Sebelum Sejadah Dibentang

Sebelum Sejadah Dibentang ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 20 Disember 2008. Telefilem terbitan A Ten Alliance Sdn Bhd ini dibintangi oleh Que Haidar, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Haikal Johari, dan Iqram Dinzly. Sebelum Sejadah Dibentang dicalonkan untuk Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.

Sinopsis sunting

Aiman dibesarkan ibunya dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan agama yang sempurna. Apabila ibunya terpaksa menghadiri kursus di Langkawi, Aiman ditinggalkan bersama Imran, adik bongsu ibunya yang sering menghabiskan masa berpoya-poya di kelab malam.