Rubiah Suparman merupakan seorang pelakon kelahiran Singapura yang berkaliber. Pada awal era 70-an beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur, (Malaysia) dan menetap di sana untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon filem dan drama TV. Beliau kemudiannya mendapatkan kerakyatan di Malaysia selepas menetap wajib selama lebih 10 tahun di Malaysia.

Rubiah Suparman
Nama lahirRubiah binti Suparman
Kelahiran1947 (umur 76–77)
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
PekerjaanPelakon
Ahli Perniagaan
Tahun aktif1977–2000
PasanganZahri Mohd Nor

Rubiah Suparman telah menubuhkan Restoran Puteri di Brickfield pada tahun 1984 ketika masih aktif berlakon. Dengan kejayaan restoran itu, beliau telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menubuhkan cawangan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Sehingga kini, dua lagi cawangan telah dibuka di Sungai Penchala dan Shamelin Perkasa, Cheras.

Rubiah Suparman juga merupakan seorang penulis dan pernah menghasilkan buku masakan, Resipi Kuih Muih Melayu, Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia, Resipi Turun Temurun dan Selera Ramadhan.

Sewaktu kecil pembabitan Rubiah Suparman dalam bidang seni bermula sekadar menemani abangnya menghadiri persatuan seni, dari situ, Rubiah mula memasang angan-angan untuk mencuba bidang tersebut. Beliau mula berlakon di era Jalan Ampas pada tahun 1966 dan menjayakan drama pentas, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Walaupun mula membintangi filem pertama, Dayang Suhana, pada tahun 1977, namun nama Rubiah mula dikenali setelah menjayakan drama, Ribut. Pada tahun 1970, Rubiah mula berhijrah ke ibu kota untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Ditambah pula, suaminya ketika itu mendapat tawaran menjadi penerbit televisyen di Malaysia.

Sehingga kini, Rubiah berjaya membintangi sembilan filem dan ratusan drama seperti Sakit Hati, Naik Tangga Turun Tangga dan Mencari Restu. Rubiah juga berjaya menggondol anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-2 (FFM2) 1981 dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM4), 1983. Namun, kerjaya seninya hanya bertahan sehingga tahun 2000 dalam filem Hati Bukan Kristal sebelum mengalih perhatiannya pada perniagaan.

Filemografi sunting

Filem sunting

Drama sunting

  • Naik Tangga Turun Tangga (1987)

Telefilem sunting

  • Wawasan (1991)

Pautan luar sunting