Brassica rapa ialah tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai subspesies yang banyak ditanam termasuk turnip (sayuran akar); kubis cina, bomdong, dan rapini (sayur-sayuran daun); dan Brassica rapa subsp. oleifera, sejenis bijian minyak.

Sawi bunga
frames
Pengelasan saintifik

Minyak yang diperbuat daripada benih ini kadang-kadang juga dipanggil canola atau colza, yang merupakan salah satu sebab mengapa kadang-kadang keliru dengan minyak rapeseed, tetapi ini berasal dari spesies Brassica yang berbeza (Brassica napus). Biji-bijian yang dikenali sebagai canola kadang-kadang adalah jenis tertentu Brassica rapa (di kenali sebagai Canola Poland) tetapi biasanya spesies yang berkaitan Brassica napus (rapeseed) dan Brassica juncea (sawi hijau dan mizuna).

Penyelidik di University of Wisconsin-Madison secara selektifnya membesarkan satu subspesies B. rapa untuk mempunyai kitaran hayat yang sangat pendek untuk digunakan sebagai organisma model dalam pendidikan dan eksperimen. Aneka ini dikenali dengan nama dagangnya "Wisconsin Fast Plants."

Sejarah sunting

Pada abad ke-18, turnip dan aneka yang menghasilkan minyak telah dilihat sebagai spesies yang berbeza oleh Carl Linnaeus yang menamakan mereka B. rapa dan B. campestris. Para ahli taksonomi abad ke-20 mendapati bahawa tumbuh-tumbuhan itu dapat dikacukkan dan dengan itu dimasukkan ke spesies yang sama. Oleh kerana turnip telah dinamakan oleh Linnaeus, nama Brassica rapa diterima pakai.

Pelbagai rama-rama, termasuklah Pieris rapae, debungakan bunga-bunga B. rapa.

Kultivar sunting

Cultivar Image Name
Pak Choi   Brassica rapa subsp.
Bomdong   Brassica rapa var. glabra
Choi sum   Brassica rapa subsp. parachinensis
Field Mustard   Brassica rapa subsp. oleifera
Sawi jepun   Brassica rapa subsp. perviridis
Kubis cina   Brassica rapa subsp. pekinensis
Rapini   Brassica rapa var. rapifera
Tatsoi   Brassica rapa subsp. narinosa
Turnip   Brassica rapa subsp. rapa
Yellow Sarson   Brassica rapa subsp. trilocularis