Sea Shadow (IX-529)

Sea Shadow (IX-529) adalah sebuah kapal halimunan ujian yang dibina oleh Lockheed untuk Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menentukan serendah mana profil radar boleh diperolehi dan bagi menguji tatarajah kestabilan badan kapal yang digunakan pada kapal-kapal oceanographic.

Sea Shadow
Sejarah
Bendera Tentera Laut AS
Nama: Sea Shadow
Dipesan: 22 Oktober 1982
Diperolehi: 1 Mac 1985
Dibersarakan: September 2006
Takdir: Boleh didapati untuk didermakan dari Armada Simpanan Teluk Suisun, September 2006
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal halimunan
Sesaran: 563 long ton (572 t)
Panjang: 164 ka (50 m)
Lunas: 68 ka (21 m)
Draft: 15 ka (4.6 m)
Jana kuasa: Diesel-elektrik
Halaju: 28 knot (52 km/j; 32 mph)
Anak kapal: 4
Persenjataan: Tiada

Pembangunan sunting

Sea Shadow telah dibina pada tahun 1985 dan telah digunakan dalam perkhidmatan biasa secara rahsia sehingga penampilan sulungnya kepada orang ramai pada tahun 1993, bagi memeriksa kegunaan teknologi halimunan pada kapal-kapal tentera laut. Selain itu, kapal ini juga direka untuk menguji kegunaan automasi bagi membolehkan pengurangan saiz anak kapal. Kapal ini telah dicipta oleh Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju (DARPA), Tentera Laut A.S. dan Lockheed. Sea Shadow telah dibangunkan di kemudahan milik Lockheed di Redwood City, California, di dalam Baj Melombong Hughes, yang mana berfungsi sebagai sebuah limbungan kering terapung semasa pembinaan dan ujian.[1] Kapal ini kadang kala dirujuk sebagai "USS Sea Shadow"; bagaimanapun pengenalan ini tidak sesuai kerana kapal ini tidak pernah menjadi sebuah kapal yang ditauliahkan sepenuhnya oleh Tentera Laut A.S..

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WSJ tidak disediakan

Pautan luar sunting

Koordinat: 38°4′9.33″N 122°6′5.22″W / 38.0692583°N 122.1014500°W / 38.0692583; -122.1014500