Saint Lucia, juga dikenali sebagai "Helen dari Barat", ialah sebuah negara pulau di bahagian timur Laut Caribbean pada sempadan dengan Lautan Atlantik. Pulau ini merupakan sebahagian Lesser Antilles, dan terletak di utara kepulauan Saint Vincent dan Grenadines dan di selatan Martinique.

Saint Lucia
Bendera Saint Lucia
Cogan kata
Negara, Rakyat, Cahaya
(The Land, The People, The Light)
Lagu kebangsaan"Anak-anak Saint Lucia"
(Sons and Daughters of Saint Lucia)
Lagu Kebangsaan Diraja:
God Save the Queen (Tuhan Selamatkan Ratu)
Lokasi Saint Lucia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Castries
Bahasa rasmiBahasa Patois Perancis, Inggeris
KerajaanDemokrasi berparlimen
• Monarki
Charles III
Cyril Errol Charles
Philip J. Pierre
Badan perundanganParlimen
Senat
House of Assembly
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
22 Februari 1979
Keluasan
• Jumlah
617 km2 (238 bt2) (ke-177)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan 2021
184,751 (ke-177)
• Bancian Penduduk 2010
165,595 orang
299.4/km2 (775.4/sq mi) (ke-29)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$2.480 bilion[1]
$13,708[1]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$1.77 bilion[1]
$9,780[1]
HDI (2019) 0.759[2]
tinggi · ke-86
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktuUTC−4 (AST)
Kod panggilan+1 758
Kod ISO 3166LC
DPT internet.lc

Sejarah sunting

Negara ini pertama kali ditemui oleh pihak Sepanyol pada 1503. Saint Lucia dikuasai oleh Perancis secara rasmi pada 1666 dan dikuasai oleh pihak British pada 1803.

Pada ketika ini juga tempoh pulau ini dipercayai mendapat namanya daripada cerita mengenai sekumpulan kelasi Perancis yang terdampar selamat di sana pada hari keraian Santa Lucia[3] pada 13 December dengan nama asal dalam bahasa Perancis, Sainte Lucie.[4]:14

Saint Lucia mendapat kemerdekaan daripada British pada 22 Februari 1979.

Geografi sunting

Saint Lucia terletak di selatan Martinique dan utara Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine di Antillen Kecil dalam Caribbean. Keluasan Saint Lucia ialah 616 km2. Secara umumnya, Saint Lucia adalah bergunung-ganang; puncak tertinggi negara ialah Gunung Gimie (950 meter).[3] Kawasan hutan melitupi kira-kira 77% negara.[3]

Politik sunting

Saint Lucia ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Raja Charles III sebagai ketua negara dan diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral.

Pembahagian pentadbiran sunting

Saint Lucia terbahagi kepada 11 buah kuarter. Pembahagian ini sudah wujud sejak zaman penjajahan Perancis.

  • Anse la Raye
  • Canaries
  • Castries
  • Choiseul
  • Dauphin
  • Dennery
  • Gros Islet
  • Laborie
  • Micoud
  • Soufrière
  • Vieux Fort

Demografi sunting

Bancian 2010 meletakkan angka jumlah penduduk negara sebanyak 165,595 orang. Anggaran PBB pada 2018 meletakkan angka jumlah penduduk sebanyak 181,889 orang. Sepertiga penduduk negara menetap di ibu negara Castries.

Bahasa sunting

Bahasa rasmi Saint Lucia ialah bahasa Inggeris.[5] Sebuah kreol, Kreol Perancis Saint Lucia (Kwéyòl) menjadi bahasa pertuturan kebanyakan rakyat negara, dan mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan.[6] Saint Lucia ialah negara anggota La Francophonie.

Agama sunting

61.5% penduduk Saint Lucia menuruti ajaran Katolik Rom.[3]

Ekonomi sunting

Saint Lucia mendapat taraf "negara pulau kecil membangun " oleh PBB.[7] Setakat 2018, KDNK negara ialah $1.922 bilion (nominal) dan $2.522 billion (pariti kuasa beli).[8] 82.8% KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, 14.2% pula disumbang oleh sektor industri dan 2.9% KDNK negara datang daripada sektor pertanian.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "St. Lucia". International Monetary Fund. 2016.
  2. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  3. ^ a b c d e "CIA World Factbook – St Lucia". Dicapai pada 30 June 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "CIA World Factbook – St Lucia" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Harmsen, Jolien; Ellis, Guy; Devaux, Robert (2014). A History of St Lucia. Vieux Fort: Lighthouse Road. ISBN 9789769534001.
  5. ^ "About St. Lucia" (dalam bahasa Inggeris). Castries, St. Lucia: St. Lucia Tourist Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2013. The official language spoken in Saint Lucia is English although many Saint Lucians also speak a French dialect, Creole (Kwéyòl).
  6. ^ "Kweyolphone Countries Take Stock of the Language's Growth" (dalam bahasa Inggeris). Government of Saint Lucia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  7. ^ "Small Island Developing States" (dalam bahasa Inggeris). New York: United Nations Department of Economic and Social Affairs Division for Sustainable Development. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  8. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 25 Oktober 2019.

Pautan luar sunting