Salafi

Fahaman Salafi Palsu

Salafi(Bahasa Arab: سلفي‎), Salafi Jihadi atau Salafi Wahabi ialah pengikut gerakan Islam yang ekstrim yang mendakwa mengambil generasi pendahulu Salaf di zaman awal Islam, sebagai model teladan.[1] Sebahagian Ulama menisbahkan mereka sebagai penerus pemikiran sesat Khawarij. Oleh yang demikian, mereka juga digelar sebagai "Khawarij Moden".

Mereka mengikut ajaran Wahabisme yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab di Najd, bahagian Utara Arab Saudi. Gerakan Wahabisme ialah gerakan radikal yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang dipengaruhi oleh fahaman Ibnu Taimiyah yang bertentangan dengan akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Kebanyakkan yang berpegang dengan fahaman Wahabi ini telah melahirkan ekstrimis seperti Al-Qaeda, Boko Haram dan ISIS yang merupakan kumpulan pengganas yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Mereka yang berpegang dengan pegangan Salafi-Wahabi terkenal dengan budaya menuduh amalan-amalan sunat yang dianjurkan para Ulama berdasarkan Al-Quran dan Hadis sebagai bid'ah. Selain itu, perkara-perkara khilafiyyah akan diperbesarkan dan diperdebatkan sehingga berlaku perpecahan dalam kalangan umat. Mereka juga menentang umat Islam yang berpegang kepada mazhab para Ulama yang mengikut Al-Quran dan Hadis dan menuduh mereka sebagai taksub kepada mazhab. Sebagai contoh, mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie akan membaca Doa Qunut ketika menunaikan Solat Subuh, golongan ini akan dituduh sebagai pengamal bid'ah dan taksub kepada mazhab. Fahaman ini tersebar secara meluas di Perlis namun telah disekat oleh pihak Mufti dan Jabatan Agama di negeri-negeri yang lain menerusi kenyataan rasmi.

Di Malaysia, gerakan Salafi Wahabi mendapat tentangan keras daripada Dato Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor yang pernah terlibat dalam operasi membasmi pengganas yang terlibat dengan fahaman Salafi Wahabi. Fahaman ini telah menyebabkan tertubuhnya kumpulan pengganas di Malaysia seperti ISIS, akan tetapi dengan ketegasan pihak berkuasa di Malaysia, fahaman-fahaman berlandaskan keganasan ini dapat dibendung dan dihapuskan pada peringkat awal.

Ideologi

Selain itu, ideologi mereka disebarkan dengan mempromosikan "Manhaj Salaf" sebagai pegangan mereka, namun telah terbukti ini hanyalah helah untuk memecah belahkan umat Islam. Manhaj Salaf yang diwar-warkan hanyalah bertujuan untuk mendoktrin pemikiran umat Islam untuk meninggalkan mazhab Ulama Ahlusunnah Wal Jamaah. Aliran sesat Salafi Wahabi ini juga kerap mempromosikan diri mereka sebagai "Ahli Hadis" dengan tujuan yang sama, untuk menyebabkan umat Islam meninggalkan pegangan mazhab dan mencampur adukkan pandangan Ulama untuk melahirkan masyarakat yang bersifat ekstrim. Kesannya, ideologi Takfiri iaitu mudah mengkafirkan umat Islam akan tercetus hingga mengakibatkan pembunuhan dan peperangan.

Kewujudan manhaj

Asal penamaan Salaf atau Salafi Wahabi dan penisbahan diri kepada pengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

Seseorang yang mengikuti aliran ini disebut Salafi/ As-Salafi, jamaknya ialah Salafiyyun/ As-Salafiyyun.[2] Golongan ini juga sering disebut sebagai "Salafi Wahabi" kerana kaitan mereka dengan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab ibn Sulaiman an-Najdi.


Istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama tidak pernah bermaksud suatu perbezaan manhaj atau aliran, tetapi lebih berbentuk perbezaan tempoh masa. Kefahaman ini berterusan sehinggalah muncul golongan dengan fahaman wahabi dan yang meneruskan semangat Ibn Taimiyyah, yang sering mengaku lebih memahami salaf berbanding ulama-ulama muktabar lain yang hidup lebih awal, yang dianggap mereka sebagai kurang memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri mereka sebagai "salafi" dan menamakan selain mereka sebagai "khalafi". [3]

Mereka ini mencetuskan suatu perkembangan di mana golongan ulama yang berlainan kefahaman daripada mereka dianggap sebagai tidak mengikut salaf ataupun laluan Islam yang sebenar walaupun para ulama tersebut ialah majoriti ulama Islam dan ulama muktabar. Bagi mereka, tokoh-tokoh yang memahami "salaf" yang sebenar hanyalah beberapa kerat sahaja seperti Sheikh Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Al-Qayyim, Sheikh Muhamad bin Abdul Wahab dan dan yang sefahaman dengan mereka.

Muhammad berkata:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله، ينفون عنه تحريف الغالين، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين
Maksudnya: "Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf (orang yang kemudian) dari kalangan yang adil daripadanya, yang menafikan tahrif (penyelewengan) pelampau, kepincangan golongan pembuat kebatilan dan takwilan orang-orang jahil".[4]

Para Salafi moden ini beranggapan bahawa kononnya jika seseorang melakukan suatu perbuatan tanpa adanya ketetapan dari Allah dan Muhammad-Nya, boleh dikatakan sebagai perbuatan bid'ah.

Rujukan

  1. ^ Ghazali And The Poetics Of Imagination, oleh Ebrahim Moosa ISBN 0-8078-5612-6 – m/s. 21
  2. ^ Imam Adz Dzahabi berkata: "As Salafi ialah sebutan bagi siapa sahaja yang berada di atas manhaj salaf."Siyar A’lamin Nubala 6/21.
  3. ^ http://ad-deen.proboards.com/thread/15/penjelasan-terhadap-definisi-sebenar-salaf#ixzz3sa89cMYi
  4. ^ Hadith diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat (Misykat Al-Mashabih) dan disambung secara sanadnya kepada sahabat kepada Muhammad oleh Al-Imam Al-'Ala'ie. As-Safarini mengatakan ianya sahih dalam kitab Al-Qaul Al-'Ali m/s: 227