S. Kadarisman

Pelakon dan pengarah filem Singapura

Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak atau lebih dikenali sebagai S. Kadarisman (12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.

S. Kadarisman
Kelahiran
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak

(1922-05-12)12 Mei 1922
Meninggal dunia17 Februari 1989(1989-02-17) (umur 66)
Singapura
Sebab kematianPenyakit kencing manis dan serangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman
Nama lainShahadat Kadarisman, Pak Kadar
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1942–1974
Terkenal kerana
PasanganFatimah Khairuddin
Anak-anak10

Kehidupan awal sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.

Kerjaya sunting

S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1942 Menantu Durhaka       Filem pertama
1951 Perkahwinan Rahsia       Sukardi
1952 Norma      
Sehati Serasa      
Cinta Murni      
1953 Seniwati      
Sengsara      
Istana Impian      
1954 Panggilan Pulau       Umar @ Panjang
Angin Pesan      
Kechewa       Mokhtar
1955 Menyerah       Hamid
Kipas Hikmat       Karim / Rustam
Bernoda      
1956 Pencuri       Ismail
Hang Tuah       Pateh Karma Wijaya
Keadilan Illahi       Malaun
Anak-ku Sazali       Pelakon Bangsawan
1957 Mogok      
1958 Doktor       Bakar
Sri Meranti      
Gergasi       Doktor
Masharakat Pinchang       Pakcik Hassan
Anak Pontianak       Mat
1959 Batu Belah Batu Bertangkup       Selamat
Raja Laksamana Bentan       Megat Alang Dilaut
Saudagar Minyak Urat       Yusof
Puteri Gunong Banang       Tok Penghulu
1960 Isi Neraka       Pak Golok
Megat Terawis       Tengku Bendahara
Antara Dua Darjat       Engku Mukri
Pertarongan       Datuk Teras
1961 Ali Baba Bujang Lapok       Tukang Mandi Jenazah
Seniman Bujang Lapok       Pelakon Malay Filem Production Penampilan khas
Si Tanggang       Nakhoda Redan
Indera Bangsawan       Ninda Kobat Shah
1962 Neracha       Ali
Lubalang Daik       Tok Demang
Norlela       Raja
Batu Durhaka       Datuk Perkasa
Labu dan Labi      
1963 Korban      
Darah Muda       Pak Sha'aban
1964 Madu Tiga      
Melanchong Ka Tokyo       Ali Juga sebagai penolong pengarah
Tiga Abdul       Abdul Wahib
Dupa Cendana       Tok Penghulu
1965 Bidasari       Raja Zamin Tauran
Melanchong Ke Tokyo      
1966 Sri Andalas       Datuk Panglima Karma Filem arahan pertama
Anak Buloh Betong       Penghulu Kg. Betik
1967 Lampong Karam       Tengku Pengiran
Darma Kesuma      
1968 Amok Tok Nading      
Pendekar Empat      
1969 Tunggal      
Panglima Harimau Berantai       Pendekar Gempita Alam
1970 Perintah Seri Paduka       Taufik Hj. Ali
Kembang Layu       Encik. Baharuddin
Pancha Indera Harimau Berantai       Pendekar Gempita Alam
1971 Kudrat      
1972 Hutang Darah      
Darah Panglima      
Pendekar Sakti      
Dang Lenggang      
1973 Kelana      
Terbabas       Tuan Guru Hidayat
1974 Bujang Tua S.S.       Samad Filem lakonan dan arahan terakhir

Rujukan sunting

Pautan luar sunting