Scarlett Johansson

Pelakon wanita Amerika Syarikat

Scarlett Johansson (/ˈhænsən/ joh-HAN-sən; lahir November 22, 1984)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan pertamanya dalam filem North (1994). Pada tahun 1996, beliau telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit untuk lakonannya dalam Manny & Lo, mendapat pujian dan menjadi lebih terkenal menerusi The Horse Whisperer (1998) dan Ghost World (2001). Beliau beralih kepada peranan dewasa dalam Girl with a Pearl Earring (2003) dan Lost in Translation (2003), dimana untuk filem itu beliau memenangi anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Scarlett Johansson
Kelahiran (1984-11-22) 22 November 1984 (umur 39)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1994–kini
Pasangan
  • Ryan Reynolds (k. 2008–2011)
  • Romain Dauriac (k. 2014–2017)
  • Colin Jost (k. 2020)
Anak-anak2
SaudaraEjner Johansson (datuk)
Tandatangan

Filem beliau selepas itu termasuk A Love Song for Bobby Long (2004), Match Point (2005), The Island (2005), The Black Dahlia (2006), The Prestige (2006), The Other Boleyn Girl (2008), Vicky Cristina Barcelona (2008) dan He's Just Not That Into You (2009). Beliau telah melakonkan watak Marvel Comics, Natasha Romanoff / Black Widow di dalam Marvel Cinematic Universe; muncul dalam Iron Man 2 (2010), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), Captain Marvel dan Avengers: Endgame (kedua-duanya 2019). Filem Johansson terbaru termasuk Don Jon (2013), Her dan Under the Skin (2013). Beliau memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam pementasan Anugerah Tony untuk persembahannya dalam Broadway 2010, A View from the Bridge. Sebagai penyanyi, Johansson telah mengeluarkan dua album iaitu Anywhere I Lay My Head dan Break Up.

Kehidupan awal sunting

Johansson dilahirkan di Bandar Raya New York.[2] Bapanya, Karsten Johansson adalah seorang arkitek kelahiran Denmark berasal dari Copenhagen,[3] dan datuk sebelah bapa beliau, Ejner Johansson adalah seorang penulis skrip dan pengarah. Ibunya, Melanie Sloan, seorang pengeluar filem, datang dari keluarga Yahudi Ashkenaz berasal dari the Bronx;[4][5][6] Nenek moyang Sloan ialah pendatang Yahudi dari kedua-dua Poland dan Minsk dalam Empayar Rusia. Beliau mempunyai seorang kakak, Vanessa, yang juga merupakan seorang pelakon; seorang abang, Adrian; kembar lelakinya, Hunter (juga muncul bersamanya di dalam filem Manny & Lo);[7][8] dan seorang abang daripada perkahwinan pertama bapanya, Christian.[9]

Johansson membesar di rumah yang mempunyai "sedikit wang",[10] dengan ibunya seorang "peminat filem". Dia dan kembar lelakinya menghadiri P.S. 41 di kejiranan Greenwich Village, Manhattan untuk sekolah rendah.[11] Johansson memulakan latihan teaternya dengan menghadiri dan menamatkan pengajian di Professional Children's School, Manhattan pada tahun 2002.[12]

Kerjaya lakonan sunting

Peranan awal sunting

Johansson mula berlakon semasa zaman kanak-kanak selepas ibunya mula membawa beliau ke uji bakat. Beliau menjalani uji bakat untuk iklan komersial tetapi sangat kecewa jika ditolak dan ibunya mula mengehadkan beliau hanya menghadiri uji bakat filem.[13] Dia membuat penampilan pertamanya dalam filem ketika berumur 9 tahun, sebagai anak perempuan John Ritter dalam filem fantasi komedi tahun 1994, North.[2] Susulan watak kecil dalam filem 1995 Just Cause sebagai anak perempuan Sean Connery dan Kate Capshaw, dan If Lucy Fell pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Amanda dalam Manny & Lo (1996). Lakonannya dalam Manny & Lo mendapatkannya pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit,[2] dan ulasan positif, satu daripadanya menyatakan, "[filem] itu menyerap dalam diri anda, sebahagian besarnya kerana pesona ... Scarlett Johansson",[14] manakala pengkritik San Francisco Chronicle, Mick LaSalle memberi komen terhadap "aura tenang" beliau, dan menulis, "Jika beliau boleh melalui akil baligh tanpa terganggu auranya, beliau boleh menjadi seorang pelakon penting."[15]

Selepas muncul sebagai watak kecil dalam Fall dan Home Alone 3 pada tahun 1997, Johansson mendapat perhatian meluas kerana lakonannya beliau di dalam filem tahun 1998, The Horse Whisperer, diarahkan oleh Robert Redford.[2] Beliau menerima pencalonan untuk Pelakon Wanita Harapan Anugerah Persatuan Kritikan Filem Chicago.[16] Pada tahun 1999, beliau muncul dalam My Brother the Pig dan pada tahun 2001, dalam filem neo-noir The Man Who Wasn't There. Juga pada tahun 1999, beliau muncul dalam video muzik Mandy Moore, "Candy".[17] Walaupun filem ini tidak mendapat kejayaan box office,[18] beliau menerima pujian melalui lakonannya[19] dalam Ghost World (2001).[20][21] Dikreditkan dengan "sensitiviti dan bakat [yang] menjangkaui umurnya".[22] Pada tahun 2002, beliau muncul dalam Eight Legged Freaks bersama David Arquette.[23]

2003–2004 sunting

Johansson membuat peralihan dari peranan remaja kepada peranan dewasa, dengan dua peranan pada tahun 2003.[24] Dalam filem Lost in Translation, beliau melakonkan watak Charlotte, seorang isteri muda kesepian, bertentangan Bill Murray.[25][26] Roger Ebert menulis bahawa dia menyukai filem itu dan mengambarkan persembahan Johansson dan Murray sebagai "bagus."[27] Johansson memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik[28] dan dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globe.[29][30] Beliau menerima pencalonan daripada beberapa organisasi pengkritik filem termasuk Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran,[31] dan Persatuan Pengkritik Filem Chicago.[32]

Ketika berumur 18 tahun, Johansson melakonan watak Griet dalam Girl with a Pearl Earring. Beliau dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama [29] dan Pelakon Wanita Terbaik Anugarah BAFTA.[28] Beliau dicalonkan oleh Bulatan Pengkritik Filem London,[33] Persatuan Pengkritik Filem Phoenix.

Johansson diundang untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada bulan Jun 2004.[34] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam lima filem: The SpongeBob SquarePants Movie; A Good Woman, romantik komedi In Good Company [35] dan A Love Song for Bobby Long dimana beliau mendapat pencalonan ketiganya untuk Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe.[29]

2005–07 sunting

 
Johansson di set pengambaran Vicky Cristina Barcelona, 2007

Pada bulan Julai 2005, Johansson membintangi bersama Ewan McGregor dalam filem sains fiksyen Michael Bay, The Island, melakonkan dua watak sebagai Sarah Jordan dan klonnya, Jordan Two Delta. Lakonannya sebagai Nola dalam Match Point diterima dengan baik. Johansson menerima pencalonan Golden Globe keempatnya[29] dan satu dari Persatuan Pengkritik Filem Chicago untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik.[32]

Dia berlakon bertentangan Hugh Jackman dalam filem 2006, Scoop. Pada tahun yang sama, dia muncul dalam The Black Dahlia.

Johansson kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, The Prestige (2006), sekali lagi bertentangan Hugh Jackman dan juga Christian Bale. Juga pada tahun 2006, Johansson membintangi filem pendek 'When The Deal Goes Down, diarahkan oleh Bennett Miller.[36]

Johansson membintangi filem 2007, The Nanny Diaries bersama-sama Laura Linney.

2008–sekarang sunting

Pada tahun 2008, Johansson membintangi filem The Other Boleyn Girl bersama-sama Natalie Portman dan Eric Bana,[37] a film which garnered mixed reviews.[38][39]

Johansson menjalani pengambaran filem ketiganya untuk Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona, di Sepanyol,[40] muncul bertentangan Javier Bardem dan Penélope Cruz. Filem ini adalah salah satu filem Allen paling menguntungkan[41] dan muncul dalam banyak senarai sepuluh teratas pengkritik untuk filem terbaik pada tahun 2008. Beliau juga melakonkan watak Silken Floss dalam The Spirit. Filem itu kebanyakkanya menerima ulasan yang teruk.[42] Johansson kemudiannya melakonkan watak Anna dalam filem 2009, He's Just Not That Into You bersama-sama Jennifer Connelly, Bradley Cooper, Drew Barrymore dan Kevin Connolly. Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[43].

Pada bulan Mac 2009, Johansson didatangani untuk melakonkan watak Natalia Romanova/Natasha Romanoff, aka "The Black Widow" dalam Iron Man 2[44] selepas Emily Blunt menolak tawaran itu.[45] Filem itu ditayangkan pada bulan Mei 2010.[46] Filem itu mencapai kejayaan dalam box office[47] adan menerima kebanyakannya ulasan positif daripada pengkritik.[48] Pada tahun 2011, Johansson melakonkan watak Kelly, seorang penjaga zoo dalam We Bought a Zoo.

Pada bulan November 2011, ia telah dilaporkan bahawa beliau telah merancang untuk membuat penampilan pertama sebagai pengarah untuk adaptasi novel Truman Capote, Summer Crossing.[49][50][51] Johansson menyambung watak Natasha Romanoff dalam The Avengers pada tahun 2012. The Avengers menerima ulasan positif[52] dan mencapai kejayaan dalam box office, emnjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.[53] Pada bulan Mac 2012, ia telah diumumkan bahawa Johansson telah diambil untuk watak Janet Leigh dalam filem Hitchcock.[54][55] Ditayangkan pada bulan November 2012, Hitchcock menerima ulasan bercampur dan positif.[56]

Johansson menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada Mei 2, 2012 terletak di 6931 Hollywood Blvd., di hadapan muzium lilin Madame Tussauds Hollywood.[57] Juga pada tahun 2012, Johansson telah berlakon dalam filem arahan Joseph Gordon-Levitt, Don Jon.[58] Filem itu ditayangkan di Festival Filem Sundance 2013[59] dan ditayangkan secara meluas pada bulan September 2013. Don Jon menerima ulasan positif.[60]

Pada tahun 2013, Johansson meminjamkan suara untuk watak Samantha dalam filem Her.[61] Filem ini menerima pujian kritis sebaik sahaja ditayangkan[62] dengan lakonan Johansson diterima dengan baik dikalangan pengkritik.[63][64] Johansson dipilih untuk berlakon di dalam filem sains fiksyen arahan Jonathan Glazer, Under the Skin (2013). Lakonan Johansson mendapat sambutan yang positif.[65][66]

Pada bulan Oktober 2014, ia telah diumumkan bahawa Johannson akan membintangi dan menghasilkan sebagai eksekutif untuk siri lapan episod The Custom of the Country. Beliau akan melakonkan watak Undine Spragg.[67][68]

Johansson menyambung wataknya sebagai Black Widow dalam filem sekuel 2014, Captain America: The Winter Soldier bersama-sama Chris Evans. Filem ini menerima ulasan positif.[69] Dia melakonkan watak Molly dalam filem 2014, Chef bersama-sama Jon Favreau, Robert Downey, Jr. dan Sofía Vergara.[70] Beliau juga membintangi filem Lucy, sebuah filem aksi sains fiksyen diarahkan oleh Luc Besson dan ditayangkan pada Julai 25, 2014.[71] Filem ini mengutip $458 juta bertentangan bajet $40 juta.[72]

Pada tahun 2015, Johansson sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Avengers: Age of Ultron.[73] Pada Januari 5, 2015, majalah Variety mengumumkan bahawa Johannson telah ditandatangani untuk melakonkan watak utama filem adaptasi francais Ghost in the Shell.[74][75] The casting of Johansson for the film was met with immense criticism from fans and critics, calling the choice "whitewashing". A petition was created in the effort to have Johansson removed from the project.[76][77]

Johansson akan sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Captain America: Civil War.[78] Filem ini akan ditayangkan pada bulan Mei 2016.[79]

Kehidupan peribadi sunting

Johansson menyambut "kedua-dua" Krismas dan Hanukkah,[80][81] dan menyifatkan dirinya sebagai Yahudi.[3][82]

Hubungan sunting

Dari tahun 2001 ke 2002, sewaktu Johansson menghadiri Professional Children's School, beliau mempunyai hubungan dengan Jack Antonoff, yang kemudiannya menjadi pemain gitar band Fun.[83] Beliau mempunyai hubungan dengan Josh Hartnett selama dua tahun sehingga akhir tahun 2006.[84]

Johansson mula berhubungan dengan pelakon Kanada, Ryan Reynolds pada tahun 2007,[85] dan pada bulan Mei 2008 ia telah dilaporkan bahawa mereka telah bertunang.[86] Pada September 27, 2008, pasangan itu berkahwin di Tofino, British Columbia.[85][87] Mereka membeli rumah berharga $2.8 juta berdekatan Los Angeles.[88] Pada Disember 14, 2010, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka.[89] Perceraian mereka dimuktamadkan pada Julai 1, 2011.[90]

Susulan perpisahannya dari Reynolds, Johansson berhubungan dengan Sean Penn yang kekal sehingga bulan Jun 2011,[91] selepas itu Johansson mempunyai hubungan dengan eksekutif pengiklanan Nate Naylor. Pasangan itu berpisah pada bulan Oktober 2012.[92][93]

Pada bulan November 2012, Johansson mula berhubungan dengan orang Perancis, Romain Dauriac, seorang pemilik agensi pengiklanan bebas.[94][95] Pada bulan September 2013, ia telah diumumkan bahawa Johansson dan Dauriac telah bertunang.[96] Pada tahun 2014, Johansson dan Dauriac mula membahagikan masa mereka di antara tempat tinggal di Bandar Raya New York dan Paris.[97] Wakilnya mengesahkan pada September 4, 2014, bahawa anak perempuan mereka, Rose Dorothy telah dilahirkan pada tarikh tidak dinyatakan.[98][99] Johansson dan Dauriac berkahwin pada Oktober 1, 2014 di Philipsburg, Montana.[100]

Filemografi sunting

 
Johansson di San Diego Comic-Con 2013

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 North Laura Nelson
1995 Just Cause Kate Armstrong
1996 If Lucy Fell Emily
Manny & Lo Amanda
1997 Fall Little Girl
Home Alone 3 Molly Pruitt
1998 The Horse Whisperer Grace MacLean
1999 My Brother the Pig Kathy Caldwell
2001 The Man Who Wasn't There Rachael "Birdy" Abundas
Ghost World Rebecca
An American Rhapsody Zsuzsi / Suzanne Sandor (at 15)
2002 Eight Legged Freaks Ashley Parker
2003 Lost in Translation Charlotte Pencalonan Golden Globe
Girl with a Pearl Earring Griet Pencalonan Golden Globe
2004 The Perfect Score Francesca Curtis
A Love Song for Bobby Long Pursy Will Pencalonan Golden Globe
A Good Woman Meg Windermere
The SpongeBob SquarePants Movie Mindy (suara)
In Good Company Alex Foreman
2005 Match Point Nola Rice Pencalonan Golden Globe
The Island Jordan Two Delta / Sarah Jordan
2006 Scoop Sondra Pransky
The Black Dahlia Katherine "Kay" Lake
The Prestige Olivia Wenscombe
2007 The Nanny Diaries Annie Braddock
2008 The Other Boleyn Girl Mary Boleyn
Vicky Cristina Barcelona Cristina
TheSpirit Silken Floss
2009 He's Just Not That Into You Anna Marks
2010 Iron Man 2 Natasha Romanoff / Black Widow
2011 We Bought a Zoo Kelly Foster
2012 The Avengers Natasha Romanoff / Black Widow
Hitchcock Janet Leigh
2013 Don Jon Barbara Sugarman
Her Samantha (suara)
2014 Under the Skin Laura
Chef Molly
Lucy Lucy
Captain America: The Winter Soldier Natasha Romanoff / Black Widow
2015 Avengers: Age of Ultron
2016 Captain America: Civil War
Hail, Caesar! DeAnna Moran
The Jungle Book Kaa (suara)
Sing Ash (suara)
2017 Ghost in the Shell Major Mira Killian / Motoko Kusanagi
Rough Night Jessica "Jess" Thayer
2018 Isle of Dogs Nutmeg (suara)
Avengers: Infinity War Natasha Romanoff / Black Widow
2019 Captain Marvel Babak selepas kredit; kameo
Avengers: Endgame
Marriage Story Nicole
Jojo Rabbit Rosie Betzler
2021 Black Widow Natasha Romanoff / Black Widow Sebagai penerbit eksekutif

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Nota
1995 The Client Jenna Halliwell Episod: "Pilot"
2001 Anatomy of a Scene Dirinya sendiri Episod: "Girl with the Pearl Earring"
2004 Entourage Dirinya sendiri Episod: "New York"
2005–08 Robot Chicken Pelbagai suara 6 episod
2006–15 Saturday Night Live Pelbagai watak 6 episod
2014 HitRecord on TV Olivia Episod: "Re: Games"

Pentas sunting

Tahun Tajuk Watak Venue
2010 A View from the Bridge Catherine Cort Theatre
2012 Cat on a Hot Tin Roof Margaret Richard Rodgers Theatre

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Anywhere I Lay My Head
  • Keluar: 16 Mei 2008 (2008-05-16)
  • Label: Atco Records
  • Format: CD, muat turun digital
Live Session (iTunes Exclusive)
  • Keluar: 15 Julai 2008 (2008-07-15)
  • Label: Periwinkle Entertainment, Rhino Entertainment
  • Format: muat turun digital
Break Up bersama Pete Yorn
  • Keluar: 15 September 2009 (2009-09-15)
  • Label: Atco Records, Rhino Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital

Penampilan lagu sunting

Tahun Lagu Album
2009 "Last Goodbye" He's Just Not That Into You: Original Motion Picture Soundtrack
2011 "One Whole Hour" Wretches & Jabberers Soundtrack
2012 "Summertime" (feat. 3D) Days of Grace (Original Motion Picture Soundtrack)
2012 "Before My Time" (feat. J. Ralph & Joshua Bell) Chasing Ice (Original Motion Picture Soundtrack)
2014 "The Moon Song" (feat. Joaquin Phoenix) The Moon Song (Music from and Inspired by the Motion Picture Her)]

Penampilan album lain sunting

Tahun Lagu Artis Album
2006 "Summertime" Pelbagai artis Unexpected Dreams – Songs From the Stars
2010 "Bullet" Steel Train Terrible Thrills Vol. 1
2011 "I'll Be Home for Christmas" (duet) Dean Martin My Kind of Christimas
2012 "Bonnie & Clyde" Lulu Gainsbourg From Gainsbourg to Lulu
2012 "Coteau Guidry" The Lost Bayou Ramblers Mammoth Walt

Rujukan sunting

  1. ^ "Scarlett Johansson (1984- )". FilmReference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2014. Dicapai pada October 15, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d "Scarlett Johansson Biography". People. Dicapai pada July 26, 2009.
  3. ^ a b "'I'm not anything like her...'". The Irish Times. April 27, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-27. Dicapai pada April 16, 2013.
  4. ^ "Scarlett Johansson's a Jew, too". JTA. March 23, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada March 23, 2008.
  5. ^ Young, Neil (January 6, 2004). "A Period Film Made By Someone Who Hates Period Films –Peter Webber on Girl with a Pearl Earring". Neil Young's Film Lounge. Dicapai pada April 12, 2006.
  6. ^ Weiss, Anthony (April 7, 2006). "The Scarlett Grandma". The Jewish Forward. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada April 12, 2006.
  7. ^ Michele Wessel (29 Januari 2014). "Scarlett Johansson: 10 Things That Make Her Even More Interesting". Guardian Liberty Voice. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  8. ^ "Scarlett Johansson Five Fun Facts : People". People. Dicapai pada 4 June 2014.
  9. ^ Millar, John (December 22, 2005). "My roll in the hay with Jonathan was agony". Daily Record. Dicapai pada May 7, 2010.
  10. ^ "Scarlett Johansson wins Best Actress Tony Award". Glamour. 14 June 2010. Dicapai pada 31 March 2014.
  11. ^ "Scoopy's Notebook". The Villager. 78 (3). June 18, 2008. Dicapai pada July 28, 2009.
  12. ^ Rivera, Zayda (23 February 2014). "Lena Dunham discovers Scarlett Johansson once dated her boyfriend Jack Antonoff". New York Daily News.
  13. ^ "Scarlett Johansson: A new Bacall?". Today. 15 December 2003. Dicapai pada 31 March 2014.
  14. ^ Shulgasser, Barbara (August 9, 1996). "Many things to like about "Manny & Lo'". San Francisco Chronicle. Dicapai pada July 26, 2009.
  15. ^ Lasalle, Mick (August 9, 1996). "Two Girls, a Condo and One Kidnapped Mom". San Francisco Chronicle. Dicapai pada July 26, 2009.
  16. ^ "Chicago Critics List Best Films". Chicago Sun-Times. January 19, 1999. Dicapai pada August 1, 2010.
  17. ^ "He's Just Not That into You Cast: Then & Now". Fox News. February 6, 2009. Dicapai pada July 26, 2009.
  18. ^ "Ghost World". Box Office Mojo. Dicapai pada July 28, 2009.
  19. ^ "Scarlett Johansson – 'Ghost World'". Los Angeles Times. Dicapai pada July 28, 2009.
  20. ^ "Ghost World (2001)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada July 28, 2009.
  21. ^ "Ghost World". Metacritic. Dicapai pada July 28, 2009.
  22. ^ Baumgarten, Marjorie (August 24, 2001). "Ghost World". Austin Chronicle. Dicapai pada July 28, 2009.
  23. ^ "Scarlett Johansson in 'Eight Legged Freaks'". Hollywood.com. Dicapai pada 31 March 2014.
  24. ^ "Toronto film fest puts on the ritz with promising movie lineup". Utusan Malaysia. June 9, 2003. Dicapai pada May 21, 2010.
  25. ^ "Lost in Translation". Metacritic. Dicapai pada July 29, 2009.
  26. ^ "Lost in Translation (2003)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada July 29, 2009.
  27. ^ Ebert, Roger (September 12, 2003). "Lost in Translation". Chicago Sun-Times. Dicapai pada July 29, 2009.
  28. ^ a b "Actress in a Leading Role 2003". British Academy of Film and Television Arts. Dicapai pada July 29, 2009.
  29. ^ a b c d "HFPA - Scarlett Johansson 4 Nominations". Hollywood Foreign Press Association. Dicapai pada 31 March 2014.
  30. ^ "Globes high on 'Cold Mountain'". CNN. 18 December 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada 31 March 2014.
  31. ^ "The 9th Critics' Choice Awards Winners and Nominations". Broadcast Film Critics Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-06. Dicapai pada July 29, 2009.
  32. ^ a b "Scarlett Johansson profile". The New York Times. Dicapai pada July 29, 2009.
  33. ^ "Crowe Leads Race for London Critics' Awards". Contact Music. January 5, 2004. Dicapai pada July 30, 2009.
  34. ^ "Academy Invites 127 to Membership". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. June 28, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-11. Dicapai pada 2015-07-29.
  35. ^ "In Good Company (2004)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada July 30, 2009.
  36. ^ "Scarlett Johansson Stars in 'When The Deal Goes Down' Film Directed by Bennett Miller Set to New Bob Dylan Song". PR Newswire. Dicapai pada 31 March 2014.
  37. ^ "Scarlett Johansson Is The Other Boleyn Girl". MovieWeb. July 17, 2006. Dicapai pada July 18, 2006.
  38. ^ "The Other Boleyn Girl". Metacritic. Dicapai pada August 7, 2009.
  39. ^ "The Other Boleyn Girl (2008)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada August 7, 2009.
  40. ^ Stinson, Jeffrey (August 22, 2007). "Hollywood enters the era of Scarlett Johansson". USA Today. Dicapai pada September 19, 2007.
  41. ^ "Vicky Cristina Barcelona". Box Office Mojo. Dicapai pada August 7, 2009.
  42. ^ "The Spirit (2008)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada August 8, 2009.
  43. ^ "He's Just Not That into You". Box Office Mojo. Dicapai pada August 8, 2009.
  44. ^ Medina, Jeremy (March 12, 2009). "Iron Man 2: Scarlett Johansson cast as Black Widow". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 8, 2009.
  45. ^ Nikki Finke (March 11, 2009). "ANOTHER 'IRON MAN 2' DEAL: Scarlett Johannson To Replace Emily Blunt As Black Widow For Lousy Lowball Money". Deadline.com. Dicapai pada April 28, 2015.
  46. ^ Sperling, Nicole (July 26, 2009). "Iron Man 2 crew returns to Comic-Con as conquering heroes and sets off a whole new buzz bomb". Entertainment Weekly. Dicapai pada August 8, 2009.
  47. ^ "Iron Man 2". Box Office Mojo. Dicapai pada July 4, 2012.
  48. ^ "Iron Man 2". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada July 4, 2012.
  49. ^ Labrecque, Jeff (November 18, 2011). "Scarlett Johansson to direct Capote's 'Summer Crossing'". Entertainment Weekly. Dicapai pada December 14, 2011.
  50. ^ Rothman, Lily (May 16, 2013). "The Story Behind Scarlett Johansson's Directorial Debut". Time. Dicapai pada May 23, 2013.
  51. ^ Ford, Rebecca (May 16, 2013). "Cannes: Scarlett Johansson to Make Directorial Debut With 'Summer Crossing'". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 23, 2013.
  52. ^ "Marvel's The Avengers (2012)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada June 30, 2012.
  53. ^ McClintock, Pamela (June 2, 2012). "Box Office Milestone: 'The Avengers' Becomes No. 3 Pic of All Time With $1.331 Billion". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 30, 2012.
  54. ^ Kroll, Justin (March 1, 2012). "Scarlett Johansson to star in 'Making of Psycho'". Variety. Reed Business Information. Dicapai pada March 29, 2012.
  55. ^ Kit, Borys; Belloni, Matthew (March 1, 2012). "Scarlett Johansson Joins 'Making of Psycho' as Janet Leigh". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Dicapai pada March 29, 2012.
  56. ^ "Hitchcock". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada November 25, 2012.
  57. ^ "Scarlett Johansson to Receive Walk of Fame Star May 2". April 21, 2012.
  58. ^ Davis, Edward (March 28, 2012). "Julianne Moore Joins Joseph Gordon-Levitt's Untitled Directorial Debut Starring Scarlett Johansson". IndieWire. Dicapai pada February 18, 2013.
  59. ^ Child, Ben (January 22, 2013). "Joseph Gordon-Levitt directorial debut sells for $4m". The Guardian. Dicapai pada February 18, 2013.
  60. ^ "Don Jon". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada September 28, 2013.
  61. ^ Buchanan, Kyle (June 21, 2013). "Exclusive: Scarlett Johansson Replaced Samantha Morton in Spike Jonze's New Film, Her". Vulture. Dicapai pada December 25, 2013.
  62. ^ "Her (2013)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada December 25, 2013.
  63. ^ Foundas, Scott (October 12, 2013). "Film Review: 'Her'". Variety. Dicapai pada December 10, 2013.
  64. ^ Corliss, Richard (October 12, 2013). "Spike Jonze's her: Falling in Love With the IT Girl Read more: Spike Jonze's 'her': Falling in Love With the IT Girl". Time. Dicapai pada December 10, 2013.
  65. ^ Willman, Chris (April 1, 2014). "Review: Jonathan Glazer's Seductive Girl-Who-Fell-To-Earth Pic 'Under The Skin' Starring Scarlett Johansson". IndieWire. Dicapai pada April 5, 2014.
  66. ^ Travers, Peter (April 3, 2014). "Under the Skin". Rolling Stone. Dicapai pada April 5, 2014.
  67. ^ Rebecca Macatee (8 October 2014). "Scarlett Johansson Books First Post-Baby Role—Get the Details on Her TV Gig!". E!. Dicapai pada 8 October 2014.
  68. ^ Nellie Andreeva (October 7, 2014). "Scarlett Johansson To Star In 'Custom Of The Country' Limited Series". Deadline.com. Dicapai pada October 8, 2014.
  69. ^ "Captain America: The Winter Soldier (2014)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada April 6, 2014.
  70. ^ "Scarlett Johansson Joins Jon Favreau's 'Chef'". The Hollywood Reporter. May 15, 2013. Dicapai pada August 14, 2013.
  71. ^ Siegel, Tatiana (April 22, 2013). "Scarlett Johansson to Star in Luc Besson's Latest Action Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter.
  72. ^ "Lucy (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada November 15, 2014.
  73. ^ Maresca, Rachel (September 29, 2013). "Scarlett Johansson flaunts curves in new magazine photo shoot, reveals details on 'The Avengers' sequel". The New York Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-29. Dicapai pada September 29, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  74. ^ Kroll, Justin (January 5, 2015). "Scarlett Johansson Signs On to Star in DreamWorks' 'Ghost in the Shell' (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada January 5, 2015.
  75. ^ "Scarlett Johansson Confirmed to Star in Ghost in the Shell". Time. Dicapai pada January 5, 2015.
  76. ^ Child, Ben (January 16, 2015). "DreamWorks accused of 'whitewashing' Ghost in the Shell by casting Scarlett Johansson". The Guardian. Dicapai pada May 5, 2015.
  77. ^ Sieczkowski, Cavan (January 15, 2015). "Petition Calls For Recast Of Scarlett Johansson's Role In 'Ghost In The Shell'". The Huffington Post. Dicapai pada May 5, 2015.
  78. ^ Arrant, Chris (January 15, 2015). "Captain America: Civil War Directors: Black Widow Will Be Back, More". Newsarama. Dicapai pada May 5, 2015.
  79. ^ Lang, Brent (April 13, 2015). "'Captain America: Civil War' First to Use New Imax/Arri 2D Camera (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada May 5, 2015.
  80. ^ Carnevale, Rob (May 6, 2012). "Marvel Avengers Assemble – Scarlett Johansson interview". Indie London.
  81. ^ "Marie Claire Magazine: "Dolce & Gabbana's Christmas interview with Scarlett Johansson"". Marie Clairvoyant. December 12, 2013.
  82. ^ "Hollywood enters the era of Scarlett Johansson". USA Today. August 22, 2007.
  83. ^ Morris, Alex (March 6, 2006). "Alex Morris, "Scarlett's Ex Carries a Torch Song"". New York. Dicapai pada March 30, 2013.
  84. ^ "Hartnett Opens Up About 'Painful' Johansson Split". Hollywood.com. January 31, 2007. Dicapai pada July 24, 2009.
  85. ^ a b Messer, Lesley (April 7, 2007). "Scarlett Johansson & Ryan Reynolds Step Out in NYC". People. Dicapai pada September 19, 2007.
  86. ^ Chiu, Alexis (May 5, 2008). "Scarlett Johansson & Ryan Reynolds Engaged!". People. Dicapai pada October 11, 2008.
  87. ^ Hamm, Liza (October 13, 2008). "Just Married!  — Secret Weddings, Ryan Reynolds, Scarlett Johansson". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-06. Dicapai pada May 17, 2010. The weekend-long bash took place at the rugged-yet-luxurious Clayoquot Wilderness Resort, a remote outpost near the Canadian seaside village of Tofino, B.C. Located on Vancouver Island
  88. ^ "Scarlett Johansson, Ryan Reynolds Buy $2.8 Million Home". Us Magazine.
  89. ^ "Scarlett Johansson & Ryan Reynolds Split Up". People. Dicapai pada December 14, 2010.
  90. ^ "Ryan Reynolds, Scarlett Johansson's Divorce Finalized". Us Magazine. Dicapai pada July 1, 2011.
  91. ^ "Scarlett Johansson opens up about Ryan Reynolds divorce, Sean Penn relationship". On the Red Carpet. March 26, 2012.
  92. ^ "Revealed! ScarJo's ad man". New York Post. February 1, 2012.
  93. ^ "Exclusive: Scarlett Johansson Splits With Boyfriend Nate Naylor". Us Magazine. October 15, 2012.
  94. ^ Luchina Fisher (5 September 2013). "5 Things to Know About Scarlett Johansson's Fiance". ABC News. Dicapai pada 4 June 2014.
  95. ^ "Scarlett Johansson & Romain Dauriac: Romance Rewind". E!. Dicapai pada 4 June 2014.
  96. ^ "Actress Scarlett Johansson is engaged". CNN. September 5, 2013.
  97. ^ "Scarlett Johannson/John Grant". Late Show with David Letterman. January 8, 2014. CBS. I decided to take the plunge and move to Paris and it's great, I love it
  98. ^ Leon, Anya. "Scarlett Johansson Welcomes Daughter Rose Dorothy". People. Dicapai pada 18 September 2014.
  99. ^ "Scarlett Johansson and fiance welcome baby girl". Associated Press. September 4, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-02. Dicapai pada September 5, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  100. ^ Saud, Nardine (December 1, 2014). "Scarlett Johansson is married! Hush-hush wedding happened in Montana". Los Angeles Times. Dicapai pada February 21, 2015.

Bacaan lanjutan sunting

Pautan luar sunting