Risiko sistemik adalah risiko pasaran atau risiko yang tidak boleh disingkir melalui pelbagaikan, berbanding "risiko idiosinkratik", yang lebih khusus kepada stik tertentu. Ia merujuk kepada pergerakan seluruh ekonomi. Walaupun kita mempunyai portfolio pelbagai yang sempurna terdapat sesetengah risiko yang tidak dapat dielakkan dan ini merupakan risiko sistemik. Bagaimanapun, risiko sistematik tidak sama bagi semua sekuriti atau portfolio. Syarikat berlainan bertindak balas dengan cara berlainan kepada ekonomi berkembang atau kemelesetan. (Fikirkan mengenai perusahaan kereta dan bandingkan dengan perusahaan makanan ketika berlaku kemelesetan ekonomi. Kedua-duanya akan menerima kesan negetif tetapi perusahaan makanan tidak seteruk seperti perusahaan kereta.)

Dalam insurans ia adalah sukar bagi mendapatkan perlindungan kewangan dari risiko sistemik kerana ketidakupayaan sebarang pihak lain bagi menanggung risiko tersebut. Sebagai contoh, ia adalah sukar bagi mendapatkan insurans bagi nyawa atau harta tanah dalam kejadian perang nuklear. Dengan itum inti pati risiko sistematik adalah kerugian berkait (correlation). "Risiko sistemik" menambah masalah penting, iaitu ia adalah lebih sukar bagi menilai berbanding "risiko sistematik". Sebagai contoh, sementara anggaran ekonometrik dan proksi jangkaan dalam penyelidikan kitaran perniagaan mendorong kepada peningkatan pada jangkaan kemelesetan, data berkenaan "Risiko sistemik" sering kali sukar didapati, disebabkan saling kepergantungan dan risiko pihak lain pada pasaran kewangan memainkan peranan penting. Sekiranya satu bank muflis dan menjual semua asetnya, kejatuhan dalam nilai aset mungkin mencetus masalah yang mendorong kepada kemuflisan kepada bank lain, mendorong kepada keadaan panik dalam sistem perbankan secara umum.

Satu kebimbangan adalah potensi kerapuhan sesetengah pasaran kewangan. Sekiranya peserta berdagang pada tahap jauh lebih tinggi berbanding modal asas mereka, kegagalan satu peserta untuk menyelesaikan perdagangan mungkin menafikan kecairan peserta lain, dan dengan itu mampu menerusi kesan domino mendedah keseluruh pasaran kepada risiko sistemik.[1]

Kepelbagaian sunting

Risiko boleh dikurangkan dalam empat cara utama: Mengelak, Mengurang, Mengekalkan, dan Mengalih. Risiko sistematik adalah risiko security yang boleh dikurangkan melalui kepelbagaian. Juga kadang kala dikenali sebagai risiko pasaran atau risiko tidak boleh dipelbagaikan. Peserta dalam pasaran, seperti dana lindung nilai (hedge fund), boleh turut menjadi sumber kepada peningkatan risiko sistemik[2] dan mengalih risiko kepadanya mungkin, secara paradox, meningkat pendedahan kepada risiko sistemik.

Pengawalan sunting

Satu sebab utama pengawalan dalam pasaran adalah bagi mengawal risiko sistemik.

Risiko projek sunting

Dalam bidang pengurusan projek dan kejuruteraan kos, risiko sistemik termasuk risiko yang tidak unik kepada projek tertentu dan tidak mudah dikendalikan oleh pasukan projek pada tempoh masa tertentu. Risiko ini mungkin disebabkan oleh sifat sistem projek syarikat (contoh., pembiayaan projek sebelum menetapkan skop), keupayaan, atau budaya. Ia juga mungkin disebabkan oleh tahap teknologi dalam projek atau kerumitan skop projek atau strategi perlaksanaan.[3]

Rujukan sunting

Lihat juga sunting