Rumah perabung lima

Rumah perabung lima merupakan salah satu rumah yang sering terdapat pada rumah Melayu, iaitu seni binaan orang-orang Melayu. Binaan Rumah perabung lima merupakan bentuk binaan awal yang banyak terdapat di Kelantan.[1] Rumah tersebut juga besar saiznya dan biasanya dibina dengan kawasan berlaman. Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas

Rumah perabung lima tidak memiliki tebar layar. Selain itu bahagian dapur juga dibina berasingan daripada rumah ibu bagi memberikan ruang yang lebih luas. Binaan rumah ini memiliki persamaan dengan gaya rumah orang Belanda, tetapi rumah perabung lima Melayu memiliki bumbung yang lebih tinggi.

Rujukan sunting

Pautan lima sunting

maksud perabung ialah tempat tinggi