.

Buku rujukan sunting

  • The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921

Pautan luar sunting