Dalam bidang undang-undang, sabitan ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati bahawa seseorang defendan bersalah kerana melakukan jenayah.

Lawan kepada "sabitan" ialah "pembebasan", iaitu "tidak bersalah". Di Scotland dan Belanda, terdapat juga keputusan "tidak terbukti" yang dikira sebagai pembebasan.

Disebabkan berbagai-bagai alasan, sistem keadilan jenayah tidaklah sempurna dan kekadangnya, defendan yang bersalah dibebaskan, manakala orang yang tidak bersalah pula disabit. Pada takat yang terhad, mekanisme rayuan dapat meringankan masalah itu. Kesilapan yang mengakibatkan sabitan seseorang yang tidak bersalah dikenali sebagai salah laksana keadilan.

Selepas seseorang defendan disabit bersalah, mahkamah menetapkan hukuman yang wajar. Selain itu, sabitan boleh menyebabkan kesudahan yang melampaui syarat hukuman pada dirinya. Kesan yang merumitkan itu dikenali sebagai akibat sampingan tuduhan jenayah. Sejarah sabitan sesorang yang dituduh dikenali pula sebagai anteseden.

Sabitan kecil dianggap sebagai sabitan amaran dan tidak menjejaskan defendan selain daripada bertindak sebagai amaran.

Kes 1MDB sunting

On 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.[1]

Rujukan sunting