Roundhay Garden Scene

Roundhay Garden Scene merupakan sebuah filem pendek pada tahun 1888 yang diarahkan oleh pencipta filem bergerak, Louis Le Prince. Ianya telah dirakamkan melalui 12 bingkai per saat dan berdurasi selama 2.11 saat. Selain itu, filem ini merupakan filem yang tertua yang masih wujud sehingga kini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Guinness Book of Records.[1]

Roundhay Garden Scene
Salinan NSM 1930 dengan 20 bingkai untuk Roundhay Garden Scene
PengarahLouis Aimé Augustin Le Prince
Dibintangi
SinematografiLouis Aimé Augustin Le Prince
Disunting olehLouis Aimé Augustin Le Prince
Tarikh tayangan
  • 14 Oktober 1888 (1888-10-14) (Koleksi peribadi)
Masa tayangan
2.11 saat
NegaraUnited Kingdom
BahasaFilem senyap

Gambaran keseluruhan sunting

Filem bergerak awal yang masih wujud sehingga kini

Menurut anak Le Prince, Adolphe, babak ini difilemkan di Oakwood Grange iaitu rumah Joseph dan Sarah Whitley di Roundhay, Leeds, West Riding of Yorkshire, United Kingdom pada 14 Oktober 1888.[2]

Selain itu, filem ini juga menampilkan Adolphe Le Prince,[3] Sarah Whitley, Joseph Whitley dan Harriet Hartley di sebuah taman sambil berjalan di sekitarnya. Sarah juga didapati berjalan ke belakang dan kemudian berpusing manakala kot bajang Joseph terbang semasa beliau berpusing.[2]

Bahan visual hasil pendigitalan semula sunting

Pada tahun 1930, National Science Museum (NSM), London telah menghasilkan salinan foto berdasarkan bahagian lebihan daripada filem jalur tahun 1888. Urutan babak telah dirakamkan pada filem foto asas kertas Eastman Kodak pada tahun 1885 melalui projektor kamera lensa gabungan tunggal oleh Le Prince. Anak kepada Le Prince iaitu Adolphe telah menyatakan bahawa filem Roundhay Garden telah dirakamkan sebanyak 12 kadar bingkai (dan filem kedua, Traffic Crossing Leeds Bridge melalui 20 bingkai). Walau bagaimanapun, versi kemudiannya iaitu pendigitalan semula filem Roundhay Garden telah diterbitkan oleh National Media Museum, Bradford yang mengandungi 52 bingkai dan hanya berdurasi selama 2.11 saat sepertimana filem tersebut yang terdiri daripada 24.64 bingkai, sebuah kadar bingkai bagi sinematografik moden. Salinan yang ada pada National Science Museum ialah sebanyak 20 bingkai; pada 12 bingkai, ia akan menghasilkan masa tayangan selama 1.66 saat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  Media berkenaan Roundhay Garden Scene di Wikimedia Commons