Rikuzentakata, Iwate

Rikuzentakata (Jepun: 陸前高田市, Hepburn: Rikuzentakata-shi) ialah sebuah bandar di Iwate, Jepun. Bandar ini ditubuhkan pada 1 Januari 1955, tetapi dibinasakan oleh gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.

Rikuzentakata
陸前高田市
Bandar
Bendera Rikuzentakata
Lokasi Rikuzentakata di Iwate
Lokasi Rikuzentakata di Iwate
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahIwate
Keluasan
 • Jumlah232.29 km2 (89.69 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah23,302
 • Kepadatan100/km2 (300/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokCryptomeria
- BungaCamellia
- BurungLarus canus
Nombor telefon0192-54-2111
Alamat110 aza Tatenooki, Takatachō, Rikuzentakata-shi, Iwate-ken
029-2292
Laman sesawangRikuzentakata City


Sejarah sunting

Gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011 sunting

 
Sebuah trak tersadai di atas sebuah bangunan di Rikuzentakata akibat dihanyutkan tsunami
 
Satu-satunya pokok pain yang terselamat daripada tsunami di Rikuzentakata dan digelar "Pokok Pain Ajaib" (奇跡の一本松, Kiseki no Ippai Matsu) oleh penduduk tempatan

Rikuzentakata dilaporkan telah "terpadam dari peta" akibat tsunami yang menyusuli gempa bumi Tōhoku.[1] Menurut pihak polis, setiap bangunan yang lebih rendah daripada tiga tingkat dilimpahi air bah sepenuhnya,[2] manakala bangunan yang lebih tinggi daripada itu dibanjiri separa, termasuk dewan bandar di mana air bah mencapai setinggi tingkat tiga.[3] Pasukan Pertahanan Diri Jepun melaporkan kira-kira 300 hingga 400 mayat ditemui di bandar ini.[4]

Sistem perintang tsunami di bandar ini direka untuk menampan ombak setinggi tiga hingga empat meter, tetapi tsunami Mac 2011 mencapai tinggi 13 meter sehingga menenggelami lokasi-lokasi yang selamat juga.[5] Pihak berkuasa tempatan menganggarkan bahawa 20–40% penduduk bandar ini terkorban. "Rikuzen-Takata secara rasminya tidak wujud lagi."[6] Sungguhpun bandar ini cukup bersedia untuk gempa bumi dan tsunami, apatah lagi dilengkapi tembok laut setinggi 6.5 meter, namun semua itu tidak cukup dan lebih 80% daripada 8,000 buah rumah dihanyutkan.[7]

Segulung filem BBC bertarikh 20 Mac melaporkan bahawa pintu-pintu pelabuhan bandar ini gagal untuk tutup apabila dihampiri tsunami, lebih-lebih lagi 45 orang ahli bomba muda dihanyutkan ketika cuba menutupnya secara manual. Tambahan pula, 500 batang mayat telah dijumpai di bandar itu, tetapi 10,000 orang masih tidak dapat dijejaki daripada sejumlah 26,000 orang penduduk.[8] Setakat 3 April 2011, 1,000 penduduk bandar itu disahkan meninggal dan 1,300 lagi masih hilang.[9] Pada lewat Mei 2011, seorang wartawan Australia menemu ramah seorang ahli bomba sukarelawan yang berkata bahawa seramai 49 orang ahli bomba terkorban akibat tsunami di Rikuzentakata, daripada 284 orang ahli bomba yang diketahui terkorban di sepanjang kawasan pantai yang dilanda, sebilangan besarnya cuba menutup penghalang tsunami di sepanjang pesisir pantai.[10]

Mangsa-mangsa yang terkorban termasuk 68 orang pegawai bandar, iaitu kira-kira satu pertiga kakitangan majlis perbandaran. Datuk Bandar Rikuzentakata, Futoshi Toba berada di pejabatnya di dewan bandar dan terselamat, tetapi isterinya terkorban di rumah mereka di tepi laut. Dua orang anak Toba pula berada di sekolah dan terselamat.[11] Gelombang ini teruk memusnahkan koleksi artifak dan botani di muzium bandar dan membunuh keenam-enam kakitangannya.[12]


Rujukan sunting

  1. ^ Staff Reporter (12 March 2011)"Wiped off the map: The moment apocalyptic tsunami waves drown a sleepy coast town". www.dailymail.co.uk, Diterima pada 12 Mac 2011
  2. ^ "Honderden doden in Japanse kuststad. (Belanda) www.rtlnieuws.nl, Dicapai pada 12 Mac 2011
  3. ^ Kyodo News, "Deaths, people missing set to top 1,600: Edano", Japan Times, 13 Mac 2011.
  4. ^ http://www.nst.com.my/nst/articles/Japanarmysays300-400bodiesfoundinRikuzentakata_Report/Article/ Japan army says 300-400 bodies found in Rikuzentakata: Report
  5. ^ https://web.archive.org/web/20110810181937/http://www3.nhk.or.jp/daily/english/28_04.html NHK News Report says March 11th tsunami confirmed up to 13 meters high, 28 Mac 2011
  6. ^ Tsunami preparation leads citizens into low-lying death traps.http://www.theglobeandmail.com/news/world/asia-pacific/tsunami-preparation-leads-citizens-into-low-lying-death-traps/article1943381/
  7. ^ ShelterBox Response Team operational in Iwate Prefecture Diarkibkan 2011-05-20 di Wayback Machine News update from charity ShelterBox, 22 March 2011
  8. ^ The floodgate that didn't work to stop the tsunami.http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12801085
  9. ^ Ito, Shingo (Agence France-Presse/Jiji Press), "Iwate pine that withstood the wage now symbol of hope", Japan Times, 3 April 2011, ms. 3.
  10. ^ Video shows terror as killer waves hit, Mark Willacy, ABC News Online, 31 Mei 2011
  11. ^ Agence France-Presse/Jiji Press, "Mayor perseveres amid his loss", Japan Times, 13 April 2011, ms. 3.
  12. ^ Corkill, Edan, "Tsunami-struck museum starts recovering collection",Japan Times, 8 Jun 2011, p. 3.

Pautan luar sunting