Saratok ialah sebuah bandar dan daerah di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di bahagian timur laut Bandaraya Kuching dan keluasannya 1,686.88 km persegi. Untuk memudahkan pengurusan pentadbiran kawasan di Saratok, daerah ini telah dibahagikan lagi kepada 2 daerah kecil iaitu, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong. Di setiap Daerah Kecil tersebut, pejabat dan perpustakaan awam telah disediakan demi kemudahan penduduk setempat.

Daerah Saratok kaya dengan ladang-ladang dan kebun-kebun kelapa sawit. Kelapa sawit telah membawa sumbangan yang besar kepada pembangunan daerah Saratok serta telah meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar daerah Saratok.

Jumlah penduduk di daerah ini ialah sebanyak 37,918 orang iaitu Saratok (21,100 orang), Kabong (10,091 orang) dan Roban (6,728 orang). Penduduk- penduduk di kawasan Saratok-Roban kebanyakanya terdiri daripada masyarakat Melayu, Iban dan Cina.

Orang-orang Melayu kebanyakannya menetap di kampung-kampung di sepanjang tebingan Sungai Krian. Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai nelayan, pekebun dan petani. Masyarakat Iban pula kebanyakannya menetap di rumah panjang yang terletak di luar bandar Saratok yang kebanyakannya mengusahakan kebun dan ladang-ladang. Masyarakat Cina pula lebih tertumpu di kawasan pekan Saratok yang kebanyakannya bekerja sebagai perniaga.

Sejarah sunting

Daerah Saratok dahulunya dikenali sebagai Kalaka merupakan sebahagian daripada Pentadbiran Bahagian Betong yang berkeluasan 1,686.68 km persegi. Pada sekitar 1878, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai “Fort Charles” telah dibina oleh Maxwell iaitu kakitangan kepada Kerajaan Brooke. Ia terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK. Di awal penubuhannya, ia berfungsi sebagai tempat pentadbiran dan pengumpulan cukai daripada penduduk sekitarnya. Akibat daripada hakisan tanah yang berlaku pada tahun 1893, bangunan ini telah runtuh. Ia dibina semula pada tahun 1895. Bangunan ini telah dibina dengan menggunakan bumbung atap dan kayu belian. Bangunan ini telah beroperasi sehingga tahun 2008.Pada 30 Ogos 2009, pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter daripada bangunan asal iaitu terletak di Lot 42, Saratok Town District.

Pautan luar sunting