Datuk Sothinathan Sinna Goundar (lahir 4 April 1960) adalah seorang ahli politik MIC, sebuah parti politik berasaskan kaum India di Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden MIC. Seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Kebanyakan calon MIC tewas dalam pilihan raya 2008, sama ada di dewan undangan negeri mahupun parlimen.


S. Sothinathan
Kelahiran
Sothinathan a/l Sinna Goundar

(1960-04-04) 4 April 1960 (umur 64)
PekerjaanAhli politik

Beliau pemegang dua ijazah dalam Ekonomi dan Undang-undang. Pada 2006, terpilih menjadi Naib Presiden MIC. Sothinathan telah berkhidmat di dua kementerian bermula sebagai setiausaha parlimen Kementerian Kesihatan (2000-2004) dan timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2004-2008). Sothinathan punya kelebihan dari segi usia, tetapi beliau bersifat temperamental.

Calon Teluk Kemang sunting

Nama beliau menanjak secara mendadak selepas menang Pilihan raya kecil Teluk Kemang 2000 menewaskan Ruslan Kasim dari Keadilan pada 10 Jun 2000. Ketika itu beliau berusia 40 tahun dan menjadi setiausaha politik Datuk Seri Samy Vellu. Beliau memang mudah kerana orang Melayu Teluk Kemang termasuk tentera menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Isu yang dibangkitkan ketika ialah saham Telekom dalam Maika Holding dan peranan Sothinathan dalam episod itu. Pampasan akibat wabak JE kepada penternak Cina di Bukit Pelanduk dan lain-lain juga dibangkitkan.[1]

Dalam pilihan raya 2004, Sothi menang lagi dengan majoriti 17,777 undi.

Pada 8 Mac 2008, dalam pilihan raya Teluk Kemang, beliau tewas kepada calon PKR iaitu Datuk Kamarul Bahrin Abbas dari PKR dengan majoriti sebanyak 2,804 undi. Kamarul memperolehi 23,348 undi berbanding Sonthinathan memperolehi hanya 20,544 undi.

Kontroversi sunting

Pada 2005, Majlis Perubatan Malaysia telah bertindak menarik-balik pengiktirafan yang diberikan terhadap ijazah perubatan dari Crimea State Medical University (CSMU) di Ukraine pada 2001 itu. Ketika itu, kos ijazah perubatan di Ukraine hanya RM100 ribu berbanding RM250 ribu bagi IPTS tempatan ataupun RM400 ribu di Australia, RM500 ribu di Kanada dan RM630 ribu di UK. Akibatnya pada 22 Jun 2005, Sothinathan digantung 3 bulan dari Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana membantah prinsip Barisan Nasional dan menuduh ada unsur perkauman.[2]Dato Seri Samy Vellu terselamat dari dikenakan tindakan.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ SPR
  2. ^ "Isu jurusan perubatan di Ukraine". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-03. Dicapai pada 2021-08-10.
  3. ^ "Blog Subky Latif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-17. Dicapai pada 2021-08-10.