Robert Hooke (/hʊk/; 28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635 – 3 Mac 1703) ialah seorang ahli fizik, jurubina dan ahli falsafah Inggeris.

Robert Hooke

Potret Hooke, s. 1680[1]
Kelahiran28 Julai [G.L.: 18 Julai] 1635
Meninggal dunia3 Mac 1703(1703-03-03) (umur 67)
London, England
WarganegaraInggeris
Pusat pendidikanKolej Wadham, Oxford
Terkenal keranaHukum Hooke
Mikroskopi
Asas penemuan sel biologi
Kerjaya saintifik
BidangFizik dan kimia
InstitusiUniversiti Oxford
Penasihat akademikRobert Boyle
PengaruhRichard Busby
Tandatangan

Dalam bidang fizik, beliau terkenal kerana mengusulkan sifat berkenaan keanjalan bahan, yakni pemanjangan sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan terhadap objek sehingga suatu tahap, kini dikenali sebagai hukum Hooke. Sifat ini mula-mula diusulkan olehnya sebagai suatu anagram bahasa Latin, daripada frasa ut tensio, sic vis (dengan pemanjangan, begitu juga daya).[2]

Selain itu, beliau juga menjadi orang pertama yang menggambarkan sel biologi.[3] Robert Hooke telah meneliti hirisan nipis gabus menerusi mikroskop ringkas dan mendapati hirisan tersebut terdiri daripada susunan unit-unit kecil, yang dipaparkan dalam bukunya, Micrographia. Robert Hooke menamakan unit-unit ini sebagai sel, yang bererti "bilik kecil" dalam bahasa Latin.

Kehidupan awal sunting

Robert Hooke ialah anak kepada seorang pendeta; ayahnya, John Hooke merupakan seorang kurator di muzium Gereja All Saints di Freshwater.[4] Pada masa kecilnya, Hooke belajar daripada ayahnya. Kemudian ia dikirim ke London untuk belajar pada seorang pelukis bernama Peter Lely, sebelum mendaftarkan diri di sekolah Westminter.

Selanjutnya, beliau belajar di Universiti Oxford selama dua tahun, kemudian beliau menjadi pembantu Robert Boyle selepas ditawarkan oleh Thomas Willis yang membimbing Hooke.

Kerjaya sunting

Pada tahun 1662, Hooke diterima sebagai anggota kurator Royal Society dengan tugas utamanya adalah mengusulkan dan membuat beberapa macam uji kaji berdasarkan karya sendiri atau berdasarkan permintaan ahli-ahli lain. Dua tahun berikutnya, Hooke menduduki posisi sebagai profesor bidang geometri di Kolej Gresham, menggantikan Issac Borrow yang berundur daripada jabatan itu.[5] Ketika kerjayanya di Persatuan Diraja pada 1665, Hooke menerbitkan buku yang diberi judul Micrographia, buku yang merupakan buku dalam bidang mikroskopi.

Rujukan sunting

  1. ^ Lawrence R. Griffing (2020). "The lost portrait of Robert Hooke?". Journal of Microscopy. 278 (3): 114–122. doi:10.1111/jmi.12828. PMID 31497878. S2CID 202003003.
  2. ^ Robert Hooke, De Potentia Restitutiva, or of Spring. Explaining the Power of Springing Bodies, London, 1678.
  3. ^ Howard Gest, "The discovery of microorganisms by Robert Hooke and Antoni van Leeuwenhoek, Fellows of The Royal Society", Notes Rec R Soc Lond, 2004 May;58(2):187–201. Howard Gest, "Homage to Robert Hooke (1635–1703): New insights from the recently discovered Hooke folio", Perspect Biol Med, Summer 2009;52(3):392–399.
  4. ^ Jardine, Lisa (2003). The Curious Life of Robert Hooke: The Man who Measured London (ed. 1st). New York: Harper Collins Publishers. m/s. 23. ISBN 978-0-00-714944-5.
  5. ^ De Milt, Clara (November 1939). "Robert Hooke, Chemist". Journal of Chemical Education. 16 (11): 503–510. Bibcode:1939JChEd..16..503D. doi:10.1021/ed016p503.

Pautan luar sunting