Saint Kitts dan Nevis

(Dilencongkan dari Santo Kitts dan Nevis)

Persekutuan Saint Cristopher dan Nevis (bahasa Inggeris: Federation of Saint Christopher and Nevis[3] atau nama pendeknya Saint Kitts dan Nevis[4] ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada dua pulau dalam rantau Kepulauan Lindung Angin Hindia Barat. Ia negara berdaulat terkecil di Amerika daripada segi keluasan dan populasi.[5]

Persekutuan Saint Christopher dan Nevis1
Saint Christopher dan Nevis
Bendera Saint Kitts dan Nevis
Jata Saint Kitts dan Nevis
Bendera Jata
Cogan kata"Country Above Self"
Lagu kebangsaan

"O Land of Beauty"
Lokasi Saint Kitts dan Nevis
Ibu negaraBasseterre
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanDemokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
• Monarki
Raja Charles III
Sir Tapley Seaton
Dr. Terrance Drew
Keluasan
• Jumlah
261 km2 (101 bt2) (ke-207)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2021
47,606 (ke-213)
164/km2 (424.8/sq mi) (ke-64)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$1.758 bilion
$31,095[1]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$1.058 billion
$18,714[1]
HDI (2019) 0.779[2]
tinggi · 74th
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktu()
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+1-869
Kod ISO 3166KN
DPT internet.kn
  1. atau "Persekutuan Saint Christopher dan Nevis".
  2. hdr.undp.org

Ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan pusat adalah Basseterre yang terletak di bahagian pulau yang lebih besar iaitu Saint Kitts. Negeri yang lebih kecil iaitu Nevis terletak kira-kira 2 batu (3 km) ke tenggara Saint Kitts, di seberang terusan cetek yang dikenali sebagai "The Narrows".

Saint Kitts dan Nevis adalah di antara kepulauan Caribbean pertama yang diduduki oleh para peneroka Eropah. Saint Kitts menjadi rumah bagi koloni pertama Britain dan Perancis di Caribbean.

Penamaan sunting

Saint Kitts dinamakan hasil penginggerisan nama San Cristóbal pada abad ke-17, "Cristóbal" pula nama setempat diberikan kepada Santo Christophorus, santo penaung pelayaran dan pengembaraan.[5]

Nama "Nevis" datang dari Gunung Nevis, ia dinamakan Christopher Columbus melalui nama panjang yang pernah digunakan, Nuestra Señora de las Nieves bererti "Si Perawan Salji"[5] yang merujuk kepada suatu keajaiban luar biasa dicatat pada abad ke-4 di mana salji turun di Bukit Esquilinus, Roma;[6] rupa gunung Nevis yang dilitupi awan tebal pada ketika pelayaran Columbus barangkali mengingatkan beliau kepada kejadian tersebut.[5]

Sejarah sunting

Saint Kitts dan Nevis mendapat kemerdekaan pada 19 September 1983. Pihak negara bersetuju untuk mengekalkan negara dalam Komanwel dan mengiktiraf Raja Charles III sebagai ketua negara yang diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral.

Geografi sunting

Saint Kitts dan Nevis terletak di Kepulauan Lindung Angin yang menjadi sebahagian daripada Antillen Kecil. Negara ini terdiri dari dua pulau utama, Saint Kitts dan Nevis yang dipisahkan sejauh 3 km oleh Selat Narrows atau The Narrows.[7] Kedua-duanya berasal daripada aktiviti gunung berapi, dengan puncak-puncak pusat yang besar di dalam hutan hujan tropika.[5] Ada banyak sungai yang turun dari pergunungan di kedua-dua pulau yang menyediakan air bagi penduduk setempat.

Saint Kitts terdiri daripada beberapa barisan pergunungan di tengah pulau yang menempatkan puncak tertinggi negara, Gunung Liamuiga yang berketinggian 1,156 meter.[7] Pantai timur pulau menempatkan Bukit Kanada dan Bukit Conaree. Pulau menyempit di bahagian tenggara lalu membentuk semenanjung dengan badan air terbesar, Tasik Great Salt. Nevis, pulau yang lebih kecil daripada Saint Kitts dan agak berbentuk bulat, didominasi oleh Puncak Nevis dengan ketinggian 985 meter.[5]

Iklim sunting

Saint Kitts memiliki iklim savana tropika manakala Nevis memiliki iklim monsun tropika.[8] Julat suhu tahunan negara adalah kecil, iaitu daripada 23.9 °C ke 26.6 °C Taburan hujan tahunan purata ialah 2,400 milimeter.[9]

Politik sunting

Saint Kitts dan Nevis ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Charles III sebagai ketua negara dengan gelaran Raja Saint Kitts dan Nevis. Raja diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral yang membantu Perdana Menteri. Parlimen negara ialah parlimen satu dewan, iaitu Perhimpunan Kebangsaan.

Pembahagian pentadbiran sunting

Negara ini dibahagikan kepada 14 buah kariah, iaitu sembilan buah kariah di Saint Kitts dan lima lagi di Nevis.

Demografi sunting

Anggaran jumlah penduduk negara setakat 2019 ialah 53,000 orang, dan jumlah ini adalah lebih kurang sama sejak bertahun-tahun. Emigrasi dari Saint Kitts dan Nevis adalah ketara.[10] Kebanyakan rakyat negara (92.5%) adalah berketurunan Afro-Caribbean.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org.
  2. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  3. ^ "1983 Saint Kitts and Nevis Constitution". pdba.georgetown.edu. Dicapai pada 30 August 2017.
  4. ^ Both the names Saint Christopher and Saint Kitts are given in the Constitution of Saint Christopher and Nevis.
  5. ^ a b c d e f "St Kitts and Nevis". CIA World Factbook. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  6. ^ Templat:Cite Catholic Encyclopedia
  7. ^ a b "Enclopedia Britannica – St Kitts and Nevis". Dicapai pada 10 Julai 2019.
  8. ^ "Climate of Saint Kitts and Nevis: Temperature, Climograph, Climate table for Saint Kitts and Nevis – Climate-Data.org". Climate-data.org (dalam bahasa Inggeris). Alexander Merkel. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  9. ^ "Country Historical Climate – St. Kitts & Nevis". Climate Change Knowledge Portal (dalam bahasa Inggeris). The World Bank Group. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  10. ^ "Table 5: Estimates of Mid-year Population: 2007–2016" (PDF). United Nations Demographic Yearbook: 2016. United Nations. 2017. m/s. 2.