Syin-Lam-Mim (Arab: س ل م S-L-M; Ibrani: שלם Š-L-M; Malta: S-L-M) Aramia Diraja: ܫܠܡܐ adalah kata akar trikonsonan bagi banyak perkataan Semitik, dan sebahagian perkataan-perkataan tersebut digunakan sebagai nama. Kata akar itu sendiri bermakna "lengkap, selamat, utuh".

Salam "Aman" sunting

Perkataan Arab Salām (سَلاَمٌ), Malta Sliem, Ibrani Shalom (שָׁלוֹם), Ge'ez salām (ሰላም), Suryani šlama (ܫܠܡܐ) adalah kata seasal Semitik untuk "aman" atau "sejahtera", berpunca daripada Proto-Semitik *šalām-.

Salam bagi orang-orang Mukmin Muslim disebut sebagai Salam At-Tahiyyah; iaitu bermaksud "mendoakan keselamatan dan keamanan".

Contoh dalil Al-Quran mengenai Salam At-Tahiyyah adalah;

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Surah YaaSin 36:58)


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa' 4:86)


إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Surah Al-Hijr 15:52)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (Surah As-Saaffaat 37:79)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (Surah As-Saaffaat 37:109)

Perkataan salām digunakan dalam pelbagai ungkapan dan konteks dalam pertuturan dan penulisan Arab dan Islam. Al-Salam adalah salah satu daripada 99 nama Allah, dan juga nama lelaki bila digunakan bersama dengan abd. Abd Al-Salam atau Abdul Salam bererti "Hamba Al-Salaam" (iaitu Hamba Allah Yang Maha Memberi Kesejahteraan.)

Ia juga merupakan kata akar bagi nama Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s.), Salim, dll.

Salam "Selamat tinggal" sunting

Salam al-Musalamah/al-Mutarakah mengikut definisi Ulama Tafsir bermaksud "selamat tinggal". Salam jenis ini dikhaskan untuk golongan kafir kerana ia ditujukan untuk menjawab segala persoalan dan gangguan seperti ejekan dan ketidakhirauan golongan kufur yang sukar untuk kembali kepada ajaran Islam. Ucapan Salam ini ditujukan sebagai salah satu bentuk makanisma doa bagi keselamatan mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar.

Dalil Al-Quran mengenai kebolehan memberi salam selamat tinggal;

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Surah Az-Zukhruf 43:89)

Islam "Warak, Keyakinan" sunting

Perkataan إسلام Islām ialah kata nama kerjaan berpunca daripada s-l-m, bermakna "berserah" (iaitu mengamanahkan seluruh diri kepada yang lain), yang boleh ditafsirkan sebagai rendah hati. "Seseorang yang berserah" ditandakan dengan partisipel مسلم, Muslim (p. مسلمة, muslimah).[1]

Nota sunting

  1. ^ Lema šlm, m/s. 2067, Appendix B: Semitic Roots, The American Heritage Dictionary of the English Language, Ed. ke-4, Boston, New York: Houghton Mifflin, 2000, ISBN 0-618-08230-1.