Templat:Nofootnotes

Rosh Hashanah
Nama rasmiIbrani: ראש השנה
Juga dikenali sebagai
Tahun Baru Yahudi
Diraikan oleh/di
Agama Yahudi dan bangsa Yahudi
JenisYahudi
KepentinganTahun baru Yahudi mengikut kalendar Ibrani. Memperingatkan Penciptaan dunia seperti yang ditulis dalam Alkitab. Permulaan 10 "Hari Ngeri" sebelum Yom Kippur.
UpacaraBersembahyang di saumaah, mendengar bunyi shofar. Jamuan makanan perayaan dengan challah. Makanan bertuah seperti epal dicelup ke dalam madu, kepala ikan dan buah delima sering dimakan, dan juga buah-buahan baru pada malam kedua. Berehat daripada bekerja.
BermulaAwal hari pertama Tishrei
TamatAkhir hari kedua Tishrei
Tarikh1 Tishrei, 2 Tishrei
Tarikh 2024date missing (please add)
Berkaitan dengan
Yom Kippur, "Hari Penebusan Dosa"

Rosh Hashanah (Ibrani: ראש השנה, Biblical: IPA: [ˈɾoʃ haʃːɔˈnɔh], Israel: [ˈroʃ haʃaˈna], Bahasa Yiddish: [ˈroʊʃ hɑˈʃɔnə]) biasanya merujuk kepada Tahun Baru Yahudi (secara harfiah "kepala tahun"). Hari ini jatuh pada hari pertama bulan ketujuh kalendar Ibrani, Tishrei (Leviticus 23:24Template:Bibleverse with invalid book), bulan pertama ialah Nisan. Tiadanya istilah Rosh Hashanah ini digunakan dalam Torah. Dalam Leviticus 23:24Template:Bibleverse with invalid book hari ini dirujuk sebagai "hari peniupan hon (Shofar)" (Yom Terua). Dalam Ezekiel 40:1Template:Bibleverse with invalid book hari ini dirujuk sebagai "permulaan tahun" dan bukan hari pertama satu tahun. Sastera Rabbi dan liturgi sendiri menggambarkan Rosh Hashanah sebagai "hari pengadilan" (Yom ha-Din) dan "hari peringatan" (Yom ha-Zikkaron). Sesetengah penjelasan midrash menggambarkan Tuhan menduduki takhta, semasa buku-buku yang mengandungi perbuatan semua manusia dibuka untuk diulas, dan setiap orang menghadap Tuhan untuk menaksir perbuatan sendiri.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Jewish holidays