Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine

(Dilencongkan dari Saint Vincent dan Grenadines)

Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine ialah sebuah negara dalam kepulauan Antillen dalam kelompok Hindia Barat bahagian timur Laut Caribbean di mana laut tersebut bertembung dengan Lautan Atlantik. Negara ini terdiri daripada Pulau Saint Vincent dan dua pertiga kawasan Kepulauan Grenadine yang menjangkau dari pulau Saint Vincent ke Grenada. Banyak kawasan negara ini terletak dalam Laluan Hurikan. Kingstown merupakan ibu negara dan pelabuhan utama bagi negara ini.

Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
ساينت ۏينسينت دان کڤولاون ݢرينادين
Bendera Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Seal Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Bendera Seal
Cogan kata"Pax et Justitia" (Latin)
"Keamanan dan Keadilan"
Lagu kebangsaan"Saint Vincent! Land So Beautiful"
Lokasi Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Ibu negaraKingstown
13°10′N 61°14′W / 13.167°N 61.233°W / 13.167; -61.233
Bandar terbesarIbu kota
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa vernakularKreol Saint Vincent
Kumpulan etnik
  • 66% bangsa Afrika
  • 19% kacukan
  • 6.0% bangsa India
  • 4% bangsa Eropah
  • 2.0% bangsa asli Caribbean
  • 3.0% lain-lain
Agama
KerajaanKerajaan berparlimen ekadewan
• Monarki
Charles III
Susan Dougan
Ralph Gonsalves
Badan perundanganDewan Perwakilan
Merdeka
27 Oktober 1969
• sebagai suatu negara berdaulat
27 Oktober 1979
Keluasan
• Jumlah
389 km2 (150 bt2) (ke-184)
• Perairan (%)
Boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2016
109,643[1] (ke-196)
• Bancian Penduduk 2011
109,991
307/km2 (795.1/sq mi) (ke-39)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$1.243 bilion[2]
$11,291[2]
KDNK (nominal)2016
•  Jumlah
$784 juta[2]
$7,123[2]
HDI (2017) 0.723[3]
tinggi · ke-99
Mata wangDolar Caribbean timur
(XCD)
Zon waktu()
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+1 784
DPT internet.vc

Geografi sunting

Saint Vincent dan Kepuluan Grenadine terletak di barat Barbados, selatan Saint Lucia dan utara Grenada di kawasan Antillen Kecil di Laut Caribbean. Kepulauan ini termasuk pulau utama Saint Vincent dengan keluasan 344 km2, dan kepulauan Grenadine dengan keluasan 45 km2. Secara keseluruhan, terdapat 32 buah pulau dan kai yang tergolong dalam negara ini.

Saint Vincent adalah berhutan serta memiliki sebuah gunung berapi aktif, La Soufrière, yang merupakan puncak tertinggi negara (1,234 m).[4][5] Gunung ini meletus buat terkini pada 1979.[6] Pulau ini menempatkan ibu negara Kingstown.

Politik dan kerajaan sunting

Pembahagian pentadbiran sunting

Negara ini dibahagikan kepada enam buah kariah (parish), yakni:

  • Charlotte
  • Grenadines
  • Saint Andrew
  • Saint David
  • Saint George
  • Saint Patrick

Demografik sunting

Bahasa sunting

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Inggeris, manakala kreol Saint Vincent ialah bahasa vernakular yang ditutur oleh rakyat negara.[7] Bahasa Inggeris digunakan dalam bidang formal manakala kreol Saint Vincent digunakan dalam pertuturan harian.[8]

Pengangkutan sunting

Lapangan terbang utama negara ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Argyle yang dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang E. T. Joshua dan dibuka pada Februari 2017.[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ a b c d "St. Vincent and the Grenadines". Tabung Kewangan Antarabangsad. 2016. Dicapai pada 1 April 2016.
  3. ^ "- Human Development Reports". hdr.undp.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-18. Dicapai pada 2018-11-14.
  4. ^ "CIA World Factbook – St Vincent". Dicapai pada 7 Julai 2019.
  5. ^ "The Commonwealth – St Vincent and the Grenadines". Dicapai pada 7 Julai 2019.
  6. ^ Rogozinski, Jan (1999). A Brief History of the Caribbean (ed. Revised). New York: Facts on File, Inc. m/s. 358–359. ISBN 0-8160-3811-2.
  7. ^ "Vincentian Creole English". Ethnologue. 19 February 1999. Dicapai pada 29 April 2014.
  8. ^ "The Classification of the English-Lexifier Creole Languages Spoken in Grenada, Guyana, St Vincent, and Tobago Using a Comparison of the Markers of Some Key Grammatical Features". SIL International. Dicapai pada 29 April 2014.
  9. ^ "Argyle International Airport to open February 14". Antigua Observer Newspaper. 29 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-04. Dicapai pada 20 January 2017.

Pautan luar sunting

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.