Rodolfo Micheli

Pemain bola sepak Argentina



Rodolfo Micheli
Maklumat peribadi
Nama penuh Rodolfo Joaquin Micheli
Tarikh lahir (1930-04-24) 24 April 1930 (umur 93)
Tempat lahir Munro, Argentina
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1939-1943 Honor y Patria
1943-1944 San José de Florida
1944-1950 Independiente
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1950-1952 Argentino de Quilmes ? (?)
1952-1957 Independiente 147 (52)
1958 River Plate 2 (0)
1959 Huracán 14 (3)
1960 Millonarios ? (?)
1961 Platense ? (?)
Pasukan kebangsaan
1953-1956 Argentina 13 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Mac 2008

Rodolfo Joaquin Micheli atau Micheli (lahir 24 April 1930) ialah seorang bekas pemain bola sepak Argentina. Beliau bermain di bahagian penyerang dan pernah mendapat penjaring gol terbanyak dalam Copa América 1955.


Karier sunting

Kelab sunting

Micheli memulakan karier beliau dalam bola sepak bersama kelab Argentino de Quilmes pada tahun 1950. Selepas itu, beliau berpindah ke kelab Independiente pada tahun 1952, di mana beliau bermain sebanyak 147 perlawanan dan menjaringkan sebanyak 52 gol. Pada tahun 1958, beliau menyertai kelab River Plate tetapi hanya bermain sebanyak 2 perlawanan sahaja sebelum berpindah ke kelab Club Atlético Huracán pada tahun 1959.

Pada tahun 1960, Micheli menyertai kelab Millonarios yang berpangkalan di Colombia tetapi pada tahun yang sama, beliau kembali ke Argentina bersama kelab Club Atlético Platense.


Negara sunting

Micheli mewakili negara Argentina sekitar tahun 1953 hingga 1956, beliau bermain sebanyak 13 perlawanan dan menjaringkan 10 gol. 8 daripada 10 gol beliau disumbangkan ketika pasukan Argentina menang kejohanan Copa América 1955 dan beliau juga merupakan penjaring gol terbanyak dalam kejohanan itu.


Pengurusan sunting

Micheli merupakan ketua jurulatih bagi pasukan bola sepak wanita kelab Club Atlético Los Andes.


Pencapaian sunting

Kejohanan Pasukan Pencapaian
Copa América 1955   Argentina Johan


Pautan luar sunting